Semua orang tengah hangat memperkatakan (memblog) tentang macam-macam tragedi yang berlaku di negara kita sekarang ni.. Aku naik ngeri baca semua berita-berita nie.. Surat khabar memang pagi-pagi akan sampai depan muka aku dulu sebelum boss aku.. so aku akan baca sekilas lalu (selalunyalah) Tapi aku perasan 2-3 hari ni terlalu banyak berita hangat yang aku bukan takat baca sekilas lalu..
Ya, semua tragedi yang terjadi memang dah tertulis.. dan memang tertulis ajal dia pada detik itu, maka matilah dia... Kita yang hidup ni mari mengambil iktibar atas apa yang telah kita baca, dengar dan lihat..
Terbaru, kes seorang pekerja AmBank di USJ yang mati ditembak oleh pengawal keselamatan.. Ini satu berita yang sangat kejam dan tak masuk dek akal.. Ibu kepada 2 orang anak telah dibunuh sebegitu rupa oleh seorang yang telah dikaburi hati dan matanya dengan wang ringgit.. nyawa orang lain di tapak kaki sahaja.. Ya Allah sedih tak boleh aku bayangkan penerimaan ahli keluarga dan anak-anak.. kita yang tak kenal ni pon tak sanggup nak terima, apatah lagi ahli keluarga.. Aku merayu kepada sesiapa yang ada share video, gambar arwah, tolong delete atau remove dari social media anda.. walaupon tujuan kita 'share' adalah kerana simpati.. tapi aku rasa, tak perlu dihebah-hebah, dipanjang-panjangkan lagi... kita kena ingat, arwah mempunyai anak-anak dan keluarga lain yang pasti akan sangat terluka apabila melihat gambar dan video tersebut.. cukuplah penderitaan yang mereka tanggung.. jangan ditambah lagi, walaupon kita tak berniat macam tu.. kepada keluarga arwah Norazita, takziah diucapkan, semoga terus diberi kekuatan menghadapi dugaan yang sangat hebat ini.. (Al-Fatihah)
Kes tikam di LRT Tmn Melati.. dua terbunuh dan dua lagi parah.. Orang tak bersalah pon kena.. Memang menakutkan dan langsung tak diduga.. Aku akui aku jenis cuai dan lalai jugak.. Peej dah nasihat semalam.. suruh aku lock kereta everytime masuk je kereta, especially bila bersendirian.. Baiklah Peej.. heheh.. Kadang aku lupa, sebab kereta aku autolock.. ko jalan sikit dia terus auto lock.. tapi tulah.. bila start engine, tapi tak jalan memang dia tak lock lah.. semalam keluar ngan Peej dia jadi tukang lock kereta aku.. kan best kalau Peej ni autolock aku.. kira macam peej mengecik jadi sebesar penumbuk yang aku boleh letak kat seat kereta.. pastu aku masuk je.. terus peej lock kan.. aku keluar dari kereta pon peej lock kan.. tapi dia tak leh ikut aku keluar lah.. sebab dia dah jadi size penumbuk je.. so dia kene duduk je dalam kereta.. best kan?
Kes budak hilang kat area sekolah.. Pon sama.. aku tak boleh bayangkan.. semalam aku amik kasih lambat sikit sebab aku kene hantar kunci kat office dulu.. so aku sampai dalam pukul 6.. nampak kasih dengan kawan dia tengah cakap ngan sorang lelaki dan anak dia macam 3 tahun kot.. muka masing-masing macam tengah panik... aku macam curious jugak lah.. aku turun kereta, kasih datang letak bag dalam kereta.. kasih cakap "Mama, kawan kasih hilang, tu papa dia tengah cari lah tu".. Berderau darah aku ni.. "Hilang kat mana pulak???".. "iye mama, tadi kelas KAFA dia takde pon, kelas pagi dia ada".. aku tengok bapak budak tu dah kehulu kehilir pegi jenguk longkang besar tengah padang belah sana.. Kecut perut aku... Kasih pulak muka dah sedih-sedih nak nangis.. "Mama, walaupon kawan kasih tu nakal, tapi kasih tetap sedih dia hilang.. papa dia dah cari 3 tingkat sekolah dah.. ustazah tolong cari kat semua toilet dh.. tapi takde..punya lah cuak aku dengar... terus aku bagi tazkirah kat Acih..
"Tulah sebabnya mama tak bagi kasih keluar dari sekolah.. mama lambat ke cepat ke.. duduk dalam sekolah.. jangan keluar dari gate sekolah ni.. jangan pegi main kat playground sana.. kalau orang jahat tangkap kasih cemana? takde orang nampak kasih cemana?.. mama cari kasih takde kat sekolah, mama nak tanya siapa?".. risau nye lah jangan cakap lah kan.. kasih macam takut.. dah selalu kot aku cakap benda ni ulang ulang ulang... last-last dia buat pengakuan.. "mama, kalau kasih cakap mama jangan marah kasih boleh?".. pastu aku bagi dia peluang cakap.. dia cakap kasih pernah keluar dengan kawan-kawan pegi BB Shop.. aku gerammm je dengar.. "Apa tu BB Shop?".. kat rumah kawan.. ada jual air.. jual makanan.. jual buku... tapi kasih pernah pegi sana sekali je.
"Ok takpe, dah lepas, mama nak cakap cemana lagi. kasih dah pegi pon.. dah balik pon.. tapi Kasih janji ye, ini last kasih pegi sana.. mama tak izinkan kasih pegi sana lagi faham???? kalau mama tau kasih keluar lagi dari sekolah ni... mama bagi tau papa.. kali ni takpe..mama tak bagi tau.. papa kalau tau kasih keluar dari sekolah ni... papa rotan kasih".. *hai pa.. tengah baca blog ke?* bahahahaha kantoi ko Acih.. nasib la..
Aku tengok kali ni kasih betul-betul takut.. bila aku cerita pasal banyak kes culik.. kecut jugak perut dia.. semalam balik rumah aku cerita kat Pak Radie yang orang tu cari anak dia kat sekolah tapi takde.. Pak Radie plak bagi tazkirah.. "Kasih jangan keluar dari pagar sekolah tu.. duduk dalam sekolah.. dalam-dalam sikit.. jangan depan-depan gate".. eh lagi over apak dia ni kan? dalam gate tu ada gazebo.. pon tak boleh.. dia suruh duduk dalam lagi dari gazebo.. hoi.. kang aku nak amik dia balik sekolah pon dia tak nampak mak dia camne? agak-agak ler..
Ok benda macam ni is not funny.. belum kene belum tau.. Ya Allah jauhkan lah benda-benda yang tak elok ni dari kami.. lindungi anak-anak dan keluarga kami.. selalu lah berdoa mohon perlindungan.. doa lah dalam cakap melayu ke apa ke, Allah tau niat kita.. kadang aku tengok budak-budak sekolah ni.. selamba je jalan kaki balik rumah.. menyeberang jalan.. kecikkkk lagi darjah 1 kot? macamana mak bapak boleh bagi dan percaya anak sebesar tu jalan kaki melintas jalan raya yang sesak dengan kereta jalan seorang diri? kenapa tak de rasa 'cemburu' dengan keadaan.. tak terlintas ke dalam fikiran buatnya kereta langgar? orang berhenti tepi, tarik anak masuk dalam kereta, hilang. Eish mintak dijauhkan lah kan.. tapi sepatutnya jadikanlah pengajaran dengan apa yang berlaku sekarang nie.. bila dah kena apa pon tak guna
________________________________________________________
Ada pergi PETRONAS tak baru-baru ni untuk isi minyak? atau membeli belah kat Kedai Mesra PETRONAS? Aku ada ;) Pastu perasan tak ada Kempen Ekstravaganza bersama Selebriti Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Pelakon Hong Kong Him Law dan bintang sensasi Taiwan, Bii..
-Media Launch with the celebrities-
Daphne Iking selaku EmCee pada hari pelancaran tersebut
PETRONAS telah melancarkan kempen Fuelled By Fans, Powered by PRIMAX untuk ajak kita semua menyertai kembara jalanan bersama celebrities ternama tersebut yang menawarkan lebih 800 hadiah bernilai sehingga RM1,000,000 untuk dimenangi.
Hari tu aku gi MESRA untuk shopping makanan nak bawak ke PD, so aku masuk peraduan ni..yang penting, buat pembelian minumum RM30 dalam satu resit atau beli kombo Mesra di mana-mana stesen PETRONAS seluruh negara, isi maklumat ringkas anda, jawab 2 soalan mudah dengan betul dan masukkan borang ke dalam kotak peraduan yang disediakan.. (hembus dulu) hehehe..
Terdapat 215 hadiah dwi-mingguan bagi setiap pusingan dengan hadiah tunai, baucar PETRONAS, mata ganjaran Mesra dan PETRONAS Gift Card.. Ada sesi ujibakat dan berpeluang menyertai kembara lima hari bersama selebriti pilihan masing-masing.. (Aku pilih Maya Karin) heheh..
Sementara menunggu tarikh perlumbaan, boleh bermesra dengan selebriti tersebut di:
Maya Karin
Stesen PETRONAS Kulai Permai, Johor (26/10/13)
Stesen PETRONAS Paya Terubong, Pulau Pinang (21/12/13)
DJ Yoon
Stesen PETRONAS Solaris Putra/Serdang, Selangor (9/11/13)
Stesen PETRONAS MRR2 Ampang, KL (18/1/14)
Shaheizy Sam
Stesen PETRONAS Chica, Kelantan (23/11/13)
Stesen PETRONAS Persiaran Indah, Johor (4/1/13)
cuak gila nak keluar rumah skrg ni
ReplyDeleteBudak tu dh jmpe ke blum k.filla?
ReplyDeletecamne ngan kawan kasih? risaunye. rasa mcm nak quit kerja n jd manager anak ke mana sahaja. Semoga Allah swt melindungi kita semua dari perkara yang tidak diingini,Aminnn.
ReplyDeleteadoiii..bahaya betul..bengong laa org2 yg ckp msia masih aman -_-!
ReplyDeletetq kak..bleh jumpa sam kt petronas chica nt..auwwww
sama soklah.. budak kawan acih tu dah jumpa ke?
ReplyDelete