About Me

Wednesday, September 18, 2013

Tsugoi di magazine Wanita keluaran September 2013

Ini kisah lama... nasib aku still simpan gambar-gambar ni untuk diabadikan dalam blog nie.. penat lelah Tsugoi berbaloi jugak.. melangkah setapak lagi.. kali ni masuk magazine Wanita keluaran September sempena Raya Haji pulak.. Thank you wartawan yang email untuk set appointment photoshoot hari tu ye :)  Buat korang kat luar sana boleh lah beli magazine Wanita.. *ehem ehem*

Bercerita pasal pengalaman hasilkan koleksi kanak-kanak ni.. kelakar lah jugak.. tapi ingat ye, bukan mudah.. nampak je macam mudah tapi usaha kena gigih... bukan goyang-goyang kaki.. kene fikir promosi.. kene fikir trend semasa.. semua orang boleh pakai peplum.. seriously belambak-lambak peplum budak ada jual sana sini.. tapi Tsugoi pentingkan kualiti.. aku ada dengar orang pertikai harga Tsugoi.. aku tak rasa harga tu terlalu mahal.. yes mahal kalau korang compare dengan yang jual RM65.. yang penting bagi kitorang is quality... macam yang Elly cerita kat blog dia.. kain kitorang tak beli kat sini.. bila dah check kualiti kain and compare.. kitorang decided untuk amik kain yang kualiti kat China.. Elly pergi sendiri.. sebab aku cakap.. aku nak kain yang sejuk, lembut, berat, jatuh bila di pakai, tapi tak nak nipis sangat.. nanti budak-budak lasak.. kalau tebal sangat tak selesa.. tapi kalau nipis sangat pon tak nak jugak.. Aku cerewet, Elly pon cerewet.. sebab tu kitorang serasi kot.. kitorang bukan amik borong dari mana-mana then tukar je tag 'Tsugoi'.. no kitorang tak buat mcm tu..... batu / beads yang kitorang tabur di leher dan lengan baju pon kitorang keluar modal cari yang jenis berkualiti.. tak nak yang cikai-cikai nanti tak lawa.. nak lekat beads tu upah orang lagi..upah jahit lagi.. bukan dekat ok.. luar dari KL.. semua tu cost.. sama macam cardigan kitorang... aku bukan tak belek cardigan2 yang jual murah-murah tu.. memang murah, tapi kualiti asal boleh je.. jahitan pon tak kemas.. sorry kalau aku over.. tapi itu yang kita kena fahamkan kat orang-orang yang tak nak cuba untuk faham.. 

Harap korang faham tentang kualiti... tapi dalam perniagaan takde paksaan.. kita semua ada hak untuk membeli.. ada orang jenis tak kisah.. ada orang jenis cerewet.. ada orang jenis nak cantik.... so far, kitorang puas hati dengan hasil nya.. dan alhamdulilah..sambutan menggalakkan.. kitorang cabar diri untuk buat banyak.. memang lah takut if tak laku apa kita nak buat dengan baju-baju ni? if tak laku cemana modal? dalam berniaga kalau kita asyik fikir kan 'if/kalau' memang leceh sikit.. tapi jangan tak fikir langsung.. kene ada backup plan.. berkat usaha dan promosi haritu yang tak henti-henti.. peplum dan kaftan for kids and mommy tu laku.. ada sikit lagi untuk target jualan Raya Haji nie.. 

Peluang photoshoot untuk magazine Wanita ni bagaikan rezeki yang Allah nak bagi jugak lah.. tepat pada masanya... sekejap je sebab diorang very professional.. 

ada lah bangga sikit tengok collection Tsugoi masuk majalah.. hahahahha.. 

pink peplum

lilac peplum

Kaftan

Majalah Wanita keluaran September.. (cover Rossa)

Tsugoi team.. hahahah.. saja dengki Elly.. biar aku je enterprem.. 

Berminat untuk jadikan baju Raya Aidiladha? Jom visit FB Tsugoi

Terima kasih Utusan Karya ;)

3 comments:

  1. Sukanyaaaa..good luck team tsugoi..ayah saya ckp, rezeki kita murah kalau dlm hati kita xda hasad dengki n rajin usaha.. :) ..

    ReplyDelete
  2. majalah ni keluaran utusan karya kan bukan karangkraf rasanya

    ReplyDelete
  3. Majalah ni keluaran Utusan Karya kan.....bukan karangkraf rasanya

    ReplyDelete