Dah berapa lama tah aku teringin nak makan lontong.. last makan masa pagi raya aritu kot? Wan buat.. aku ni tiap kali nak dekat raya selalu berazam.. aku mesti nak try buat lontong sendiri.. lagi satu impian aku nak belajar buat rendang sendiri.. hahaha.. sebab terlalu taksub dengan masakan mak sendiri.. so aku rasa takde kepentingan aku nak buat sendiri.. agak-agak teringin nak makan.. cakap je lah kat Wan.. mesti Wan tak sampai hati.. hahaha.. kongajo punya anak..
Tapi bila dah meningkat usia ni.. fikiran aku dah lain sikitlah.. dah matang la sikit heheh.. aku tanya diri aku sendiri.. "apa yang ko pandai? kalau orang datang raya, apa yang ko reti nak masak??" terus terdiam hehehe... benda senang je sebenarnya, tapi bila terlalu bergantung ni memang payah sikit.. ni peringatan untuk diri aku sendiri jugak.. sampai bila nak harap mak kita? walaupon masakan mak kita the best in the world pon.. nanti kalau Wan dah tak larat nak masak? cemana aku nak makan? amboi pentingkan diri hahaha.. Nak jugak aku plak yang amik alih kerja Wan kan? biar aku plak yang hidang lauk raya.. amboi cita-cita...
Sebab mak aku dari dulu pandai masak kot.. sebab kitorang kan duduk di perantauan.. nak tak nak mak aku kene masak kalau anak-anak nak makan.. macam aku ni manja telebih.. so aku fikir.. kalau Wan dah tak de, aku nak harap sapa masak? nanti pagi raya anak-anak, laki aku semua nak makan apa? makan mee goreng je? hahahahhaha... ok lah, mari kita belajar..
Aku tau ramai je yang macam aku kot.. manja sangat.. semua mak masakkan.. tapi tak salah kalau kita cuba kan? meh akak ajar.. masak lontong ni senang nak mampos ok.. tak pandai jugak.. meh ahkak tampa sorang-sorang.
Ni lontong aku masak semalam.. Untuk makluman, ini lontong pertama yang aku masak dalam hidup aku.. sila ketawakan diri sendiri T_______T
Tu bahan nak dicampak dalam kuah tu nanti.. meh akak ajar step paling senang ;)
LONTONG FILLANIE
Bahan tumbuk
3 biji bawang merah (kalau bawang besar, hiris 1/3 je.. pastu tumbuk
2 biji bawang putih
seinci halia
3 biji cili padi (orang lain tak letak.. tapi ahkak suka ada rasa pedas sikit)
setengah genggam udang kering (jangan tumbuk lumat sangat)
2 btg serai (titik)
Bahan-bahan
Santan (RM3) / santan kotak pon boleh lah kot
Udang hidup
serbuk kunyit
Kacang panjang dihiris serong-serong
tempe
kubis
carrot
terung
(tauhu potong dadu kalau suka, aku tak berapa suka so aku tak letak)
(sayuran lain boleh jugak kalau nak letak seperti cauliflower, cendawan hitam mcm asam keping tu)
Cara-cara
amik setengah dari santan tu letak air.. biar dia cair dan masukkan dalam periuk.. didihkan dan masukkan bahan tumbuk tadi.. masukkan carrot bagi dia empuk cepat sikit.. bila dah elok nak empuk je carrot tu..masukkan santan pekat.. adjust lah sendiri kepekatan kuah masing-masing.. lontong jangan kuah terlalu pekat sangat.. nanti muak.. sedang-sedang je..pastu masukkan sayuran berserta udang hidup.. masukkan garam, serbuk kunyit (bagi warna kuning sikit) nak letak perasa pon silakan..masak hingga empuk.. last sekali masukkan suhun dan fucuk. Ok tutup api.. siap.. senang kan?
Sambal Sotong Kering
sorry takde resepi.. tu Wan bawakkan sikit haritu.. hahahahaha.. bijak kan anak mak?
Tips
Kalau beli nasi impit segera yang kampit tu.. rebus dalam 1 jam 1/2.. tutup api dan biar kan dalam setengah jam.. pastu baru angkat dan siram ngan air biasa.. lepas tu toskan sampai kering.. ini untuk dapatkan nasi impit yang lembut dan padat..
Kadang kita masak suhun tu nanti dia akan sedut kuah tu.. tu yang tetiba tengok apasal kuah aku kering?? hahaha.. cara dia.. sebelum masak.. rendam dia lama-lama sikit.. dalam sejam ke.. so dia dah betul-betul kembang dan kuranglah dia nak 'sedut' air masakan kita tu..
Selamat mencuba ;)
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
patut la sy msak selalu kering je kuah masak lemak tu..dh la semua sayur2 mengembang..tau pasal suhun tu akn mengembang tp rendam kejap je slalu..rupa2nya kena rendam lama2 ya...
ReplyDeletePasti akan cuba..tq bg tips rebus ketupat dan suhun.
ReplyDeleteTq fila!
ReplyDeletethank you for the recipe.
ReplyDeleteby the way, tadi nampak kat street mall, tapi segan teramat nak tegur and bergambar hehe.
you look so slim and petite, tak nampak langsung macam mother of 3 =)
Senang je upenye. Thankyou kakfilla!
ReplyDelete