About Me

Monday, August 12, 2013

CERIA SUPERSTAR MUSIM KE-2

[sponsored post]

Akak kecik-kecik dulu pemalu.. Sampai sekarang masih pemalu.. hakhakhakkk... Sebagai seorang pemalu.. akak selalu menyanyi depan cermin.. kadang-kadang menari dalam bilik sorang-sorang.. atau pon jadi pengacara.. masa darjah 5 ke darjah berapa tah, dah tak ingat.. ada persembahan untuk hari guru.. kena buat satu kumpulan dan kena menyanyi sambil dance.. lagu masa tu tajuk dia Mr. Postman.. berdebar-debar keluar peluh sejuk semua ok.. muhahahhaha... padahal menari ramai-ramai.. tapi rasa macam semua orang tengok akak sorang je.. gila perasan betul akak ni kan.... tapi perasaan lepas buat persembahan tu, tak leh nak citer.. bangga gila.. macam perform sorang.. hahahaha... 

Tapi akak yakin, adik-adik zaman sekarang lebih 'terbuka' dan berani... tak macam masa zaman akak dulu.. Akak ada berita gembira nak dikongsi dengan adik-adik yang berbakat besar dalam bidang tarian ;)

Siapa tengok Ceria Superstar musim pertama kat Astro? Hahahha.. akak terjebak tengok.. sebab Acih lah.. sibuk cakap "Best mama.. best mama".. Tapi masa akak tengok pon dah nak dekat penghujung rancangan dah... Tapi akak yakin budak-budak memang layan dan tahu tentang Ceria Superstar ni... kita je yang tak berapa nak tau.. 

Memang berbakat betul lah adik-adik dalam Ceria Superstar tu.. berani pulak tu.... selamba je perform kat stage depan orang ramai ngan juri lagi.. kalau akak, mau keras kejung kat situ.. silap-silap nangis.. hahahah..
Pastu saja test kat Acih, Ani ngan Dhya haritu.. cakap kat diorang.. "Nak pegi ujibakat Ceria Superstar Musim Ke-2 tak?" hahaha.. memula malu-malu kucing.. pastu diorang tanya.. nak menari cemana? then akak cakap "Pandai tak nari ala-ala K-pop? Oppa Gangnam pon boleh".. hahahha.. terus laju-laju diorang menari..

memalu kan?

Ok dah tak malu sangat.. hahaha

Hahahah time ni engine dah panas dah... kemain happy lagi.. 

Ok menari tradisional pulak boleh? budak-budak kan? ok jeeee... 

muahahahhahahahahah.. Hoiiii ni tarian apa plak nie???? 

So begitulah anak-anak dan anak buah akak yang pemalu bila suruh menari.. tapi kalau adik-adik kat luar sana memang sempoi, sporting dan bersedia menghadapi cabaran, Jom, akak nak ajak adik-adik yang berbakat menari untuk participate dalam Ceria Superstar Musim Ke-2... Jangan tak tau ye.. Musim pertama dah ada pemenang dah... So adik-adik masih berpeluang untuk menyertai pertandingan musim ke-2 pulak.. mana lah tau, ada rezeki adik-adik kan? Untuk yang dah pernah tengok Musim Pertama, mesti dah tau format rancangan realiti ni cemana kan? senang je kan? best kan? 

Meh akak cerita dulu buat sesiapa yang tak tau.. apa tu Ceria Superstar? Ok.. program menarik ni disiarkan di saluran 611 Astro Ceria.. Ceria Superstar ni actually adalah pertandingan tarian dan program realiti tv ini adalah untuk mencari bakat-bakat penari di bawah umur 15 tahun di Malaysia.

Ia terbuka untuk semua adik-adik yang berumur kurang dari 15 tahun (dibawah jagaan/seliaan ibu bapa) dan ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan bukan rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia. Oh ya, setiap kumpulan mestilah mempunyai 2 hingga 8 orang peserta... faham? tak boleh kurang dari 2 orang dan tak boleh lebih dari 8 orang peserta bagi setiap kumpulan.. Now, pegi cari kawan-kawan yang terror menari dan cepat buat satu kumpulan... Heheh.. 

Gemersik Tari ialah kumpulan yang dinobatkan sebagai pemenang untuk Ceria Superstar musim pertama.. 

Ok sila take note ya.. penting nie.. Sesiapa yang ingin menyertai ujibakat Ceria Superstar Musim Ke-2, sila datang beramai-ramai ke sesi ujibakat..

25 Ogos 2013 (Ahad)
Kota Kinabalu - One Borneo

8 September 2013 (Ahad)
Johor Baharu - Plaza Angsana

Anda berpeluang memenangi RM20,000 dan pelbagai hadiah menarik.. Bermula dari sekarang, start cari ahli kumpulan dulu ok? pastu bila dah cukup ahli, boleh lah adik-adik training lebih sikit untuk persediaan sebelum datang untuk audition.. make sure persembahan adik-adik meletopsss dan boleh memenangi hati juri.. Ada bakat jangan simpan ok? kita tonjolkan... prepare ngan step-step tarian Kpop ke, Hindustan ke, Tradisional pon boleh.. hehehehe... Akak yakin adik-adik mesti boleh!!!!! 

Untuk tahu lebih details, sila layari www.astro.com.my/ceria


-GOOD LUCK-

2 comments: