[48hours sponsored post]
Aku kalau pegi kerja. hari-hari keluar umah kul 6.30 pagi.. lepas hantar Acih gi sekolah aku terus drive ke office sebab aku masuk kul 7.30 pagi.. Sepanjang jalan aku dengar Hot FM.. dari dulu tak pernah tukar channel lain.. sebab kalau pagi-pagi ada Faizal Ismail, Fara Fauzana ngan AG.. kelaka plak tu.. hahah..
Baru-baru nie Hot FM asyiklah announce pasal Sebarkan Semangat Ramadan bersama Coke dan Hot FM.. katanya Hot FM berkolaborasi dengan Coke untuk menyebarkan semangat ramadan di kawasan tetangga yang terpilih.. macamana nak terpilih tu senang je.. korang boleh menghantar penyertaan kepada Hot FM dan pilih siapa yang anda nak nominate dan explain mengapa orang yang anda pilih itu layak menerima dan menjamu kawasan kejiranan mereka dengan "Mangkuk Tingkat" dan Cola sejuk 1.5L.. senang kan?
So hari-hari lah aku dengar kat radio pasal sebarkan semangat ramadan ni.. aku dah terbayang mangkuk tingkat cemana yang nak diedar-edarkan kat kawasan kejiranan tu nanti? confirm meriah punya.. pastu katanya Hot FM Krew dan DJ Faizal Ismail ngan Suraya pon ada untuk memeriahkan Sebarkan Semangat Ramadan bersama Coke.. kalau lah aku dapat join kan best.. mihmihmihhhhh...
Alhamdulilah dapat invitation.. Yeeehaaaaa... Pemenang kali ni dari Taman Melati.. So diorang akan memeriahkan kawasan kejiranan di Kawasan Rukun Tetangga Taman Melati, Setapak...tak ke best tu? kalau orang yang ko nominate tu menang... Coke dan Hot FM akan datang mengedarkan juadah berbuka puasa kepada semua jiran-jiran tu tau.. yang bestnya, juadah tu disediakan dalam mangkuk tingkat yang mak aiiii.. lawa sangat ok.. sorang dapat 1 mangkuk tingkat berserta Cola 1.5 Liter.. Aku ajak Peej teman..pastu aku dengan Peej dah telan-telan ailio tengok Cola tu sejuk-sejuk dia bagi ok.. Hoi nak bukak puasa lambat lagi ok!! diorang edar dari pukul 3.00 petang sampai pukul 6.00 petang..
Gila tak nak?? selama ni aku dengar kat radio Hot FM je pasal mangkuk tingkat..aku dok bayangkan jugak, mangkuk tingkat apa yang diorang nak bagi nie? rupanya cenggini.. kelas gila ok..
Dah susun lawa-lawa untuk diedarkan kepada penduduk Taman Melati
Ini baru sikit yang beratur nak mendapatkan juadah berbuka puasa...
Hah kau.. tak muat nak masuk dalam camera aku.. panjang gila.. siap pusing kat hujung sana tu.. aku memang suka betul tengok sikap penduduk kat sini tau.. dengan cuaca panas tapi diorang sporting habis.. dah dapat mangkuk tingkat ngan Coke tu.. ramai yang stay lagi.. main games pulak ;)
Tu dia.. Faizal Ismail, Suraya dan Zoomers.. tak letih pon.. sentiasa bertenaga... buat lawak kat situ.. hehehe..
Bagi aku lah kan.. memang event ni sangat berjaya.. meriah gila.. siap lagu Sebarkan Semangat Ramadan dari Nidji tu berkumandang.. so macam terasa bersemangat ok..
Ni budak yang memalu kucing hahaha.. Tapi untung bawak Peej, sebab harap aku memang buta jalan.. confirm sesat lah kannn.. Peej boleh belagak ngan aku.. ayat dia "Alahai.. Taman Melati ni tempat aku bermain di waktu kanak-kanak... Aku jogging ngan arwah Tok aku pagi-pagi kat sini lah".. amboi.. eksyen ko yeh? Tapi thanks Peej sebab ko sentiasa teman aku kalau aku takde kawan.. eh? emo plak..hehe.. Peej pon bergumbira kat event nie.. cuma malu nak join game.. kahkahkah.. apa nak malu? makcik-makcik semua gila sporting ok.. kita pulak yang memalu kucing ;)
Aku.. sambil tengok Coke sejuk, sambil telan ailio.. sabarrr jelah...
Ok.. tu diaaaaaa.. mangkuk tingkat pon mula diedarkan kepada orang ramai... terpancar kegembiraan di wajah masing-masing bila dapat mangkuk tingkat... aku ngan peej pon di dalam hati berkata-kata jugak "untuk we olls tak de ke? kalau tak de, malanglaaaaahhh, yang dapat tu untunglaaaaaaaa"
Happening.. suka tengok kegirangan terpancar di wajah penduduk yang dapat Mangkuk Tingkat dan Coke.
Lepas tu diorang buat games pulak.. Ni best.. aku ngan Peej seronok tengok game yang nie.. Diorang kena menari paling best bersama mangkuk tingkat.. muahahaha.. aku ngan peej dok tergelak tapi cover-cover.. sebab sporting sangat makcik-makcik nie.. siap bergelek-gelek ok.. aku suruh Peej masuk.. tapi muka dia macam nak tumbuk aku.. muahahha.. ko malu yeh?
Tengok Pakcik tu.. tu menari ok!!
Ko mampu? menari sambil junjung mangkuk tingkat.. memang hebat pakcik ni ;)
Semua peserta dapat hadiah.. jangan risau...
Aku suka game yang ni.. tapi belum mampu nak join sebab sifat pemalu sangat tebal dalam diriku.. hahahaha.. Atok tu comel kan?
Kena jadi batman lah, superman lah, spiderman.. hihihi.. Sementara tu.. yang beratur nak amik Mangkuk Tingkat dan Coke boleh lah tengok game tu..
Ok, inilah pemenang dia!!! Yang menyertai peraduan ni pon adik beradik mereka bertiga jugak.. so 4 beradik perempuan lah ni kan...Yang mencalonkan kakak dia dari Taman Melati ni takde kat Malaysia.. dia kat Australia.. tapi Hot FM kan boleh didengari di mana jua ;) Seronok betul diorang ok.. dapat RM500 dan dapat menyumbangkan juadah IFTAR (Mangkuk Tingkat dan Coca-Cola 1.5L yang sejuk dan menyegarkan) kepada seluruh jiran tetangga di Kawasan Kejiranan Taman Melati.. Bagi aku event macam ni best laaa.. masa ni lah kita boleh merapatkan silaturrahim.. kalau tak, tak kenal pon siapa jiran.. ni sambil berkumpul baru boleh kenal jiran tetangga :)
Family Pemenang bersama Faizal Ismail
yang dalam gambar tu yang masuk peraduan.. so korang? kalau nak Hot FM dan Coca-Cola datang menyebarkan semangat ramadan di kawasan kejiranan yang korang pilih.. sila cepat-cepat join..
Nak jugakkkkkkkkkkkk.. hahhaha.. Filla bersama pemenang..
Bersama Peej Burhan yang gojes..
My reader dari Taman Melati
Adik beradik kot dengan reader tadi.. hahaha.. kitorang dapat Murtabak Maggi ngan Dadih.. thank you :)
Beginilah kemeriahan Kawasan Kejiranan Taman Melati..
Kitorang pon dapat ok.. so terus excited singgah umah Peej.. Berbuka kat sana je laaa hehehe... pastu bukak satu-satu mangkuk tingkat tu.. tertelan-telan ailio aku.. pastu Peej sound aku "Kau dah kenapa tengok lauk tertelan-telan ailio?" muahahah lagi mau tanya.. yang dia pulak asyik cakap "Eiii aku geram betul Coke nie.. dari tadi lagi aku ushaaaaaaa je.. dah lah sejuk-sejuk.. sabar jelah"..
Lawa kan mangkuk tingkat nie? aku dah cuci bersih-bersih.. simpan kat umah.. nanti senang nak gi picnic.. hahahaha..
Gittewwww... sedap kan? memang sedap pon.. untung orang Taman Melati ;)
Ok lah.. dah penat bercerita.. now nak eksyen plak.. muahhahahaha...
Hahahah sepadan kan? muahahah.. Aku panggil dia "Bang, nak tangkap gambar jap".. FBI pon "Eh, bolehhhhhhhhhhhh".. berani dia nak cakap tak boleh??? muahahah.. pastu aku dah senyum.. pastu tgk FBI buat sign peace.. oh kena buat peace yeh? ok la ok la... Comel sangat nie.. nasib tak buat mulut muncung pipi kembong, mau Peej tumbuk muka aku kang.. hahahah..
Sebelum aku akhiri entry nie.. Jom ke Website Hot FM untuk menyertai peraduan "Sebarkan Semangat Ramadan bersama Coca-Cola dan Hot FM"
hi kak filla.. syila suke blog akak..
ReplyDeletejust nak share syila ade post psl info akak. hehe. boleh kn.. jgn marah ya..
http://angan2syila.blogspot.com/2013/07/jeless.html
dok taman melati juga.tapi tak bpeluang nak dpt mangkuk tingkat tu.tgk org beratur panjang sangat.tak sanggup den.
ReplyDeleteagak2 la gojes. huduh gila tu. muka sememeh di ajak keluar tetiba. tapi memang best pun. terseksa tengah panas tengok air coke tu sejuk berpeluh2 botol. fuuuhhh.
ReplyDeleteDekat ngan umah saya sis filla..anak saya pun g beratur dpt mgkuk tgkat tu..hehehe
ReplyDeletecantik la mangkuk tingkat tue..klu ada jual kat supermarket nie maunya rembat laju2
ReplyDeleteUniknya mangkuk tingkat tu..
ReplyDeletesalam ramadan dari ciklaili.com
akak seriously xyah layan org mental cenggitu. ckp kat dia ko ni dtg x diundang,pergi mmg dialu alukan. hehe. kitaorg ramai lg suka blog akak. best kot. xmcm blog certain blogger yg bajet mix2 english dgn malay. sekali jd artis tergagap2 pulak speaking. xyah nk up sgt. eh, kan dah kurang 20% pahala harini nk backup kak filla punye pasal. pape pun blog akak best. anak2 akak comel. laki akak sporting. -love you kak <3- miss B
ReplyDelete