Salam Isnin ;)
Kali ni kita nak share resepi Siakap Masak Stim version orang pantang ye.. Yo yo je nak share resepi.. yang masaknya Wan.. hahah.. tapi dah interview Wan cemana nak masak?
Resepi dia kacang goreng jer u olls.. tapi rasa dia perghhhh sedap gila.. lauk pantang tersedap so far heheh.. So sesiapa yang tengah pantang boleh cuba.. atau sesiapa yang dah nak dekat bersalin pon boleh lah collect resepi yer.. kang muntah asyik makan lauk sama 44 hari hahaha..
Syarat utama kena ada periuk stim.. aku dah ada.. Wan sedekah muahahah..
SIAKAP STIM
1/2 ekor ikan siakap
hirisan lobak putih (menambahkan susu badan)
hirisan lobak merah (bagus untuk ibu dalam pantang)
hirisan capsicum
hirisan halia
hirisan bawang merah
5-6 biji bawang putih diketuk-ketuk
2 batang serai diketuk dan dipotong-potong
sedikit biji lada hitam ditumbuk kasar
sedikit garam
CARA-CARA
lambakkan semua bahan dalam mangkuk.. gaul rata... letak sedikit air.. letak air dalam periuk kukus tu.. dan stim.. elok stim dalam 30-45 minit dengan api perlahan..
Itu je u olls.. hahaha.. senang dan sedap... berkhasiat.. lepas makan berpeluh-peluh macam jogging 5 round kawasan perumahan.. amboi hover.. hehehe.. ikan tu lembutttt empuk.. sedapp.. kuah tu pon sedap.. makan dengan nasi panas.. jangan tambah nasi yer..hahahha...
Adoi baru nak citer lelebih ni.. Baby Leecha dah menguek uwek dah.. tak bagi chance langsung tau.. Ok lah selamat mencuba resepi Wan ni yer.. kalau ada yang tanya Siakap ok ke untuk lauk pantang? boleh ke? taktau lah.. Wan google ramai je orang masak siakap untuk pantang.. ko jangan memain, Wan google okeh!!! hahahah..
-adios-
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
Thanks for sharing the resepi fila tok org diet pon sesuai gak kan kan... hehehe
ReplyDeletevahvahvahh sodap nyo...org tak pantang ni dah terliur tgok...
ReplyDeletewah... tengok pun menyelerakan kak... hurm...boleh disimpan resipi ni untuk kegunaan masa akan datang ni... heee... ^_^
ReplyDeletex pantang pun bole buta ni ekk, tambah asam boii kot, heh, tqvm ya
ReplyDeleteOk orang tak pantang ni pun nak try juga....boleh lah aunty ni kurang kan lelemak kat badan dengan hanya memakan ikan stim ni.
ReplyDeleteorang tak pantang pun dah terliur ni..tapi orang tak pantang bolehla buh cili padi ketuk bagi pedas berapi kan kan...hahaha
ReplyDeletesedapnya kak filla....nyum2...
ReplyDeletewan siap menggoogle tu..klass
ReplyDeleteLetak sos ikan pun sdap...plus cili api ketuk skit..huiii
ReplyDeleteSedap
ReplyDelete