About Me

Monday, January 07, 2013

Sedih :(

TEMAN PENGGANTI 
(Black ft Malique)

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti



AJL baru habis, Lagu Terukir di Bintang dinobat sebagai Juara Lagu ke 27.. Lagu Yuna yang dinyanyikan oleh Aizat.. tahniah.. suka tengok kumis Aizat hahah..

Tapi kalau diberi pilihan, aku nak lagu ditulis Malique dan dinyanyikan oleh Black ni yang menang.. takde rezeki sebab hanya mampu menang kategori Persembahan Terbaik.. 

Bila driving dengar lagu ni tak pasti kenapa hati jadi sayu dan sedih... menyentuh sangat ke dalam hati... mungkin lirik dan lagu dia memang kena.. sesuai untuk orang yang kehilangan orang tersayang yang dah kembali bertemu PenciptaNya.

Mood Monday yang sedih :( 






EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

13 comments:

  1. tak mo sedih sangat la sis..tak cute! cenyum nampa gigi luas2..nah nasi lemak sambal kerang *hulur sebungkus*

    ReplyDelete
  2. kan lagu nie sangat menyentuh, best sgt2. beri kasih sayang sebelum kita dah takde lagi tempat untuk berikan kasih sayang.

    http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/masalah-penyusuan-susu-ibu-bayi-tak.html

    ReplyDelete
  3. Lagu kesukaan saya juga....:(

    ReplyDelete
  4. Kan kak.. mona pon ingat lagu ni menang.. tapi lirik dia sedih sket.. tambah part pesan dompet kunci semua dalam laci tu T____T

    Akak jangan sedih2 ok! Hugs

    ReplyDelete
  5. aku pun tumpang sedih gak...huhuhu..mmg lirik lagu ni touching betul...

    ReplyDelete
  6. Sama, I wish Black menang. Karya Malique ni mmg unik and terkesan betul. But agreed with results, Terukir Di Bintang pun special...

    ReplyDelete
  7. Btw, jangan sedih2..

    ReplyDelete
  8. Suya pun fikir lagu ni akan memang..tpi takde rezeki.. Yunalis menang..

    ReplyDelete
  9. Suya pun fikir lagu ni akan memang..tpi takde rezeki.. Yunalis menang..

    ReplyDelete
  10. Lirik lagu ni mmg puitis huhu
    Sebak!

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:54 PM

    Salam Kak filla..
    Selama ni saya silent reader akak..kali ni saya nak komen..

    Masa saya tgk Black perform mlm tadi dan hayati dia punya lirik lagu, hati saya sebak.saya menangis...sebab saya juga telah kehilangan seorang abang pada tahun lepas (2012). Situasi kita sama..:(

    ReplyDelete
  12. Jangan fikir sangat filla....aunty lagi lah dah kehilangan 5 orang adik beradik.....yang paling terkesan sekali apabila kakak No 4 meninggal sebab dia bukan setakat kakak tapi best friend aunty.....sampai sekarang kalau teringat dia je mesti menangis...aunty dah berjanji lepas ni tak nak sedih lagi sebab yag dah pergi memang tak akan kembali walau keluar air mata darah sekalipun...kalau teringat sangat sedekah kan surah yassin atau alfatihah.

    ReplyDelete