Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar
(kiri : ibu mangsa)
Muhammad Faiz Iqhmal Iskandar, dipercayai telah meninggal dunia ketika dibawa oleh ibu dan teman lelakinya dengan kesan lebam muka dan badan serta calar di beberapa bahagian lain, ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini jam 3 petang.
Keluarga berang
Suasana di wad kecemasan HSB kecoh apabila keluarga Faiz berang terhadap lelaki berkenaan yang berpura-pura sakit dengan duduk atas kerusi roda dan mendakwa mangsa maut kerana terjatuh dari tangga bersamanya.
Nenek mangsa, Padzilah Ismail, 46, berkata beliau terlalu sedih melihat mayat cucu yang tinggal bersamanya sejak berusia lima bulan, mati dengan kesan kecederaan pada badannya.
Beliau berkata, Faiz sebelum ini ada mengadu dipukul teman lelaki ibunya sehingga cedera dan sering mengelak ketika ibunya yang berusia 25 tahun mengajaknya pulang ke rumah.
Mengadu dipukul Pak Tam
“Setiap kali cucu saya pulang ke rumah, dia pasti mengadu dipukul oleh ibu dan teman lelakinya hingga lebam. Dia sering minta saya mengambilnya cepat setiap kali berada di rumah ibunya. Sebelum ini, saya sudah agak perkara buruk, namun tak upaya menghalang anak saya bertemu anaknya,” katanya ketika ditemui di hospital.
Ibu saudara mangsa, Norhanisha Othman, 23, berkata Faiz pernah mengadu dipukul ibu dan teman lelakinya yang dipanggil Pak Tam beberapa kali sebelum ini, malah setiap kali pulang ke rumah neneknya di Flat Simpang Kuala, di sini ada kesan lebam di seluruh badannya.
“Kakak berpisah dengan suaminya, Iskandar Abu Bakar, 29, sejak Faiz berusia lima bulan. Sejak itu dia tinggal bersama neneknya, tetapi beberapa bulan lalu kakak kerap membawanya pulang.
“Saya pernah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada Ogos lalu selepas mendapati kesan gigitan dan lebam pada badan Faiz, dipercayai dilakukan teman lelaki kakak,” katanya.
Kesan lebam di muka
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Deputi Superintendan, V Saravanan, ketika dihubungi berkata maklumat awal mendapati ada beberapa kesan kecederaan termasuk kesan lebam di muka, bahu dan tangan mangsa.
Katanya, polis menyiasat dari semua sudut termasuk dera hingga menyebabkan kematian, namun masih menunggu keputusan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes atau membuat sebarang tangkapan.
Source: Berita Harian
Apa kita nak komen tentang isu ni? Umur anak tak berdosa nie 2 tahun, sebaya Amaani.. apa budak 2 tahun boleh buat sampai ko kena dera dia sampai menemui ajal? Senakal mana budak tu boleh buat sampai mengundang rasa marah tahap membunuh orang? Tak tau aku nak guna bahasa apa lagi nak sampaikan betapa kecewanya ada manusia tak berotak macam ni kat muka bumi nie..
Lagi satu yang tak berapa nak paham.. kenapa selalunya kes macam ni melibatkan KEKASIH ibu??? Apa kene mengena kekasih ibu pulak nie.. kalau bapak tiri tu aku paham lah jugak sebab duduk serumah dah ngan mak dia.. ini kekasih? apa hak kekasih pulak nak jaga anak ko? dan ko boleh simply percaya???? pastu yang lagi tak boleh aku fikir nie.. dah pernah buat police report pon sebelum ni mengatakan kekasih dia ni dera anak dia.. omg.. dah tau dah pon.. so kenapa terjadi lagi???? Sekarang nak salahkan siapa? nasi dah jadi bubur.. anak tak berdosa tu dah pergi dan takkan kembali.... menyesal menangis air mata darah sekali pon takkan menghidupkan dia semula.. anak kecik tu dah selalu mengadu dia kena dera ngan kekasih mak dia.. so apa tindakan dia? apa tindakan kau sebagai seorang ibu? dengar je?
Tolonglah.. jadi ibu biarlah peka.. jadi ibu, ko dah mengandungkan anak tu 9 bulan.. darah yang mengalir dalam badan anak tu ialah darah kau jugak.... sepatutnya takde siapa ada hak untuk menyakiti anak kau.. apatah lah kekasih kau.. kekasih je pon? hebat sangat ke kekasih sampai buat anak kita jadi macam tu..
Tak tahan aku baca si kekasih ibu ni pura-pura sakit naik wheelchair mengaku konon jatuh tangga bersama-sama Faiz tu.. kalau betullah dia bersalah.. hoi.. rasa nak tebalikkan wheelchair tu.. anak orang kot yang ko buat nie.. anak kucing pon orang tak buat lah.. nyawa ok nyawa.. nyawa anak kecil pulak tu.. semoga yang bersalah menerima balasan yang setimpal dengan kesalahan yang dilakukan..
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
Aku bengang dgn mak dia buta ke hapa..otak xde ke..x sakit ke lahir anak..anak comel2 dua tahun di dera kewkasih dan dia pun join sekali dera..aku rasa nak sula je depa ni..aisshhhh aku sumpah depa ni xde anak 7 keturunan baru dia tau !!!! geram aku !!
ReplyDeletesemoga Allah memberi balasan yg setimpal dgn apa yg telah SETAN tu lakukan.....
ReplyDeletesalam filla,
ReplyDeletesy hangin 1 badan bila baca berita ni..kenapalah si ibu tk menghargai langsung anak dia tu??bole dibiarkan saja anak di dera oleh bf..dah tahu bf tu perangai mcm tu,msh couple lagi..cinta buta btul..sy ni 6 thn menunggu zuriat..org lain senang2 je biarkan anak kena dera smpai meninggal...
dgr dlm radio masa otw dtg keje
ReplyDeleteterus sakit ati smpi skrg
anak aku pun baya ani jugak
bila syaitan menguasai diri kak.. nyawa macam tak berharga
ReplyDeletekan kak filla..?? sedih je dgr budak kena dera... si ibu ni, konfirm takde perasaan. si ibu ni patut kena dakwa sekali sbb cuai jaga anak sendiri...
ReplyDeletebila baca berita tuh rasa nak sumpah2 diaorang tuh jadi punching beg.. pastuh nak tumbuk sekuat hati... akaii xdak.. memang sakit hati baca..
ReplyDeletekejam! yg si ibu ny pn.. haihh! kenapa la biar kn.. T____T
ReplyDeleteaku xleh baca kes dera budak2 ni..rasa cam semua binatang dlm utan tu kuar kat mulut ni..tp xbaca bukan tak prihatin tp tak sanggup..sian anak tu..sebaya amaani..sebaya kesya..hadoi lah
ReplyDeletehuh..geram sungguh!
ReplyDeleteKalau tangkap, tangkap emaknya sekali..anak ko, takkan ko tengok je orang lain dera? dah mati baru buat muka sedih..gila...
Tah takde otak betul laki tu..huh geram aku..
ReplyDeletemakin banyak pulak kes dera sejak2 ni. apalah salah budak tu. tak berdosa. nakal pun sebab budak. takkan la yg dera tu x pernah jadi budak...
ReplyDeletenak cakap simple words je..
ReplyDeletemak die bodoh and desprate..tak mungkin die tak taw..
salam kenal...
ReplyDeleteheeee memang geram betul..!!!
anak sendiri pun blh bg org lain pukul..!!!
mmg geram giles dgr kes gini..
ReplyDeletebdk kcik lagnk dera...
dh rasa hebatsgtla dpt pkul bdk tu...
aku asse org mcm ni..
penakut sbnrnyer..kt bdk je die brani...
ase nk tenyehhh je hidung die ni...
aduhh... takkan bf punya pasal tutup telinga jer anak cakap apa.. apa jenis la.. senang sangat dapat anak kot.. tu tak hargai.. jenis camana pun tak tahu masing2.. lepas tangan jer semua. dah jadi menda baru nak rewind macam2 balik.. ingat masa boleh rewind ke
ReplyDeleteSalam..tau apa sy fikir dia amik anak ni nk cover skedudukan so nampak cm family...mak dia ni bodo..bangang ,,,sbb dia branak senang kot..ishkkk geram sunnguh..spatutnya tajuk brita utama tu ada smbungan...pak tam kemudian koma akibat dihempuk dengan kerusi roda oleh ahli kluarga mangsa...mak dia tu lak pakat2 hempuk kpala bila kpala bingai dia tu sewel trus..mana la perikemanusian! demmm rosak mood sehari ngn berita cmni...vongoks..
ReplyDeletejom kite sesame blasah mak ngan kekasih nya tu skali.
ReplyDeletekalo nak sula, sila sula maknya sekali..jgn kata tidak penderaan tu bkn sj si kekasih yg buat..mak pun sama belasah anak. Dasar bettyna gatai bijik..haaa..hamik ko..geram sungguh aku..kesian budak cumil x b'dosa. Hazab budak tu..apa kes smpai pankreas boleh pecah erk..duhh..siksanya..bebird pun dicubitnya..
ReplyDeletedasar mak yg x layak dipanggil mak..nyampah aku kat berita but2 nangis..padahal nak sorok bersekedudukan..ko tanggung la di akhirat esok bettyna..
Ibu tu yang biul percaya sangat dengan kekasih dia even budak tu dah report. Adehhh malangnya nasib kau anak
ReplyDeletemak dia ni yang ptt dipersalahkan!!
ReplyDeleteboleh plk ko lps tgn je ank tu kt BF..wadehek!! geram nyer,...pastu nk beria2 nangis...nangis kuar air mata darah pon da tak guna la pompuan!!...eeiii geram!!!!
Izinkan saya share kisah ini...
ReplyDeleteIzinkan saya share kisah ini...
ReplyDeletegeram kan?
ReplyDeleteyang nenek tu pun satu hal, cucu dah mengadu byk kali kena pukul lagi tak ada apa2 tindakan?
so kenapa semua kaum keluarga nak nangis beria nih? especially mak budak tu, rasa nak luku2 jer kepala...
sayang sangat kat boyfrend yer? bodoh! haaa amik kau!
klu kes mcm ni, patut hukuman mati digantung bersama2, baru la true love betina ngan jantan ni..hidup mati bersama katanya...
ReplyDeleteSalam, sekarang ni memang terlalu byk kes kanak2 mati di dera kekasih ibu. X dpt bayangkan macammana lah siksanya budak tu masa didera. Mengelupur agaknya bila disakiti tubuhnya. Itu sampai pankreas putus agaknya ditendang, or ditumbuk perut budak tu ya. Masyaallah. Memang maknya pun patut kena hukuman skali tengok muka pun macam siot aje punya mak. Paling sedih bila di bawa kehospital budak tu dah meninggal 1 jam rupanya. Hukuman mati ajelah selayak untuk jantan ni. Yang betina 2 memang 7 keturunan la kau x de anak lepas ni.
ReplyDeleteOmai.. aku kenal kuarga ni.. nenek mangsa tu slalu gak aku g umah dia dulu.. kak ilah aku panggil dia.. pak tam ni pun rasanya aku kenal... huii mcm xcaya
ReplyDelete