About Me

Friday, March 30, 2012

TANGGUNGJAWAB

Terbaca di Berita Harian pagi ini.. 



Mari kita ambil sedikit petikan yang boleh kita pelajari untuk membaiki diri dan saling ingat-mengangati sesama kita ;)

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya sudah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan sudah melahirkannya dengan menanggung susah payah.  Sedang tempoh mengandung berserta tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa 30 bulan.  setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur 40 tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkan daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redai dan jadikan sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku.  Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku daripada orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu).~ Surah Al Ahqaf, Ayat 15.



dan mari kita renung tanggungjawab seorang anak kepada kedua orang tuanya..


"Dan Tuhanmu sudah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'ah' dan jangan engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).  Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakan (untuk mereka dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua seperti mereka sudah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku ketika kecil". Surah Al Isra: Ayat 23 dan 24.

Jangan sekali-kali anda membelakangkan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu-bapa walaupun untuk apa jua keadaan dan sebab.  Sebagai anak, amat sekali ditakuti sekiranya anda melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kebajikan mereka dizalimi.  Bagi maksud mendapat ganjaran terbaik daripada Allah SWT maka anda perlu memikirkan kebajikan mereka (ibu bapa) sebagai perkara utama.  Jauhi perkara dilarang mengakibatkan mereka terasa terbuang, diketepikan atau kecil hati dengan tindakan anda.

~ Berita Harian, Jumaat, 30 Mac 2012~







EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US 
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE 
THE CHEAPEST RATE SO FAR 
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME 
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE 
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS 
http://www.framekasih.blogspot.com/ 
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com

3 comments:

  1. rindu kat mak. mak ila takde nie .. g us filla. dah le sponsored.. mmm..nak ituttttttttt

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:33 PM

    Celakalah engkau yang durhaka dan menfitnah ibu bapa sendiri..apatah lagi membelakangi dan membuat ibu bapa anda berkecil hati..istighfar banyak2.allahuakbar!!

    ReplyDelete
  3. medina10:15 AM

    ada soalan.perkara apa y plg terbaik y hrs dilakukn oleh seorg ank ika dlm situasi ini :

    mpunyai seorg bapa y curang dgn ibunya sjk dr anknya ini dlm perot.(sng cite sjk awl perkahwinan.)berkahwin dgn ibu dgn menipu y dia adlh seorg bjg.sdgkn dh ade dua ank(bkhwin dgn janda).si ibu menguatkn ht mngenangkn ank dlm kndungn.tp xbhnt stkt itu.masa ank berumor 8 thn.si bapa buat hal.blaku curang lg apbl mnrh ht pd seorg janda jugak.ank sejak dr kecil.dlm keadaan begini.memahami perasaan ibu.masa si anak 15thn pun.si bapak buat hal lg.dgn janda gk.(tmpt kerja lain.sebelum ni askar).tp ibu msh bertahan sbb mengenangkan ank y masih bersekolah.ank stress.tp kuatkn ht.bljr dgn tabah&tekun sbb ingin keluar dr rmh&mslh.alhamdulillah.pmr straight A.diterima msk ke mrsm.&skrg hbs bljr.tp perangai bapa msh x berubah.bkn stkt curang,berkira dlm mjlnkn tgjwb,tdk menunaikan solat malah bermain nombor ekor.berkira klu berkaitan keluarga.tp tulah.hati ibu mana y tak sakit.kira2 skrg dah 16thn.blm pernah dlm hayat hidup si anak ni,bapak dia jd imam solat.mengaji pn dia xau.(bapa saudara baru.islam bkn dr ht.tp ibu tak tahu)

    ok.soalannya.ht anak ni berbelah bagi.pendek kata dsbbkn perangai bapa ni.perasaan benci tu develop.sbb kesian dan kasihkan ibu.apa y perlu dibuat?perasaan adlh subjektif&xboleh dipaksa. bdosa ke anak ni?sdgkn ibu bapa bukanlah pilihan.perasaan ini lahir ats sbb sikap buruk bapa sndri.hmm..panjang pulak.terima kasih;)

    ReplyDelete