Teroka tubuh wanita hamil
KUALA LUMPUR: Dia sering dilihat berlegar-legar di sekitar wad menempatkan wanita mengandung sebelum memperkenalkan diri sebagai ‘doktor’ kepada bakal ibu di situ yang menjadi sasaran kerja jijiknya.Difahamkan, lelaki berusia lewat 30-an itu kemudian mula ‘menggoreng’ bakal mangsa dengan mendakwa kononnya dia mampu menolong mengurangkan kesakitan ketika bersalin sebelum memberi sedikit penerangan kepada wanita hamil terbabit mengenai kebolehannya itu.
Sebaik meyakinkan mangsa, lelaki terbabit meminta keizinan untuk membaca ‘jampi serapah’ sebelum mengarahkan mereka menanggalkan pakaian.
Alasannya, dia mahu menyapukan air jampi ke seluruh tubuh mangsa yang didakwanya sangat mujarab sehingga mampu menghilangkan kesakitan ketika proses bersalin.
Itu taktik digunakan lelaki gila seks terbabit yang dikesan ‘memburu’ wanita hamil sebelum mencabul mereka semata-mata mahu memuaskan nafsu peliknya.
Dalam kejadian terbaru di sebuah hospital di ibu negara, kira-kira jam 5 petang kelmarin, lelaki terbabit menggunakan kaedah sama untuk memerangkap mangsa yang berusia awal 30-an.
Difahamkan, lelaki terbabit bergiat aktif sejak enam bulan lalu dan menggunakan waktu melawat untuk melakukan kerja terkutuknya itu selain menjadikan ibu mengandung yang berseorangan di katil sebagai sasaran.
Menurut sumber, sejurus mendekati mangsa, lelaki itu memperkenalkan dirinya sebagai doktor.
“Jika mangsa mempersoalkan pakaian dipakainya, lelaki terbabit dengan bersahaja mengatakan dia melakukan kerja amal itu ketika waktu rehat kerana terlalu sibuk ketika bertugas,” katanya.
Lelaki itu cuba meyakinkan mangsa dengan melakukan penerangan bercorak saintifik dan tradisional.
Sumber itu berkata, jika mangsa tidak mempunyai pengetahuan mengenai ‘pembohongan licik’ lelaki terbabit, mereka pasti masuk perangkap dukun palsu itu.
“Sesiapa pun pasti terpengaruh sebaik mendengar penerangannya yang mendakwa mampu menghilangkan kesakitan wanita ketika bersalin,” katanya.
Sumber itu berkata, sebaik memerangkap mangsa, dia akan berpura-pura membaca jampi serapah sebelum mengarahkan wanita berkenaan menanggalkan pakaian.
(Ok berita selanjutnya.... doktor binawe ni dah kene tangkap pon)
Komen aku plak:-
eh, ini macam punye Doktor tipu pon ada kaaa???? dia dah tak de keje lain ker aper ni? eiii tolong lah.... belambak pompuan2 body lawa2.. ko boleh bekenan kat pompuan prot boyot tengah telantar nak nunggu bersalin plak.. gile ke aper......
yang pompuan-pompuan kat wad besalin tengah tunggu turn nak bersalin tu tak leh pikir ker? tapi tatau ler plak.. kot-kot doktor tipu ni dah hembus2 muka ibu-ibu ni bagi dorang separa sedar ker.... orang tu dah ler sakit nak beranak, ko boleh plak suh bukak baju bagai... nak lumur-lumur ngan air jampi.... perghhhh kalau aku... penerajang je skali bagi melekat kat dinding sepital tu.... pastu jerit kuat-kuat.. untung-untung terus bersalin....
berhati-hati lah.. ramai orang sakit otak kat luar sana...
EMAIL YOUR FAVOURITE PHOTO TO US
AND WE WILL CHANGE IT TO LINEN FRAME A3 SIZE
THE CHEAPEST RATE SO FAR
ONLY RM65 FOR BLACK & WHITE ADORABLE FRAME
WE ACCEPT ORDERS WORLDWIDE
VISIT OUR BLOG FOR DETAILS
http://www.framekasih.blogspot.com/
EMAIL US AT framekasih@yahoo.com
isk.. gila apa nih!! saikonya... macam-macam orang zaman sekarang ni..
ReplyDeleteorg mcm nie pun ada..macam macam...
ReplyDeletedoktor pelesu tu handsome kot......tu yg ibu2 ngandung nie terkesima.
ReplyDeletepsyco gile jantan tu..
ReplyDeletelelaki psyco tue dah mmg confirm gila la...yg perempuan2 mengandung tue pun nak ikut gila sama wat per la...aduhaiiii!!!
ReplyDeleteeeeiii takut, takut, nasib baik aku pasni kalau ngandung lagi compem c-zer, tak de la nak bg air jampi serapah semua. hehehhe
ReplyDeletesengal punya doktor.
lenkali klu kena masuk bilik doktor mana2 sepital pon AJAK LA LAKI KORANG MASUK SAMA...APER SALAH KER???BUKAN SUSAH.....YG NK KENA MASUK SORANG2 TU KNP..KAK TIMAHHH OIII
ReplyDeleteskang ni mmg ramai org saiko. sakit jiwa, sakit hotak, sakit mental. tapi yang kena tu pun saiko gak kot bleh plak ikut benda2 yg tak sepatutnya tu. tapi tak tahulah kot cam kata Filla kena hembus2 kot sampai tak ingat
ReplyDeletehoii cacat otak nya orang...nafsu hapa ni..
ReplyDelete