About Me

Thursday, October 10, 2019

NEXT BOLEH PLAN KE LONDON DENGAN QATAR AIRWAYS :)

Jom sembang sikit harini bab-bab merancang percutian :)

Pertama sekali sebelum plan apa-apa percutian, Kak Pilla akan suvey flight dulu. Pertama sekali of course yang harga reasonable lah kan.. Kedua kena tengok flight tu lebih dari 3 jam ke tak? Bukan selalu kalau nak pergi melancong jauh-jauh ni kena survey betul-betul dulu.. Kak Pilla jenis tak tahan duduk flight lama-lama sebab sakit pinggang, sakit belakang, sakit punggung.. boring pulak tu sebab Kak Pilla jenis susah tidur kecuali kalau betul-betul letih.

Tapi ada satu airlines yang korang takkan rasa boring kalau naik. Kalau nak ke mana-mana flight yang ambik masa panjang, korang try la naik Qatar Airways flights nanti. Sebab company ni bukanlah airlines yang budget tapi servisnya terbaik dengan harga yang berpatutan. Kadang-kadang rate dia lagi rendah berbanding ailines yang famous seluruh dunia.  Sebab tu kena survey elok-elok ;)

 (pic googled)

Sebab tu Kak Pilla nak share dengan korang camne nak book Qatar Airways flights kat Traveloka. Firstly korang bukak Traveloka, kemudian korang click flights. Nanti kat page flights tu akan ada logo airlines seluruh dunia, dan cuba korang click kat logo Qatar Airways, kalau korang tak tau korang boleh google Qatar Airways. Bila korang dah click logo korang akan dihantar ke page untuk Qatar Airways. Kat situ korang boleh pilih dari mana korang punya flight dan destination korang. Lepas tu korang pilih berapa adults yang nak naik, suggestion aku korang letak 1 je dulu. Lepas tu korang pilih seating class ikut bajet korang. Then pilih tarikh yang korang plan pergi, then last sekali click Search. Nanti akan keluar list of flights yang available dan biasanya yang paling murah akan ada kat paling atas. Korang boleh start try buat kalau korang nak dapatkan harga tiket yang murah.

(pic googled)

Qatar Airways ni sesuai kalau korang nak pergi jauh-jauh sebab satu, makanan dia best, dan boleh buatkan korang berselera, yang kedua, servis dari cabin crew pasti akan buatkan korang rasa diwelcomed, hehe dan yang ketiga korang boleh layan banyak movie sebab ada screen di depan seat setiap passenger. Ni paling best lah sebab at least boleh kill the time dari melangok tak buat apa.. Qatar Airways ni juga ada kuala lumpur to london flights, so kepada sesiapa yang nak ke London yang jauh tu sesuai sangat naik flight ni. And of course alang-alang cerita pasal London, Kak Pilla nak share dengan korang tempat-tempat yang best kat London. 

Ada banyak sebab untuk korang melawat National Gallery yang terletak di Trafalgar Square ini. Tak kisahlah korang pencinta seni atau tidak, lawatan ke galeri ni confirm akan buat korang teruja tengok karya-karya yang dipamerkan. Di galeri ni terdapat lebih daripada 2,300 koleksi lukisan untuk diamati keseniannya dan ini termasuklah karya daripada pelukis legend Leonardo da Vinci, Vincent van Gogh dan ramai lagi! Tengok saja tak cukup? Korang boleh menyelami kisah atau inspirasi di sebalik lukisan ini dengan mengikuti lawatan sambil belajar yang ditawarkan. Yang bestnya, masuk adalah percuma!

National Gallery (pic googled)

National Gallery (pic googled)


Buckingham Palace adalah istana yang menjadi tempat tinggal rasmi Ratu Elizabeth.

Buckingham Palace (pic googled)

Selain istana ini, Ratu Elizabeth turut tinggal di Windsor Castle dan Balmoral. Sebelum ke sini, korang perlu tahu bahawa Buckingham Palace hanyalah  dibuka kepada orang awam ketika musim panas yang kebiasaannya dari bulan Ogos ke September. Antara yang boleh korang tengok sekiranya melawati istana ini adalah 19 buah bilik menyambut tetamu yang dihias dengan indah, the Throne Room (bilik yang sering digunakan dalam fotografi perkahwinan diraja), tangga mewah istana, pameran khas, karya seni dan lawatan sambil mendengar penerangan audio yang menggunakan suara Prince Charles!

Salah satu perkara yang tak boleh ditinggalkan sekiranya bercuti di London adalah menjejaki kawasan yang pernah dijejaki Harry Potter apatah lagi kalau korang peminat tegar filem ini.

King's Cross Station, Platform 9 3/4

Salah satu lokasinya adalah Platform 9 ¾ yang terletak di King’s Cross Station.

King's Cross Station, Platform 9 3/4 (pic googled)

Di stesen inilah pelajar-pelajar Hogwarts School of Withcraft & Wizardy menunggu Hogwarts Express. Dalam dunia Harry Potter, Harry dan kawan-kawannya akan menuju ke platform ini dengan melalui dinding batu-bata antara platform 9 dan 10. Untuk bergambar kat sini, tak perlu mengeluarkan bayaran. Di sebelah platform ini juga terdapat sebuah kedai Harry Potter untuk korang membeli skarf HP sebagai prop bergambar. Baru nampak real! This kind of holiday sesuai kalau korang nak pergi sorang, berdua atau dengan family. 

Pengalaman paling best bila Kak Pilla ke London tahun 2016 dulu.. So cemana ni? Duit tabung belum mengizinkan lagi ni hahaha.. InshaAllah ada rezeki lebih teringin nak bawak anak-anak sekali pegi lagi sana.. Doakan Kak Pilla yer ;)



Love, 
Filla.