About Me

Tuesday, September 10, 2019

OISO KOREAN RESTAURANT DI IOI MALL PUTRAJAYA

Haritu Kak Pilla pegi makan kat satu restoran Korea kat IOI Mall Putrajaya.  Tak tau pun pasal restoran ni tapi budak-budak office cakap sedap so diorang pon set satu time kita pegi makan sini..

Bila tengok menu perghhhh rasa nak try semua hahaha..  Tapi Kak Pilla tak pernah try lagi Jajangmyeon so marilah kita try.. Jajangmyeon ni ialah Korean Black Bean Sauce Noodle.. gitulah English nyerr..

Ni hah rupanya.. Nanti korang kena gaul noodle tu dengan black sauce dia tu baru korang makan.. Rasa dia ok ke? Bolehlah hahaha.. Sebab tak pedas langsung.. Kita tekak melayu ni mana boleh kalau tak pedas.. So jangan salahkan menu tu sebab tak pedas.  Salahkan tekak sendiri.. Tapi licin jugak ai sapu hahahaha.. 

Kawan Kak Pilla amik ni.. Kalau tak silap nama dia spicy ramyeon.. Ok ni sedap nak mampos.. hahah kalau pegi Dubuyo pon inilah menu wajib Kak Pilla akan makan.. Tapi kalau ikut markah dari tekak Kak Pilla, Restoran ni punya Ramyeon lagi sedappppp!!!! So korang boleh try yang ni.. I approved!!

Ini Seafood Soft Tofu Stew kalau tak silap nama dia hahahah.. tak ingat dah ahkak.. Siapa lapar dan nak makan nasik silalah order set yang ni.. Kawan Kak Pilla kureng sikit Korean2 food ni.. Tapi yang ini licin dia bedal hahahhaa.. 

Kalau tak silap yang ni nama dia Fried Glass Noodle.. Pepandailah korang cari kat menu tu yang rupa macam ni..  Dalam gambar biasa je portion dia kan.. Tapi sebenarnya besar nak mampos ye pinggan dia.. Kak Pilla punya Jajangmyeong tu dah macam serve dalam gayung dia punya size hahahha

Haaa yang ni special sikit.. Kawan Kak Pilla punya ni ai tak ingat nama menu dia.. Tapi dia ada chicken with cheese.. Rasanya cheese tu additional.. Kalau nak boleh add, kalau tanak takyah. Dia serve dengan nasi sekali.. Menu ni dalam RM25 kot kalau tak silap.. Yang menu lain-lain kat gambar di atas tu semua below RM20.. Belas-belas jer gituuu.. Dan kalau korang ialah kakitangan kerajaan, sila bawa gov ID card tu (kad pekerja) sebab ada discount.. Discount dia ialah dia tak kenakan sebarang tax.. so korang cuma perlu bayar exact amount harga kat menu sahaja.  Rasanya student card pon sama ada discount :)


Ini restaurant tu.. Kak Pilla bagi 8/10 bintang sebab harga reasonable, portion besar dan makanan sedap :)


Location: 
OISO Korean Traditional Cuisine & Cafe
L1-72, IOI Citi Mall Putrajaya




Love, 
Filla.