Thursday, January 12, 2017

BAWAK BEKAL.

Wow amazinggggg... hari-hari update belog hehehe

Dah nak masuk 2 minggu anak kita gi sekolah kan.. So acaner you all? anak-anak dah ok ke still menangis lagi... Amaani so far so good.. Independent sikit dia tu ;)

Semalam ada reader comment kata nampak Amaani lunch sensorang... Sebab waktu rehat darjah 1 tak sama dengan waktu rehat darjah 6.  Dah pesan kat dia Amaani makan je dulu.. nanti kakak datang sebab kakak rehat lambat sikit... Semalam dia mengadu.. Mana ada kakak datang pun? Lepas makan Amaani berdiri kat dataran tengok tingkat 3 (kelas kakak) tapi kakak takde pun.. Pastu Amaani terus masuk kelas.. kat kelas Amaani kawan dengan Daniel tu dia gemok tapi dia tak nakal.. tapi kitorang main kejar-kejar lepas tu Daniel penat.. Amaani cakap kat dia "tulah awak suka makan banyak, sebab tu cepat penat" hahahahha apa lah Amaani ni..

Pastu dia cakap sekarang ni hari-hari ada test kena jawab soalan.. Amaani tak nak dah bawak pencil box yang zip warna pink tu sebab tak boleh berdiri.. Kawan sebelah Amaani tu suka tanya jawapan.. Cikgu tak bagi tiru kena buat sendiri.. Dia nak eja nama dia pun dia tanya Amaani macamana nak eja nama dia.. Amaani cakap "kat name tag kan ada nama awak, awak tulis je sama macam kat name tag"
Erkkkk.. So now dia bawak pencil box keras tu boleh berdiri.. sebab semua budak-budak berdirikan pencil box supaya orang sebelah tak boleh tiru.. hahahhaha macam comel je budak-budak ni.. so jujur.

Semalam Kak Pilla bangun awal sikit gorengkan kueyteow favourite Amaani.. Kasih tak nak bekal sebab dia suka char kuey teow tak suka kuey teow goreng.. So balik semalam Kak Pilla tanya bibik 

"Bekal Amaani habis tak bik?"

"Habis.. macam dia basuh je bekal tu sebab licin"

Wowwwwww berbunga-bunga hati ai hahahahhahaha... bila tanya Amaani dia basuh ke? Dia cakap dia just basuh sudu je.. very good anak mama :) siap basuh hehehehe..

Mama : Amaani selalu rehat sorang-sorang ke? tak makan dengan kawan?

Amaani : Kalau rehat semua beratur.. Amaani beratur dengan kawan pegi kantin.. Tapi nanti kawan Amaani semua hilang.. Amaani makan je lah sorang-sorang.

Alahaiii sian dia.. Semalam balik dari KAFA kemain lambat.. Ada setengah jam haku menunggu dalam kereta.. Pastu masuk kereta Amaani membebel dia cari kakak kat kantin takde.. pastu dia pegi kat tangga pun takde.. Amaani pegi balik kantin pun takde.. Penat Amaani carik kakak.  Kasih pulak cakap Kasih gi surau.. tapi aku tengok kemain merah menyala muka Kasih balik sekolah.. Aku syak dia main kejar-kejar dengan kawan then terlupa dah janji hari-hari tunggu kat kantin.. 

Seronok jugak dengar cerita anak-anak kat sekolah... Kes Aleesya pulak kemain dia eksyen sekarang ni pegi sekolah..

Mama: Aleesya ok pegi sekolah? Nangis lagi tak?

Icha: Tak nangis.. Kawan je suka nangis lama-lama, Icha tak nangis.

Mama: Very good.

Icha: Mama, Icha kat sekolah paling pandai, paling comel, paling cantik,..

Mama: *MUNTAH*

Pitam aku dengan Aleesya ni hahahahhaha... Perasan macam bapak dia.  Confident level tinggi gila, eksyen je memanjang.. semua hal dia je paling terror paling best.  

Haritu ustaz datang ajar mengaji kat rumah.. So semua budak-budak ni mengaji.. Aku tak sihat sakit kepala so naik atas baring kejap.. Tetiba Aleesya naik atas panjat katil baring kat sebelah.

Mama: Eh dah habis ke mengaji?

Icha: Dah.

Mama: Icha ngaji apa?

Icha: Alif dengan Ba.

Mama: Tu je????

Pastu dah settle mengaji, Kasih mengadu tadi Aleesya mengaji Alif dengan Ba je mama.. Pastu dia cakap kat Ustaz dia mengantuk.. dia terus naik atas.. 

Pitam lagi sekali.  Takpelah budak-budak kann.. tapi kalau sampai ke besar perangai macam ni awas ko ye.

 Kueyteow bodoh je... Dah bekalkan Amaani, Kak Pilla pun tumpang lah bawak sekali.

Hari kedua punya bekal.. Ya Allah, semoga licin bekal budak-budak hari ni *tadahtangan*

Kak Pilla bawak bekal air sekali.. Now amalkan lemon+honey setiap pagi.

Esok tak sure lagi nak masak apa untuk bekal.. Any suggestions?




Love, 
Filla.

Wednesday, January 11, 2017

SEMBANG.

 Assalamualaikum..

Lamanyer tak update belog.  So mari borak sikit kita campur-campur rojak jelah ye..  Last week kot ada pergi Majlis Akikah anak kepada Shukri Yahaya and Tya.
Sempatlah cekup Shukri ni kejap suruh duduk bergambar kejap... hahahaha dulu sikit tak heran kat dia masa blum jadi pelakon.. dulu kecik-kecik selalulah jumpa sebab sedara.. now dah besar dah dia.. ada anak sorang dah ;)

Dahlah masa datang ni aku tengah marathon tengok citer Hantu Punya Boss kahkahkah.. citer yang korang dok tengok 7 Hari Mencintaiku tu Kak Pilla tak tengok.. tak sempat sebab time tulah kita sibuk nak masak, maghrib, nak makan.. Eishhhhhh... 

Wan punnnnn.. heheheh... Actually Wan rapat dengan Mak Shukri ni dari kecik bersama sampai ke remaja.. kira tau lah boipren kepada mak shukri ni dulu.. kelakar kalau Wan citer balik percintaan mak pak shukri ni.. Oh yang belakang tu sedara jugak (bukan mak shukri yer)

 Alahai Baby Aaira Ameena sleep pulerrrr..

Takpelah.. bergambar dengan mak baby jer lah hehehe

 Siap makan, siap jenguk baby.. kitorang pun balik dengan perut yang kenyang dan hati yang gembira.. Terima kasih jemput kami datang ya ;)

Haritu ada lunch meeting kejap dengan Bobo Cinta gittew.. 

 Sampai awal lalu termenung menghabiskan keropok belinjau.. ni kalau lambat, kita makan dulu.. hehehe kalau bab makan memang dasyat team Fame nie.. 

 Gila banyak makanan rasa nak meletop perot.. 

 Settle discussion.. Terus kelam kabut balik.. Thanks Bobo and Mel ;)

Next kerja di hari Ahad pulak.. Now jumpa Financial Controller / Planner pulak.. Alhamdulilah banyak yang kitorang belajar.. Business boleh, tapi hentam kromo yang tak boleh.. Kena atur cantik-cantik.. kena tahu profit loss semua.. kena tau over spent ke tak.. kena ada monthly sales target.. target setahun.. semua kena plan dan laksanakan... 

 Lipcream : Fame (Violet + Candy)

Oh ya sebelum tu nak bagi tau.. Soon Fame Cosmetics akan keluarkan dua lagi kaler baru yang akan join FMLC family.. Tapi jumpa satu gambar je pakai 1 kaler ni.. satu lagi mana tah hhahahaha..

 Code: Wild

Heheheheh wild ke aummmmmmm... I is love.. Orang ni macam-macam kannn.. Kak Pilla suka warna-warna gelap dan garang.. Kalau lembut pun Kak Pilla suka lembut macam Code Violet.. dan warna biasa macam Gossip gitu.. candy and nude muka Kak Pilla macam tak sesuai.. or maybe tak biasa... 

Satu lagi kaler tu nanti nama dia Rusty.  Ok itu kesukaan jugak sebab kaler dia ala-ala bricks.. macam batu-bata tu.. 

Nak bagitau juga projek baru fame cosmetics kat bawah ni:

Cantik meletop.. Rugi besar lah korang kalau tak collect ni.. Apa ni? Ada lerrrrr.. sabar yeee... nanti kita bagi tau... Mur Mur jeee don't worry.. Sementara tu boleh follow ig @fame_cosmetics untuk latest update.  Nak tunggu update belog ala siput sedut lambatnye kannnn... 

Oklah, itu je story mory today.. 

Tata.




Love, 
Filla.

Friday, January 06, 2017

Kasih Aleesya pegi School.

Assalamualaikum..

Semalam first day Aleesya pegi school.. Kak Pilla memang pilih Little Caliph sekolah Amaani dulu.. Aleesya excited gila nak gi school dari zaman Amaani lagi dia tak sabar nak pegi school..

Seminggu sebelum gi sekolah ni dia asyik tanya je hari ni hari apa.. Dia tak sabar nak naik bas sekolah macam Ani.. 

So bila tiba hari pertama gi school tu memang excited giler lah dia.. Aku gi antar Kasih dgn Amaani dulu gi sekolah pastu kelam kabut balik rumah.. Nak tengok dia first day naik bas dari rumah ke school.. Dia eksyen yer.. tak bagi aku naik bas dengan dia.. jumpa kat school je nanti.

Tapi pagi tu dia dah buat perangai tak nak pakai kasut lain.. nak pakai kasut pink yang dah sempit tapak dah tercabut tu jugak.

Pujuk-pujuk last baru nak pakai kastu princess lagi satu.. suruh pakai selipar tak nak.. sukati ko ler Cha... malas nak gaduh pepagi..

 Pagi tu muka dah masam.. rupanya dia takut hahahahha

sementara tunggu bas datang.. kita amiklah gambar dulu ye

 ni pun pujuk-pujuk baru nak amik gambar..

 Ok je naik bas.. janji jumpa kat school..

Turun je bas, teacher pimpin bawak ke school.. aku terus bawak dia naik dan suruh dia duduk kat sini.. aku terus keluar tengok dari tingkap luar kelas.. ala-ala akuarium gitu.. dia senyap je tak bergerak.. ada few budak-budak dah start main-main.. tapi dia tak.. dia duduk dengan muka masam.. mata dok perati keliling dia..

Pastu silap aku gak.. sebelum nak balik aku panggil dia jap.. so dia datang, aku cakap "Icha kalau nak gi toilet bagitau teacher tau"..

Terus dia peluk tangan aku tak lepas.. kuat gila ye.. siap peluk paha hahahaha.. Adoi sudahhhhh!!! mata dia start berkaca tetiba nangis... adoiiiiii... 

Teacher datang terus dukung and pujuk dia.. Teacher tanya "Puan, saya bawa dia kebelakang.. kejap je ni nangis nanti ok.. Puan ok tak?"

"Ok tak pe, saya pun nak gerak dah ni"

Laju je aku pergi.. dalam hati huwaaaaa sedih tapi ku tahan hahahah.. masuk kereta duduk jap.. terfikir lama ke dia nangis? nak naik atas balik ke intai dari jauh?  Ah tak payah lahhh.. terus start engine and blah.

Ada lah aku whatsapp teacher dalam pukul 10 macam tu.. Teacher kata don't worry puan, semua anak-anak dah ok takde yang nangis dah.. Fuhhh lega..

Ok pastu aku kat office Ellfie/Fame dengan Peej.. aku call rumah bukak loud speaker.. So Peej pun dengar aku borak dengan Icha.

Aku: Hello Ichaaa..

Icha: Hello mamaaa..

Aku: Best tak school?

Icha: Bestttttt!!! Icha nyanyi-nyanyi tadi.. ada 3 lagu... best sangat.. Pastu Icha makan dengan kawan-kawan.. 

Aku: Icha tak nangis ke lepas mama balik tu?

Icha: Icha nangis kejap je.. Kawan nangis lama..

Aku: Icha makan apa?

Icha: Icha makan maggi kaler putih.. sedap.. habis Icha makan.

Aku: Wahhh hebatttt...

Icha: Mama, tadi Wan datang tengok Icha kat school.

Aku: Hah? Betul ke? Dengan sapa? Dengan Atok ke?

Icha: Atok takde.. Wan je.. 

Ok itu cerita dia.. aku terus call Wan.. tanya Wan datang ke? Wan cakap "Mama kat kampung lagi lah!!"  Omg anak aku ni create story ke memang dia nampak muka macam Wan ke apa ni... Wan siap "Eish kenapa anak ko niiiii huwaaaaaa"  Peej pun tergelak-gelak sebab dia dengar Icha borak tu confident gila... 

Hahahah aku tak cerita kat korang lagi kes Aleesya ni kan.. Aku pernahlah google pasal imaginary friend ni.. Dan aku rasa dia memang suka berangan lah kenit ni.. Dia selalu cerita dia ada kawan.. Nama kawan dia Kasih Aleesya Muhamad Radzi.. Oiiii tu kan nama dia??? Tapi bila kau argue pasal kawan dia punya nama nanti dia marah.. Dia akan cakap itu memang betul kawan dia.. Dia cakap kawan dia tak suka mama, tak suka papa, tak suka bibik, tak suka semua orang.. dia suka Icha je.. Hari-hari dia datang rumah main dengan icha.. Nanti petang dia balik rumah dia... sebab papa mama ada dia tak suka... Dia suka pergi rumah Wan sebab kat rumah Wan ada playground.. Rumah nenek dia tak nak pergi sebab rumah nenek ada ramai orang dia tak suka..

Ko ghaser?????? hahahahhaha aku kadang nak tergelak.. aku rasa dia cakap pasal diri dia sendiri.. Dia berimaginasi tapi bila cerita kat kita muka serious gila.. ko jangan nak buat muka tak percaya apa dia cakap ye.. so bila dia cakap Wan datang school tu terpaksa lah aku buat-buat percaya.. Bibik pun mengadu semalam..

"Ya puan, dia cerita Wan datang school tengok Icha.. Wan cakap Wan tak boleh lama-lama, Wan datang kejap je ni".. Bibik cakap saya terus cakap "Kenapa Wan tak datang rumah kita?"  "Kan Icha cakap, Wan cakap Wan datang kejap je tengok Icha".. Pastu bibik cakap "Icha tipu kannnn?"  Muka Icha serious je sambil buat kerja lain dia cakap "betul lah bibik"  Bibik cakap dia tau Icha ni kalau dia tipu nanti dia ketawa.. tapi ni muka serious.. siap marah pulak kalau tak percaya T__T


Huwaaaaaa seram ni.. hahahaha.. Icha oh Icha.. memacam hal budak ni.  As long dia happy dan takde memudaratkan dia ke aku ok je.. Tapi malam tadi dia mengadu "Kasih Aleesya Muhamad Radzi tendang Icha petang tadi"  hahahaha ko nak kata apa kalau anak cakap camtu? Macam biasa aku kena buat-buat percaya je.. "Cakap kat dia jangan tendang orang, Allah marah.. berdosa" 

Korang ada anak macam ni tak? and benda ni biasa yeh? aku fikir antara dua je.. first dia create story sebab imangition dia tinggi.. atau 2nd sebab memang 'kawan' dia exist.

_______________________________________________


Ok bab sekolah day 1 tu aku legaaaaaa.. tapi dia punya eksyen tu tetap yaaa.. kawan nangis lama dia nangis sekejap.. eksyen citttttt poraahhh.. 

Malam tadi masa baring-baring borak pasal school.. Dia happy and cakap esok nak gi school lagi.. Wow lega gila hati aku ni hah.. Risau takut dia phobia tak nak gi school pulak kan..


Hari kedua dan drama pagi tadi pun bermula hahahaha.. Bas datang pukul 7:40 macam tu kot.. Dalam pukul 8:30 bibik call aku.


Bibik : Hello puan.

Aku: Ye bik.

Bibik: Saya risau lah, Aleesya tadi nangis.  Tak nak pegi sekolah.

Aku: Hah? Semalam ok je..

Bibik: Itulah maka nyaaa... Pagi tadi ok.. tapi lagi 5 menit bas nak sampai dia nangis tak nak pegi sekolah.. Dia cakap bibik naik bas dengan Icha.. Saya tipu saya cakap tak boleh.. tapi nanti bibik pinjam motor papa, Bibik datang sekolah Icha.

Aku: Dah tu dia naik bas nangis lagi?
Bibik: Iyaa.. habis dia jambak (tarik) rambut saya.. dia tarik tangan saya peluk tak mau pergi.  Nasib Cik Syam (driver bas) cakap 'tak pe bibik, biasa ni.. nangis kejap je ni.. nanti ok, jangan risau"

Aku: Hmmmm... takpelah nanti ok lah tu.. 

Bibik: Tapi saya risau puan.. Nanti puan telepon cikgu tanya Icha ya?

Aku: Tengoklah, malas saya nak kacau teacher tu.. kalau teruk nanti teacher call lah tu..

Bibik: Oklah puan.. cuma saya risau.. Jangan lupa ya puan telepon cikgu?

Aku: Ok..


Eh bibik ni.. anak aku ke anak bibik ni... hahahahhahaha.. cemas lebih lah.

So now aku tak tau lah kenit tu apa cerita dia.. dia memang kelakar sikit.. kalau bercakap tu confident.. mata ke atas.. cakap macam orang tua.. eksyen tak ingat... 


Hopefully Icha akan ok kat school ya... Jangan kuat berangan ye Cha... Nanti kak pilla borak lagi ya.. 





Love, 
Filla.

Wednesday, January 04, 2017

Kasih Amaani Darjah 1.


 Kau ni Pillaaaa makin malas ye hidup.. hahahha.. Baca wish list Vivy nak rajin update blog hari-hari.. ahkak cuba untuk rajin.. tu jelah ayat hahahha.. #siscuba tak habis-habis.. tapi #sistakcuba sebenarnya heheheh

Ok bermula entry pembakar semangat 2017.. Entry anak masuk darjah 1 kahkahkah.. Ko tengok? tajuk entry pon macam tak sesuai je.. kalau anak pertama dulu lain macam semangat menulis entry anak darjah 1 hehe.. 

Takpelah ye, kita share-share je kisah budak-budak ni di hari pertama persekolahan.. Actually ni 28 Disember 2016 orientation day..

Anak semua lain-lain peel dia kan? Kasih dulu pun jenis menyendiri kat sekolah masa first day.. dia biasa je tak de nangis tapi sorang-sorang je macam takde kawan.. Sama jugak lah dengan kes Amaani ni.. Cuma Kasih dulu drama queen lah.. siap muntah sebelum masuk sekolah sebab nervous.. omg over sangat *matakeatas*

Amaani lebih relaks.. Masuk sekolah macam biasa.. tengok orang keliling.. suruh duduk dia duduk je masa assembly tu.. Aku tak tau if dia berdebar-debar ke tak.. tapi muka biasa je takde perasaan hahahah.. Kalau aku masuk darjah satu mesti muka aku dah keras sebab nervous, takut dan malu.. wow malu hahaha..

 Anak kedua masuk darjah satu, perot apaknye pon dah kedepan hahahahhaa.. macam Dato-dato gaya nye tu huhhh..

 Aku kan over sikit.. Asal panggil je "Amaani smileee, buat tangan peace" hahahah menyampah agaknya dia nak melayan mak dia punye kerenah.. tapi Amaani okay je.. Sorry anak.

 Ni ada penyerahan bag.. sponsor dari YB mano ntah heheh.. so panggil lah wakil setiap kelas darjah satu.. masa ni taklimat untuk parents dalam dewan.. pastu tengok.. eh tu anak den tu hehehe.. Macam biasa tangan peace T___T

 Mak dan anak.

 Mak-mak ni feeling dia sama je.. anak no berapa pun tetaplah ada rasa excited mata nak focus kat anak je.... Anak ko ler paling comel, paling sopan santun, paling behave kahkahkah.. 

Amaani duduk sorang situ dok buat colouring.. 

Amaani ni senanglah jaga dia.. dan dia suka je kejap-kejap peluk aku kat rumah... kejap-kejap nak kiss... tapi gitu-gitu jelah.. dia rasa nak peluk sayang tetiba dia peluk.. dia rasa nak kiss tetiba datang kiss-kiss.. pastu dia jenis relaks buat kerja sendiri je kat rumah.. layan ipad ke.. main ke.. dia jenis tak banyak sangat nak bercakap ke apa.. lebih kepada ikut mood.. rasa nak cakap banyak dia cakap.. rasa ada masa dia nak diam, dia akan diamm je.. dan dia suka tengok Kak Pilla masak ;)

 bertukar-tukar tempat anak aku.. heheheh ni first day at school 3 Januari 2017.  Settle dia masuk kelas pagi tu.. Kak Pilla pon keluar membawa diri gi breakfast..

 Baru nak makan tetiba ada orang tegur.. Kawan lama kittew Mai Okinokiyo nama dia... so join breakfast sekali borak panjang lebar hehehe...

Pukul 9:30am aku masuk balik sekolah nak ajar Amaani cemana nak beli makanan.. Kat kantin sekolah boleh juga kalau bagi nama murid dan no tel emak.. so amik apa nak makan.. tunjuk kat makcik kantin.. dia kira masuk buku.. nanti cukup bulan bayar je.. memula ingat nak buat camtu.. tapi tak yah lah over sangat.. Amaani tu boleh je bayar sendiri, so kenapa aku nak kena manjakan dia pulak kannnn... hehehehe... 

 Testing beli food.

 Cepatnya Amaani besar.. dulu kecik jeeeeee... Siapa follow keek aku dulu taulah keletah Amaani kan.. becok mulut dia hehehehe.. Zaman dulu semua panggil Ani Tomatomato.  Tapi bila tengok balik keek dulu boleh nampak Amaani memang rajin je layan aku hahahha... walaupun dia tengah main ke apa.. kalau aku suruh buat apa-apa dia mesti akan buat.. love u Ani.

Aleesya memang berperang je dengan aku hahahahah.. Icha anak papa.

 Wow bentuk love hahahahha

 Selesai hari pertama sekolah dengan jayanya.. Seronoknye tengok Kasih jalan beriringan dengan Amaani... 

Kasih jenis jiwang dan very protective gitu.. Kemain semalam dia cakap "Kasih takkan benarkan orang kacau Amaani"

Yo yo je Kasih hahahahahha... padahal dia lah si cengeng sampai dah masuk darjah 6 ni... cakap sikit meleleh air mata hahahahah Kasih oh Kasih..

 Penat tau mak kau ulang alik urus korang kat sekolah... Best jugak jadi full housewife yang buat semua kerja termasuk hantar / amik anak sekolah... 

Selalu Pak Radie sentiasa ada kalau time anak masuk sekolah ni.. tapi what to do... dia soooo busy sekarang ni... Esok first day Aleesya nak gi Little Caliph pon dia takdok sbb outstation.. terpaksa lah ai menjadi Watson Nyambek esok.. Doakan sis ya.

 Anak mama bersendirian lagi.. kengkawan depan tu semua dah berkawan heheheh.. aku tak risau dia lambat berkawan sebab dia takde pressure ke apa.. dia relaks jenis macam dalam hati dia kata takde kawan pun no hal lah.. i still can survive and i don't care much pun.. janji aku sekolah, janji aku makan.. hehehe

 meja dia pun budak lelaki kat depan dia hahahaha.. acaner nak kawan.

 Ni time rehat kul 9:30 pagi tadi.. aku duduk tepi je suruh dia pilih sendiri nak makan apa dan gi bayar sendiri.. Amaani LULUS cemerlang hahahahah... siap pilih kueyteow goreng kegemaran dia hehehe.. licin plak tu dia bedal.. lepas makan ajar dia buang pinggan tu kat tong sampah.. pastu dia duduk minum air jap.. tetiba dia selamba je amik botol air pastu blah.. aku jerit "Amaaniiiii nak gi mana?"

"Nak pegi kelas lah"

Omggggg... apa dia ni? 

Aku beria-ia budget ibu mithali ni datang teman anak makan kat kantin.. anak buat tak tau je..

Ok petang ni naik bas balik lah rumah sendiri kalau terror.




Neway itu saja cerita kisah Amaani darjah 1.. Jumpa lagi di entry akan datang bertajuk "Aleesya darjah 1"

Bye.

Love, 
Filla.

Tuesday, January 03, 2017

Nak Makeup Bag Fame ke Pocket Mirror Fame?

 Assalamualaikum :)

Just nak inform you all, hari ni semua peminat fame cosmetics dah boleh beli merchandise from Fame.. Kita keluarkan makeup bag dan pocket mirror istimewa dari Fame..

Kenapa korang kena dapatkan makeup bag ni? sebab kualiti make up bag ni best giler.. material dia jenis berkualiti tebal dan bukan jenis lembik nipis cepat koyak tu.. dalam dia ada lapisan sponge nipis.. 
 
 Design makeup bag ni nampak funky dan ceria, space dia luas dan muat untuk letak segala barang-barang makeup termasuk segala jenis brush, Fame Matte Lip Cream, Fame BB Cushion, Fame Mascara, Fame Eyeliner dan segala macam produk Fame yang akan menyusul tak lama lagi wowwww hehehehe..

If korang peminat tegar Fame Cosmetics sila miliki ;)

Pocket mirror ni kita dah bawak beratus pieces masa exhibition kat Mood Republik haritu.. Hari kedua dah licin... So hari ketiga takde dah stok kat booth hahahaha...Orang suka sebab murah dan senang campak dalam handbag.  Pocket Mirror Fame ni ada dua cermin (kiri dan kanan) satu jenis cermin biasa.. sebelah dia cermin yang illusion besar tu boleh nampak bulu roma semua tu kahkahkah.. senang nak picit black head hahahahahha.. 

Order produk Fame, selit sekali beli merchandise lagi power hehehe..

Comel kannnnnnn? Oh ya, lupa nak bagi tau.. Fame BB Cushion now dah ada 3 code..

Natural : Sesuai untuk kulit gelap
Fair : Sesuai untuk kulit sederhana (tak gelap tak putih)
Ivory : Sesuai untuk kulit cerah

Jom dapatkan produk Fame Cosmetics ya.. Harga merchandise Fame:

Makeup Bag : RM29
Pocket Mirror : RM5

*postage RM8 (SM) RM12 (SS)


Saja type balik harga, kang mesti ada yang tanya berapa harga kak? hahahahha.. maybe gambar lambat loading ;)

Whatsapp : 013-3760466
Instagram : @fame_cosmetics
Facebook : Fame Cosmetics HQ

atau dapatkan dari agent-agent berhampiran anda di:

Instagram : @agentfame



Love, 
Filla.