About Me

Friday, March 17, 2017

TRYPOPHOBIA.


Semalam borak dengan Pak Radie pasal satu penyakit phobia yang dinamakan Trypophobia.  Sebab laki aku pun ada phobia benda ni jugak hahahahah... 

Aku tak tau selama ni sebab biasalah dia kan eksyen mana boleh dia tunjuk ketakutan dia.. Lepas tu aku tau pun sebab Peej phobia dan laki aku pun sama hahahhaha.. apa lagi ni lah time nak serang dia heheheh.. 

Bila aku post satu video yang muka dia lubang tu bergerak-gerak tu ramai pulak yang comment cakap nak muntah, geli, meremang bulu roma, seram,, berdiri bulu tengkuk dan macam-macam lagi.. So aku kaji sikit apa Trypophobia ni.


Ini salah satu gambar yang orang-orang yang ada Trypophobia tak boleh tengok.  Kita yang tak de phobia kepada benda berlubang ni tengok macam takde memberi apa-apa kesan pun.  Tapi tak bagi diorang ya.. 

So semalam aku interview Pak Radie, apa dia rasa kalau tengok benda-benda macam ni? Dia cakap dia tak leh tengok sebab dia rasa meremang bulu roma hahahahah.. semalam kelakar.. aku tunjuk kat phone gambar macam ni.. masa tu tengah lepak kat kedai mamak.. terus dia meremang-remang.. padahal tertengok pun sekali imbas je hahaha.. tetiba dia tekibas-kibas tangan dia.. eh tu kalau aku rasa lipas terbang kat aku.. aku akan tetiba panik sengsorang terkibas sana sini padahal mana ada lipas.. so itu apa yang dia rasa.

 Contoh haritu dia ada tengok kat channel apa tah pasal ikan.. tetiba ikan tu ada banyak telur.. so english kata 'repeated patterns' 

Dia geli and tak leh tengok.. 





hahahahah jahat eh share gambar banyak-banyak? Peej baru masuk ni and nampak benda ni terus dia "Apa kau niiiiiiiii... tak suka lahhhh"

Hahahhaha aku nak print besar-besar letak kat tepi Pak Radie and tepi Peej.. hahahahaha.. 

So siapa ada Trypophobia ni jangan risau sebab ramai yang phobia.. Kendall Jennar pon ada you alls... Tapi rasanya kalau korang biasakan diri tengok benda ni lama-lama akan kurang kot phobia kepada benda berlubang ni.. Eh pepandai je kau Pilla hahhahaha..

Ok itu sahaja entry ai hari ini.. see you soon.


Love, 
Filla.

Saturday, March 04, 2017

ROBI SI ROBOT COMEL.

Siapa suka Robot angkat tangan.  Masa Kak Pilla bawak balik kotak-kotak Robi ni melompat-lompat anak-anak semua.. Masa tu jugak diorang suruh assemble benda tu.. Hoihhhh sabar yaaaa.. benda macam ni kena tunggu Papa sebab mama kurang pandai >___<

Tapi bila baca pasal Robi ni macam menarik je.. Robi ni bukan robot biasa ya.. Robi can talk Manglish (Malay / English)  Robi can talk, sing, dance dan macam-macam lagi.. bukan setakat tu, Robi ni ada lebih kurang 250 phrases dan boleh berinteraksi dengan humans.  Eh Chinese also can.. Wow hebat ni robot leh bercakap.

Robi ni sebenarnya dari teknologi Japan dan so canggihhh...

Ada berkotak-kotak yang dalam dia ada part-part Robi untuk kita assemble kan.. siap ada instruction so jangan risau.

So canggiih... Anak Kak Pilla walaupun semuanya perempuan, tapi diorang tetap happy dapat pasang robot ni sama-sama..

Boleh nampak muka masing-masing excited sangat... Kelam kabut memasing terpaksa Kak Pilla tenangkan diorang supaya sabarrrrr sabarrrr kang hilang salah satu part tu pitam kita semua.. 

Fuhhh nasiblah Papa korang ada boleh tolong settlekan bab-bab assembling robot ni.. Kak Pilla bukan tak reti hahaha.. tapi maybe yang boleh settle within 1 jam akan menjadi 3 jam hahahahah..

Icha pun sibuk kemain confident lagi dia..  Dia lah paling terror sibuk nak tolong heheheh

Kalau budak lelaki ni tak tau lah diorang punya excited macamana agaknya dapat buat Robi nie..

Kasih pun ada sibuk nak tolong papa jugak.. Tengok Aleesya tu kemain lagi dia hahahaha... well memang fun assembling Robi dengan family macam ni.. Kalau tak tu.. lepas makan terus naik atas memasing dengan urusan memasing.. susah sangat nak berkumpul macam ni.. Good job semua hehehee..

Robi ni available di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jasons Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Times, WHSmith, FPX payment (through website)

Kak Pilla nak invite you all semua bawak anak-anak sekali confirm anak-anak akan teruja nanti.. Jom datang roadshow Robi ni pada 10th-12th March 2017.

Launch Event Dan Roadshow

Date : 10th-12th March 2017.


Venue : One Utama (High Street)


Jangan lepaskan peluang untuk lihat 100 Robis yang akan perform and ddance in sync to music.. Now pun dah boleh bayangkan 100 ketul Robi menari ikut rentak lagi.. Hebat sangat ni.. Ada banyak lagi activities yang akan dianjurkan masa Event tu nanti.. korang akan berpeluang untuk interact dengan cik Robi kita, ada customized games for parent and child, ada Robi giveaways, Robi balloons giveaway dan Robi merchandise jugak!!! Seronok kot anak-anak kalau dapat bawak balik Robi merchandise ni.

Jom tengok jugak video Robi ni:





For customer support information / General inquiries
03-2168-3738 (Mondays to Fridays, 9am - 6pm)

Email
service@deagostini.my




Love, 
Filla.

Friday, March 03, 2017

IBU TAK SEMPURNA.

 Hari ni Kak Pilla nak share kisah Kak Pilla sebagai ibu.. Namanya entry luahan perasaan heheheh... I emo ya harini so nak luahkan kat you all kalau sudi dengar dan share... 

Sometimes Kak Pilla confuse, Kak Pilla ni ibu yang perfect ke tak perfect?  Orang mungkin nampak Kak Pilla macam ibu yang perfect kan?  Selalu sediakan macam-macam untuk anak, selalu pastikan masak makanan sedap untuk diorang.. tapi realitinya Kak Pilla terpaksa kerja dari Isnin hingga Jumaat.  Subuh gelap dah keluar dari rumah.. petang balik rumah kelam kabut masak.


Dari ruang social media menampakkan kelengkapan diorang cukup dan hidup diorang selesa tapi realitinya Kak Pilla sibuk bekerja di luar demi mereka.  Weekend selalu ada events yang Kak Pilla kene attend.. Kadang Kak Pilla kena outstation untuk promote business pulak.

Terus Kak Pilla terfikir.. untuk menjadi ibu yang perfect memang bukan perkara yang senang.  Kak Pilla guilty sometimes..

Bonding time tu kurang sebenarnya.. Kadang diorang nak bercerita.. Kak Pilla bukan tak dengar.. Selalu memang dengar tapi kadang-kadang otak fikir benda lain.. selepas hari yang panjang dari event, Kak Pilla rehat sekejap dan teringkat kena update social media terus tak faham diorang cerita apa.. Bila tanya balik, semua dah merajuk :(

Anak perempuan 3 orang bukan senang nak jaga.. Semua sensitif dan kuat merajuk.. Post gambar ni kat instagram, Kasih pulak merajuk.. Kenapa takde gambar dia.. Erkkkk.. How how how???

 Bila rapat dengan Amaani, Aleesya pulak merajuk... "Mama ni asyik dengan Ami je, jangan cakap dengan Icha lagi.. mama tak sayang Icha"

Muka Icha merajuk la tu.

OMG how? Nak kerat 3 ke badan ni?  Kak Pilla seriously cuba berlaku adil tapi tetap gagal.. 

Ada sekali kisah ni Kak Pilla tak pernah cerita kat blog.. Amaani ada rakam video kat ipad dia tengah main-main dengan Aleesya.. Lepas tu dalam video tu dia marah Aleesya dan tak sengaja dia tolak Aleesya jatuh terlentang ke belakang.. Then Kasih datang tunjuk video tu kat Kak Pilla.. Berhenti kejap jantung Kak Pilla tengok video tu.. Kenapa tolak Aleesya jatuh sampai macam tu???? Terus pandang muka Amaani.. 

Kak Pilla tak marah dia.. cakap elok-elok dengan dia "kenapa Amaani tolak adik sampai macam tu?"  Dia terus menangis.. tapi dia menangis ketakutan.. menggigil-gigil badan dia dan dia berundur ke belakang sambil peluk tubuh menangis.. Kak Pilla cuba nak dekat dengan dia.. tapi dia takut.. makin lama dia makin berundur sampai dah takde ruang dia nak pergi..

Huwaaa Kak Pilla tak pernah pukul anak-anak ni.. Kak Pilla cuba nak slow talk dengan dia supaya jangan buat macam tu lagi sebab bahaya.. Kak Pilla tak sangka Amaani menangis ketakutan macam tu.. Kak Pilla pegang tangan dia sejukkk menggigil.. Kak Pilla memang kesal dia buat adik macam tu.. tapi at the same time Kak Pilla nak bagitau dia buat macam tu tak elok.. Malam tu dia tidur sambil menangis.. Kak Pilla datang slow-slow cuba nak peluk dia..

Kak Pilla cuba usap kepala dia.. Kak Pilla bisik kat dia "mama sayang Amaani.. mama sayang semua anak-anak mama.. mama tegur Amaani sebab apa yang Amaani buat tu salah.. mama takut nanti Amaani buat kat kawan-kawan"

Seminggu Kak Pilla rasa bersalah sangat.. Tapi Amaani dah ok.. dia faham teguran Kak Pilla.  Tengok muka mereka gembira kat sini siapa sangka Amaani sedih sebelum ni kan?  Tapi semuanya dah okey sekarang, Kak Pilla pun lega sikit.

Bukan senang nak menjaga hati anak-anak ni.. Bukan senang untuk jadi ibu yang perfect..

Dasyat kan sebenarnya ibu nak bahagi-bahagikan kasih sayang.. Macamana Kak Pilla cuba untuk jadi ibu yang terbaik pun, tetap akan rasa gagal juga.

Kak Pilla akui apa yang kita tonjolkan di social media tulah tanggapan orang kat kita.. Bagus Kak Pilla ni rajin masak, rajin kerja, rajin itu, rajin itu ini, padahal hahahahhahah... Social media ni biasalah, semua yang sedap dipandang mata je kita akan share.. yang tak best tu tak share pulak.. Realiti kita jarang share sebab rasa terlalu privacy atau pun sebenarnya sebab tak best nak share hahaha.. 

Haritu Kak Pilla ada ternampak satu video menarik tentang Mamee Monster Biskidz.  Bila Kak Pilla tengok video ni terus tersentap hati.  Bila difikirkan balik, betul juga Biskids ni.  Memang tiada ibu yang sempurna pun di dunia ni.. so don't worry you are not alone... Kak Pilla pun tak sempurna, sama je dengan ibu-ibu lain.  Kak Pilla pun ada jugak try bagi anak-anak makan biskut tu.  Biskutnya nipis je so mudah lah anak-anak nak mengunyah sambil tunggu Kak Pilla nak masak..

Mujurlah ada Mamee Monster Biskidz ni.. Semua anak-anak Kak Pilla suka :)  Tiap petang balik dari kerja Kak Pilla akan bagi upah biskut ni sementara Kak Pilla sibuk siapkan makanan untuk dinner.. Tak yah risau sebab Mamee Monster Biskidz ni mengandungi DHA dan vitamins yang baik untuk anak-anak.. Ada 3 perisa iaitu Coklat, Seaweed dan Milk. 


Kak Pilla nak share dengan you all video by Mamee Monster Biskidz ni...  Thank you sebab memahami situasi ibu-ibu ni.. Rupanya Kak Pilla tak keseorangan.. Semua mesti anggap Kak Pilla sempurna pada social media ni kan tetapi ingat bahawa realiti Kak Pilla tak banyak perbezaan dengan ibu-ibu lain.

Ia mungkin kelihatan sempurna dalam gambar, tapi semua ibu tetap akan rasa imperfect.  Hanya ingat reality dengan social media mungkin sangat berbeza, jadi kita sebagai ibu akan melalui fasa ini bersama-sama.  Rasa lega sebab Kak Pilla ni ibu yang normal sama macam ibu-ibu yang lain jugak.

Kak Pilla nak nominate 3 orang bloggers untuk share cerita diorang kat blog masing-masing dengan hashtag #ImperfectMOMents.. sebab Kak Pilla nak jugak dengar dari you all cerita ibu tak sempurna.. 3 orang yang Kak Pilla teringin nak dengar stories dia tu ialah:

1. Moon
2. Tina
3.  Peej

 Semua 3 orang ni ialah ibu-ibu.. Perfect tak? hahah jom share cerita jom ;)

For more infos boleh visit www.facebook.com/MameeMonsterBiskidz


Love, 
Filla.


Wednesday, March 01, 2017

BIBIK KU.

Rasanya aku jarang cerita pasal bibik kat blog heheh.. update blog pon tak, ada hati nak cakap x pernah cerita pasal bibik hahahha..

Meh aku cerita dari first bibik aku dulu.. Masa zaman aku 4 years back macam tu still boleh uruskan sendiri.. Setahu aku now dah tak boleh, now kena melalui agent sah yang ada syarikat maid kat sini.. Makan belanja RM10 and above kot.. So aku bersyukur jugak part tu sebab aku still sempat buat cara amik dan urus sendiri.

Ingat lagi masa tu aku sarat mengandung Aleesya.. Dah pernah cakap kat Pak Radie dulu.. anak ketiga aku memang memerlukan helper sebab aku tak mampu nak handle semua sendiri... So jumpalah sorang 'agent' ni aku tak recommend sebab aku pun hampir tak dapat maid tu.. tapi korang taulah Pak Radie ni sampai ke lubang cacing dia boleh carik orang yang buat pasal ni hahaha..

So back to the story, aku dah deal dengan agent ni untuk dapatkan sorang maid ni.. Dia bagi gambar lain, sampai pulak orang lain hahaha.. Dengan perut sarat lagi sebulan nak bersalin kot, aku pergi jugak jumpa agent yang dah siap bawak maid ni.. OMG tua gila kot hahaha.. tapi kat passport dia umur lebih kurang baya Pak Radie.. tapi lantaklah janji ada..

First time jumpa kat kedai makan masa tu.. bibik ni tunduk je tak bercakap.. Pastu bawaklah dia balik kat rumah.. Kasih dengan Amaani dua-dua cannot accept hahaha.. Diorang macam ngeri je hahaha.. agak scary kurus dan tak banyak cakap.. Tapi perghhhh rajin gilos.. hahaha.. tekejut ahkak dia bersihkan toilet bersinar-sinar putih melepak dinding.. Pak Radie pun ternganga tengok sebab kitorang sental pon tak leh jadi putih camtu.  Apa benda dia pakai ni sampai bersinar-sinar bilik air.. tu belum lagi mop lantai.. belah atas rumah tu aku nampak dia bersihkan guna kain basah.. tak guna mop ya.. bersih.. pastu lipat kain pun gempak gila.. susun cantik je lipatan dia..  Tapi masa tu aku cuit Pak Radie, apa ni gantung kain good morning kat bahu.. itulah ko lap pinggan, itulah ko lap dapur hahahah.. omggg terus aku tegur.. lap pinggan guna kain lain.. jangan sangkut kat bahu,

Pastu dia tak reti makan sedap-sedap.. mungkin dia tak biasa sebab dia terlalu susah kat sana.. so makanan dia suka ialah ikan bilis, ikan masin.. pastu dia akan makan kat dapur.. duduk kat kerusi ikea kecik tu.. pastu dia makan mengadap pintu dapur huhu.. Pak Radie cakap oiihh ni kalau turun kul 2 pagi nampak plak orang tengah makan mengadap pintu mau pitam ni hahaha..

Aku ingat lagi aku drive balik dengan anak-anak balik sekolah.. masa tu hujan.. bibik dah siap tunggu dengan payung kat depan rumah.. masa tu Kasih tidur kot dalam kereta.. dia siap dukung kasih dengan payung.. hari-hari dia akan tunggu depan rumah sampai aku balik.. tak suruh pun hahahah..

Dia kerja dengan aku dalam 10 hari je kot.. sampailah time Pak Radie pegi imigresen dan kantoi dia consider "LARI" dari majikan lama kat Penang tahun lepas macam tu.. so dah black list dan tak dibenarkan bekerja di Malaysia.. Masa Pak Radie call bagitau aku hampir pitam.. huwaaaaaa cemana ni? so tarik nafas jap.. fikir apa nak kene buat ni..

Aku dah bincang dengan Pak Radie dan mak and mertua aku jugak... Agent gila tu call memang dah tak nak angkat.. sakit hati ahkak tau.. cemana nak dapat ganti? duit aku camne?? So Pak Radie tu bijak sikit hahaha.. dia whatsapp agent tu cakap dia nak maid 2 orang untuk kakak dia.. urgent.. duit semua dah ada ni tinggal nak bagi kat agent je... Wow dengan pantas agent jawab "Ok" so mari jumpa.

Malam tu aku panggil bibik tu duduk jap aku nak bincang.. ingat lagi nangis kot aku malam tu.. biasalah ai kan emo lagi-lagi sarat mengandung masa tu.. Aku cakap aku dah mula suka dan percaya dengan dia.. tapi aku tak sangka yang dia dah kene black list sebab lari.  Dia explain cakap dia memang pernah kerja kat Penang tapi dia minta balik kampung sebab saudara terdekat meninggal dunia.. dan majikan still pegang duit dia dalam rm1k-2k kot tak ingat.  tapi dia tak sempat balik ikut date yang dia janji dengan majikan dia.. so itu cerita dia lah..

Malam tu aku bagi dia duit gaji dia selama 10 hari kerja dengan aku, dan aku bagi jugak dia duit lain sebab sedih kot.. Wan pun bagi jugak.. nangis dia.

Masa jumpa agent tu Pak Radie tak bawak dia turun hahahah.. dah ntah apa dia sembang pastu baru amik bibik bawak kat agent tu.. nganga jugaklah dia hahahah... Pak Radie bisinglah cakap kenapa tak check dulu maid ni boleh kerja ke tak kat Malaysia.. bla bla bla dia janji akan ganti maid baru dalam masa 2 minggu.

Aku redho je lah sebab aku tau agent ni memang pandai janji je.. tapi nak buat cemana? duit dia tak leh pulangkan.. so aku berpegang jelah pada janji dia untuk bagi maid baru.  Aku berdoa hari-hari mohon kalau aku dapatlah maid seperti yang dijanjikan, aku mohon biarlah dia orang yang baik, orang yang akan sayang anak-anak aku sepertimana aku sayangkan anak-anak aku.. Kalau takdir aku takde rezeki pakai maid, aku akan hantar anak aku ke nursery, dan merangkak lah ko buat kerja rumah tu Pilla hahah..

Cukup sebulan kot aku bersalin, bayang maid pun takde.  Nasib aku tak meroyan hahahaha.. Tetiba je dia call cakap maid dah ada.. Dia akan hantar sendiri ke rumah aku.. Eiii berdebar-debar ni..

Dipendekkan cerita maid pun sampai.. Wow muda.. Nasib aku lagi lawa kahkahkah.. yang aku geram, si agent ni (indon) cakap dia akan tidur kat rumah aku sebab nak ajar maid ni sikit-sikit apa dia perlu buat sebagai maid.. Eh? bukan aku ke yang kena ajar dia kerja rumah? Sukati kaulah labu.. Pagi tu kelentang kelentung kat dapur aku.. Eh? Siapa suruh diorang masak pulak ni? without my permission?

Then aku turun tanya kenapa masak? Dia cakap nak ajar maid ni.. Erghh apa-apa lah.. pastu agent tu pun balik.. dan bermulalah hidup aku dengan bibik dari detik tu hingga kini.

Aku masa tu still berpantang so katil aku kat bawah.. hari pertama tu bibik duduk je kat tangga mengadap aku.. OMG apa dia ni mengadap aku pulak sambil duduk.. jadi kekok aku time tu.. pastu aku ajar dia nak handle baby cemana.. dia cakap dia dah biasa, dia ada 2 anak perempuan ;)

Seminggu tu aku perati je perangai dia.. Dia jenis makan banyak gila tekejut ahkak nasi macam gunung hahahah.. pastu relax je bawak makanan naik atas makan dalam bilik.. pastu aku tegur elok-elok cakap makan kat dapur jangan makan dalam bilik nanti bilik berbau aku tak suka.  Bibik tak reti masak sebab kat sana dia selalu beli lauk je dan masak nasi.. "Di sana kalau masak mahal puan,. lebih jimat jika lauknya dibeli aja"

Ok slow-slow aku train dia masak yang basic-basic ni.. Alhamdulilah bibik ni fast learner.. Bibik ni belajar pandai, kira habislah sekolah.. dan pernah kerja part time kat mall.. maksudnya dia jenis modern lah.. boleh mengaji and matematik pun terror.

Bukan bibik ni sentiasa positif je.. ada lah yang buat aku marah sampai nak hantar dia balik Indon dah time tu.. Tapi masalah dapat diselesaikan.. dan Alhamdulilah dah masuk 4 tahun bibik dengan kitorang.  Aku bersyukur sangat-sangat sebab dia tak memeningkan kepala aku dan aku happy dia ada dalam family aku.. Aku dah anggap dia macam family dah sebab dialah orang yang besarkan anak-anak aku bila aku takde.. Bila aku banyak urusan, outstation, event ke apa.. dia lah yang aku harapkan untuk tolong tengok budak-budak ni dan tolong masak.. Oh aku tak cerita ya.. bibik terror gila dah masak.. kalau korang rasa dia masak memang tak leh beza masakan ai ke dia hahahha... sup ayam, masak lemak cili padi, asam pedas, kari, masak berlada, spaghetti.. eh semua dia terror lah.. nasi lemak, nasi ayam pon dah ala master chef hahaha.. siap hiasan ko mampu?

Dan dia dulu bukan tak suka masak, tapi masa kat tempat dia.. barang basah mahal tak mampu nak beli.. Sekarang ko jangan main-main, siap ada buku resepi ya.. aku masak pelik-pelik je laju dia catit hahahah.. paling sedap dia punya sambal ikan bilis kering + kentang hiris nipis-nipis tu.. ranggup je.. so terror.. aku pon tak kuasa ya nak goreng kentang nipis-nipis tu.. lambat.. aku kalau buat buat kentang potong wedges jeh sudah.. ai tak de tahap kesabaran hahaha..

But still macamana pun bibik dah pandai masak, bila aku ada tetap aku akan masak.  Bibik tolong keluarkan barang je.. petang je aku sms dia cakap nak masak apa, then dia dah tau dah apa bahan-bahan kene ready kan.. wow Chef Wan sangat perangai ko Pilla.. bahan semua dah siap ye.. ai akan turun masak je hahahahha... Syukur ya Allah.

Sayang betul bibik kat Aleesya especially.. sebab Aleesya baru sebulan kot masa dia sampai.. dia selalu cakap Aleesya ni mukanya lain dari Kasih ngan Amaani.. Aleesya ni itulah inilah.. ewaahhhhh dia tak nampak mata aku dah keatas ni.  Aku selalu tanya budak-budak ni ada tak bibik cubit? bibik marah? bibik pukul?  Semua jawab takde pun mama.. Mama je selalu marah.. bibik tak pernah marah.. omg hahaha, ai takpe ye, ai mak. hehehehe..

Bibik senang sikit sebab dia jenis tak makan malam.. dia cakap kalau dia makan malam dia lagi gemok dari sekarang.. apa-apalah bik... so kerja aku pun senang.. lauk aku masak untuk makan malam dia akan simpan utk dia makan esok.. Aleesya dah take turn dengan Amaani.. sebelum pergi sekolah akan order kat bibik nak makan apa.. bibik akan jawab "Okkk siappppp!!!" heheh

Ni kat ig Wan.. bibik buatkan cekodok Bak Wan Medan nama dia.. aku happy sebab tiap kali Wan dengan Atok datang tido kat rumah.. esoknya kadang bibik siap buat breakfast.. kadang mihun goreng.. ni masa dia buat cekodok aku takde.. aku gi Kedah so Wan ngan Atok tido rumah mintak tolong uruskan budak-budak sekolah.. nanti bibik dah siap masak..

Apa lagi yang aku nak? Alhamdulilah doa-doa aku dimakbulkan.. she might not be the best maid in the world, tapi aku lebih dari bersyukur ada dia.. at least bibik sayang anak-anak aku, bibik pandai masak.. sikit lebih kurang mana yang aku rasa perlu ditegur aku just tegur elok-elok.. sometimes aku bagi dia baju-baju aku yang aku tak nak.. baju aku yang aku suruh dia bawak balik bagi kat anak-anak dia.. kalau pergi overseas or outstation aku tak pernah lupa belikan something untuk bibik sebab aku dah anggap dia part of family aku dah.. raya aku bagi duit raya, bonus and duit raya untuk anak-anak.. Ai is cannot sebab kita ada anak-anak juga.. besarnya pengorbanan dia berjauhan dari anak-anak demi mencari rezeki untuk sekolahkan anak dan tanggung perbelanjaan anak-anak dia.. kalaulah aku ditempat dia, aku tak mampu kot nak buat.

Yes aku akui aku orang yang cerewet.. garang sometimes.. bibik pun tau tu.. aku bukan jenis moody, tapi aku jenis kalau aku tak berkenan aku akan terus cakap aku tak suka, dan mungkin cara aku macam kasar hahahahah... tapi pernah lah luahan hati dengan bibik.. "Kamu rasa saya garang ke bik?"  "Ya kadang-kadang, tapi dah lama, saya dah faham puan, Puan tu kalau marahnya sebenter aja, tak berpanjangan.. saya tak kecil hati, sebab memang saya yang salah"  "Sama macam puan marah budak-budak ni saya selalu tengok, puan garang tapi marahnya tak lama.. marahnya yang betul sebab salah".

Sama jugak kalau petang-petang aku tengok bibik pakai seluar dah nak naik ke lutut.. aku tak pandai bebel.. tapi aku turun dari kereta je terus sound "seluar pendek sangat ni, malu kat jiran depan".. tak sempat dia jawab aku dah masuk dalam.. tu maknanya aku tak suka apa dia buat.. kadang nak ajak dia keluar.. dia turun-turun baju atas bontot.. "baju pendek sangat ni, nampak bontot, gi tukar".. terus aku blah hahahaha.. kebil-kebil bibik tu gi tukar baju.. sapa suruh hahaha dah banyak kali cakap pun buat jugak.. kalau iron baju aku macam tak iron.. aku tak marah, tapi aku pegi balik "bik baju ni gosok tak? macam tak gosok" aku letak baju kat iron board, then aku pegi.. hahahah kejam ke?

Aku ni jenis tak reti sembunyi-sembunyi, bermuka manis kat orang tapi hati di dalam sakit.. aku tak pandai.. Biarlah orang cakap aku takde hati dan perasaan, aku lebih selesa dari jadi orang yang hipokrit.  Aku rasa aku tak boleh dengan orang ni aku akan elakkan dari berkawan dengan orang-orang ni.. better like that.. aku marah aku cakap aku marah, aku tak suka aku cakap aku tak suka.. aku bukan jenis pandai bertanya khabar sana sini dan menjaga hati orang sana sini.. aku tak pandai.. tapi deep in my heart aku je yang tahu.  Sama macam aku dengan mama, ayah, abang aku.. aku tak reti nak call cakap rinduuu rinduuuu.. Nooooo tak reti.. hahahah.. tapi aku lah paling sayang kot kat diorang semua..

Aku tahu banyak pengalaman orang kat luar sana yang dapat maid tak seperti yang diimpikan.. Sebab tu aku terlalu takut untuk letak high expectation dalam apa-apa hal pun.. aku berserah, berdoa sehabis mungkin.. mungkin rezeki aku... Berbuat baiklah kita dengan orang lain, nescaya orang akan berbuat baik kepada kita.. Tapi kalau sebaliknya janganlah salahkan takdir, janganlah salahkan Allah SWT sebab tak makbulkan doa kita.. ada kurang kat mana-mana mungkin.. dan perancangan Allah tu yang terbaik.. setiap sesuatu tu mesti ada sebabnya..

Ok tu je cerita bibik ai harini.. bukan memuji sebab manusia bisa berubah hati.. bimbang hari ni aku puji melambung esok lusa lain jadinya..  tapi cukuplah aku post entry ni sebagai menghargai jasa-jasa bibik dahulu hingga saat ini dia elok dengan aku.. masa depan kita doa banyak-banyak semoga semuanya baik-baik aje.. wow #doayangbaikbaik katanya... Lopattah sangat ni hekhek..

Till we meet again :)






Love, 
Filla.