About Me

Tuesday, February 28, 2017

KENDURI AKIKAH ANAK PEEJ.

 Dalam seminggu sebelum majlis akikah ni kitorang dah terslurp-slurp dah asyik membincangkan lauk apa untuk kenduri.. hahahahaha 

Akhirnya Peej pilih lauk seperti di bawah ni.. Memacam ada, segala rojak buah, air, ada kambing golek, bubur kacang kot, roti jala kuah kari dan lain-lain dah tak ingat dah..

Peej pon buat majlis kecil-kecilan tak ajak semua.. jemput keluarga terdekat, aku and Elly dan kengkawan baik dia MRSM kot dengan kawan BBGS dia.. sebab tiap kali kenduri akan jumpa muka yang sama jugak sampai aku dah kenal dah few kengkawan Oling.

So tanpa melengahkan masa jom kita tengok.

Pitam asyik  makan je..

 Kambing ;)

 dan rojak buah..

Lawa baju Hannah kan? Baju ni pun kelam kabut teman Peej carik kat Parkson Setapak Central tu.. Nasib ada yang berkenan..

 Masa datang aku ngan Elly perati je si Konah ni hah kemain orang dukung dia.. Ai is jeles u know? Eksyen ko yer Hannah??? Dulu mommy Pilla dukung kemain cebik-cebik lagi.. Mommy Elly pun terima nasib yang sama masa datang sekali tu dia cebik and nangis.. ni orang lain dukung kemain melentok-lentok.. Siap ko kejap lagi..

Pastu Hannah ngantuk tertidur.. Tak dapatlah kitorang dukung.. takpe kita makan dulu.. Lepas makan aku dengan Elly masuk dalam buat-buat nak tengok Hannah tidur.. pastu kitorang bercuit-cuit.. "usik je Hannah tu.. kuis dia.. jap gi mesti bangun".. Hahaha matiklah kalau mak dia tau ni hahahaha..

Pastu seperti di ramalkan, Hannah Cikonah pon bangun hehehe... slow-slow kitorang dukung dia.. jangan ko menjerit sudah.. Amazing tak nangisssss!!!!

 Wow penuh kasih sayang hahaha

 Nak bagi hannah ketawa ni bukan senang ya.. Elly tukang geletek.. aku tukang snap gambar hahaha.. dapat gak satu kemain maneeeessss macam gula.

Pastu apaknya si Ben sibuk nak amik Hannah... Aku dengan Elly bangkang sekeras-kerasnya.. "Nooooooooo"!!!! Cannottttt!!! 

Terkebil-kebil Ben terus keluar muka sedih hahahahaha.. bagi chance sikit yerrrr..

 Macam sesuai je Elly ada anak kecik kan?.. Sila cuba sis, masih belum terlambat hahahah

Hannah kesayangan semua... Why so serious Hannah??? 

Semoga Hannah membesar jadi anak yang solehah, berjaya dunia akhirat,.. jadi anak yang baik dan sentiasa sayang Daddy and Mommy Hannah ok..

Thanks Oling and Ben.. jemput kitorang ;)


Love, 
Filla.

Tuesday, February 21, 2017

Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock

Semalam pening kepala tak reti nak masak apa... Bila tanya Pak Radie confirm dia akan cakap apa-apa jelah.. So semalam Elly suggestkan masak Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.. Aku pernah makan sekali, macam nak meletop bibir sambal belacan dia power betul.. 

So okay jugak tu, kerja pun senang hehehe.. Ni versi mudah je kalau korang nak buat ;) Kalau korang follow ig @fillanie lagi senang tengok Kak Pilla tunjuk kat ig stories tu.. hehehe

Bahan A
Ayam dipotong kecil (ikut suka)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit kacang panjang
1 bawang besar holland (kulit orange tu)
5 tangkai cili padi merah

Bahan B ( sambal belacan )
segenggam cili padi merah (campur hijau sikit pun boleh)
1 ketul belacan dah dibakar (size ibu jari)
3 sudu cuka makanan
secubit garam
2 sudu gula
2 sudu perahan limau nipis (limau kasturi pun boleh)

Cara-cara:
Panaskan minyak.. minyak biar lebih sikit dan panaskan dulu.. sambil tu gaulkan ayam tadi dengan kunyit dan sedikit garam.. Pastu terjunkan dalam kuali masak hingga keemasan.. Kemudian tak perlu angkat ayam tu.. terus masukkan kacang panjang, bawang besar dihiris ring dan potongan cili padi.. Agak-agak bawang dan kacang panjang tu dah layu boleh angkat dah toskan.. kemudian hidang kat pinggan... siap!!

Untuk buat sos dia senang je.. guna blender.. campak semua Bahan B tu.. dan blenddddddd.. tak perlu nak campur air ya sebab dah ada cuka tu.. Kak Pilla masukkan perahan limau tu last sekali masa dah masuk dalam mangkuk.. perahkan limau dah kacau rata.. Siapppp!!


 Ayam lagi best campur je tulang-tulang macam ni.. boring asyik makan yang isi dia je.. kalau ada tulang sedap nak gigit-gigit.. dan jangan lah potong ayam halus-halus bebenau.. nanti dah goreng secotet je jadik dia.. so potongan tu agak-agak ya.. 

 Ko jangan bawak main yeee.. cili padi merah ni berdesing pedas dia.. boleh bengkak bibir.. so agak-agak lah ye.. time makan tu titis-titis try dulu jangan cedok terus lambak atas nasik.. dijamin bengkak lah bibir kau.. tak dapek den nak nolong...

 Berdebar-debar masa tunggu Pak Radie suap dalam mulut.. Dia tu omg so poyo.. selalu cakap dia tak kisah.. tapi mimik muka tu ko boleh tau sedap ke tak sedap masakan kita ni.. bisa bikin guwe sentap.... Nasib semalam dia cakap sedap tapi sambal belacan membunuh hahaha terkeruk-keruk kepala dia sambil makan hahahaha... 

Syarat wajib ialah makan panas-panas wajib tuang kicap... Ni sebungkus RM5-6 hinggit.. Masak sendiri lebih jimat :)

Harap mudah paham cara Kak Pilla buat Nasi Ayam Goreng Kunyit ala Mat Rock.  

Selamat mencuba ;)




Love, 
Filla.

Thursday, February 09, 2017

CITRA EMBUN, Projek baru by SERI PAJAM.

Haritu Kak Pilla sempat lah menjejakkan kaki ke show unit Citra Embun projek Seri Pajam Development Sdn. Bhd. di area Pajam.  Tak jauh pun dari rumah Wan kat Enstek tu..

Bab pegi tengok show unit ni memang Kak Pilla happy sangat nak tengok.  Seri Pajam memang property developan yang terkenal dengan affordable single-storey terrace houses sampailah ke projek rumah bungalow yang ada di Pajam, Nilai, Sepang, Seremban dan Senawang.

Kali ni Citra Embun pula yang berkonsepkan Town Villa (3 dan 5 Storey) freehold strata.  Keluasan dari 956sf - 1,317sf dan bermula dari harga RM250,000.  Pitam harga semurah ni dah tak dapat ye... 

Citra Embun ni ada Block A,B,C,D dan E.  So total ada 5 blocks semuanya dan yang bestnya kawasan perumahan Citra Embun dilengkapi dengan landscape yang modern dan akses yang mudah seperti KTM station, LEKAS highway yang kurang daripada 2 minit sahaja.  Yang penting lepas kerja balik rumah tak de traffic jammmm.  Balik rumah happy je nak drive :) 

Kalau kita nak shopping pun senang je sebab dekat dengan speedmart99, Tesco, Giant, KLIA, Mitsui Outle Park dan lain-lain.  Wowwww sangat.. Pastu soon AEON akan masuk kat Nilai jugak.  Cuba imagine, masa tu harga property market akan naik lagi kot.. Tadika, Sekolah dan University pun banyak pilihan untuk ibu bapa.  Senang sebab banyak institusi untuk pembelajaran ada berdekatan kawasan ni antaranya INTI University / Nilai College University / Nottingham University pun dekat dengan Citra Embun project.


Selain dari tu terdapat 4 Concept Parks sesuai untuk kita beriadah bersama keluarga.  Reacration area pulak sangat luas meliputi 80,000 sq.ft.  Takde bersesak-sesak di kawasan perumahan sendiri.. rasa lapang dan tenang boleh bawak anak-anak ke parks yang disediakan.

Selain dari tu disediakan juga track untuk berjogging.. tak perlu keluar dari kawasan perumahan.. jogging dalam kawasan Citra Embun je.. best kan? Now nak jogging sorang-sorang kat taman-taman luar tu pun seram dan rasa tak selamat je.. Sini lagi best.. tak yah nak bawak kereta.. pakai je pakaian sukan dah boleh start jogging.. dah penat terus balik rumah ;)

Citra Embun juga menyediakan Yoga Alcove,
BBQ Pit, Gazebo, Eco GYM
.. Rekaan modernnya juga menyediakan 4 Concept Parks seperti Into the woods, The Terrace, Hanging Garden, Edu-ture Lane... Best sambil berjogging dan beriadah kita boleh mendapat ilmu antara ibu bapa dan anak-anak.. tak payah susah-susah nak keluar dari kawasan rumah.. Segala-galanya yang cantik, moden, mesra alam sekitar semua ada di sini.. 

Jom Kak Pilla bawak you all kita tengok show unit Citra Embun ni. 


Ada beberapa jenis rumah yang berkeluasan berbeza-beza dan pastinya harga pun berbeza.  Rumah ni dilengkapi dengan 3 Bedrooms dan 2 Bathrooms.

Dari pintu masuk..

Rumah ni cantik dan moden.. Kak Pilla kalau pilih rumah dan tentu akan cari yang ada balcony.  Lemas rasa kalau rumah takde balcony.. Boleh lepak-lepak dengan husband sambil hidangkan kopi ngan cekodok.. Romantiknyeeeeeee...

Wow Atok feeling hehehe.. Luas jugak balcony ni.. Citra Embun menitik beratkan persekitaran yang mesra alam.. So pasti menghijau je mata memandang duduk kat balcony ni..

Ni kawasan dapur.. Ok, ni lagi satu paling penting untuk mencari rumah idaman.. Kak Pilla akan pilih rumah yang dapurnya selesa, luas dan kemas.. Sebab kita sebagai wanita ni memang ke dapur je lah kerja nak masak untuk keluarga.. Citra Embun memang faham naluri wanita.. dapur dia soooo spacious ;)

Susah sekarang nak cari rumah yang dapur dia besar macam ni.. senang nak bergerak kalau nak masak ;)

Ni lagi satu yang buat Kak Pilla jatuh cinta.. kat pintu dapur tu keluar terus ke yard dan yard dia besarrrrrr!!!!! Bestlah untuk kita letak washing machine, mop, penyapu, baldi hahaha.. sebab benda-benda tu semua kita kena sorok, nanti sakit mata tengok dalam bilik air ada segala mop, baldi, peralatan membasuh lantai, sabun cuci.. not nice okayy.. So boleh lah kita hias cantik-cantik kat yard ni..

Kira bentuk macam L lah dari pintu dapur.. terus dan belok sikit ke kiri.. best kannnn?

Ada satu bilik air bersebelahan dapur.. 

Master Bedroom attached dengan Master Bathroom.

Sebenarnya, master bathroom bahagian kiri senanglah tu.. Bagus sebab ada privacy area.

Bedroom 1


Bedroom 2

Yahoooo luasnya bilik kanak-kanak ni.. Dekorasi yang bijak sebab dia design katil di tingkat atas macam ni so anak-anak ada ruang untuk bermain.. Mak ayah pun seronok sikit nak teman anak bermain sebab ruang ni spacious.


Dining table pon centre.. Mudah nak ke dapur, hall atau bilik.  Wan berpusing-pusing round rumah ni dan cakap geram gerammmnyeee.. Cantik sangat rumah ni.. susun atur pun bilik, dapur dan hall pun cantik.. boleh beli untuk investment ni.. Zaman anak-anak kita nanti ntah berapa juta lah pulak harga rumah.. So ada duit sikit silalah melabur dan beli rumah :)

So good luck guys, belilah propeties dengan bijak.. Citra Embun ni salah satu projek perumahan yang berbaloi-baloi kalau nak beli.



Kalau nak tengok segala maklumat tentang Citra Embun jom click link di bawah:


Ramai orang datang ke Seri Pajam Development Sales Gallery ni untuk mengunjungi "Citra Embun Private Preview"

Jangan lepaskan peluang ni!! Hubungi Seri Pajam Development untuk maklumat yang pantas di talian 067581988 atau email : marketing@seripajam.com.my





Love, 
Filla.

Monday, February 06, 2017

Kaler Baru keluar lagi!!!

Assalamualaikum..

Harini nak announce korang dah boleh dapatkan colour baru Matte Lip Cream dari Fame Cosmetics.

Kita start jual bermula hari ni tau..


 Wild (RM29)

 Rusty (RM29)

Kaler tak matte lagi dah snap pic hehehe.. so sebenarnya dia akan matte lagi dari gambar di atas ya.



So itu je perkhabaran dari Kak Pilla harini.. Rugi tak dapatkan kaler ni sebab Fame Matte Lip Cream ni laku keras ya.. Stokis restock selang sehari sebab habis dah di pre-booked.. Lagi-lagi dua kaler baru ni.. 

Boleh visit dan follow kami di:



Sebarang pertanyaan boleh whatsapp 013-3760466


Love, 
Filla.