About Me

Tuesday, November 22, 2016

SMECTA untuk rawatan diarrhoea dari seawal usia bayi 1 bulan.

Susah tau nak dapat mak macam Kak Pilla ni heheheheh.. Suka makan.  Kat mana-mana pun boleh.. kat gerai? Huish sedap tuuuuu!! kat restoran? pon boleh, janji sedap.. Bawak je Kak Pilla makan di mana-mana.. confirm tertelan-telan airliur tengok makanan.. 

Lagi-lagi kalau gi travel, tak kira travel sendiri ke, dengan kawan ke atau dengan family dan anak-anak sekali pun, memang confirm makan kat luar.. Setakat sakit perut sebab makan kat luar tu memang perkara biasa hahahah..


Tengok tu.. rasa nak amik semua letak dalam pinggan ;)

 Kak Pilla kalau gi travel, perkara paling penting selain book hotel yang location best dan selesa, Kak Pilla paling suka buat research makan kat mana yang best hahahaha.. Teruk sangat perangai ni hehehe..  

 Uishhhh tengok ni... Ni makan kat gerai nasi campur makanan memang best.. Tapi satu je masalah.. balik hotel tetiba rasa sakit perut huk huk huk.. Masa tu baru terfikir.. makanan tadi tak bersih ke? dah nak basi ke? why sakit perut ni? Adoiiii dah tergendala program lain sebab nak melayan lepak dalam toilet hahaha..

Itu takpe.. tapi kalau bawak anak lagi lah stress kalau anak kena diarrhoea.  Jangan buat pasal ye.. mana nak mencari toilet? public toilet pulak tu... kang anak confirm meragam menangis kalau perut dia tak selesa.. sudahnya duduk diam-diam dalam bilik hotel.. apa pun tak boleh lah huhu..

Now Kak Pilla nak share dengan you all, especially ibu-ibu muda yang ada anak kecil dan sentiasa belajar untuk memastikan anak-anak kita sihat dan cuba protect mereka dari benda yang berbahaya.  Selalunya if ada anak kecil yang diserang diarrhoea atau cirit birit apa yang kita akan lakukan? Nak bagi ubat apa? Takkan baby kita nak bagi makan ubat orang dewasa pulak.. Noooo! jangan ya..

 1 kotak Smecta ni ada 30 sachets.  
Pernah dengan SMECTA?  Smecta ni actually is a French product dan jangan risau kerana ianya prescribed by doctors untuk diarrhoea treatment. Smecta ni ada unique structure yang mampu untuk menyerap bacteria, virus, toxin dan seterusnya boleh clearkan semua tu dari body system.  Smecta ni juga mampu untuk protect intestinal mucosa layer semasa cirit birit menyerang so that penyerapan nutrient akan less affected.  Sebab tu Smecta ni sangat sesuai dan selamat dari baby yang berumur 1 bulan.

Comel sangat travelling bag for kids ni kan?  Comel je anak pakai gi travel ;) Nak ke? hehehe.. Nanti end of entry Kak Pilla bagi ok?

Kalau kita plan nak travel with kids, jangan lupa bawa Smecta bersama.. Samalah macamana kita selalu bersedia dengan ubat demam, ubat selsema, minyak angin dan lain-lain.. Smecta juga penting sebab kanak-kanak selalu diserang diarrhoea bila travel ke tempat lain yang dia tak biasa.. Sometimes kita tak tau, maybe disebabkan air minuman? makanan? persekitaran.. semua tu boleh menjadi punca kepada sakit perut..

 Rasanya sedap sebab perisa Orange - Vanilla.. Don't worry anak mesti takde masalah dengan rasa ni.. Kalau anak kita masih baby boleh campurkan dalam botol susu ok?  Bancuh susu,, letak sekali smecta ni..

Ingat ya kalau boleh kita tak nak lah anak kecil kita kena diarrhoea sebab badan akan lemah dan kehilangan banyak air.. so better prepare siap-siap smecta ni bawak sekali masa gi travel..


Pengambilan Smecta

Untuk diambil selama at least 3 hari berturut-turut.

1 month - 1 year old
2 sachets / day (total 6 sachets)

1 year old and above
4 sachets / day (total 12 sachets)

Adult
6 sachets / day (total 18 sachets)

Korang boleh dapatkan 1 box Smecta di mana-mana pharmacies berdekatan.

Tapi Kak Pilla baik hati ni sebab nak buat giveaway 30 travelling bag comel untuk readers kesayangan via lucky draw.  Caranya mudah je, korang cuma perlu participate in a survey dan akan berpeluang dapat bag yang comel tu.. click here ---> https://thankiew.typeform.com/to/bsBkQM

Check out website mereka di www.smecta.com.my

Good luck semua!




Love, 
Filla.

Monday, November 21, 2016

FAME MASCARA AND EYELINER.

 Alhamdulilah now dah ke stage seterusnya.. Selepas 7 warna Fame Matte Lip Cream kita melangkah ke depan untuk mengeluarkan Fame BB Cushion.. tak lama selepas tu kita keluarkan Fame Limited Edition pulak dan syukur produk Fame Cosmetics mendapat sambutan luar jangkaan.. 

Kami melangkah setapak lagi untuk menghasilkan Mascara dan Eyeliner.

Matlamat kami ialah berkongsi produk berkualiti dengan harga mampu milik.. Itu azam kami sebelum Fame Cosmetics ditubuhkan lagi.. Now kalau nak berkualiti je semua mencecah ratusan ringgit.. Kak Pilla salah seorang daripada yang jenis terpaksa / sanggup spend barang makeup berjenama sebab nak kan kualiti.. Lagipun Kak Pilla ada bibir yang sensitif.. tak boleh silap, confirm bengkak, kering, gatal dan kadang sampai berair dan mengeras.. Alhamdulilah Fame Matte Lip Cream takde masalah bagi Kak Pilla.. Takut ye memula dulu sebab dah terbayang dah lah jenis Matte confirm bibir tak leh terima ni.. Tapi semuanya okay dan happy sangat dapat kongsi dengan orang lain untuk memiliki matte lip cream yang harganya sangat affordable dan dalam masa yang sama berkualiti :)

Eh terpanjang pulak cerita lain hahaha.. Now nak cerita kenapa korang patut miliki Fame Mascara dan Fame Eyeliner.. 

Kak Pilla adalah orang yang paling suka mascara dan eyeliner.. maybe sebab mata Kak Pilla bukan jenis 'galak' dan mata Kak Pilla jenis kuyu dan sepet.. Kalau tak pakai mascara and eyeliner memang macam orang baru bangun tidur dan macam orang tak mandi hahahaha..
 
 Wow terus panjang bulu mata ai hehehehe.. Hanya dengan 3 kali coat sahaja.. 3 kali tu banyak ke? Kalau you all belajar make up.. kita memang kena coat banyak kali baru nampak bulu mata tu ada 'volume' dan panjang.. Dulu tak reti pakai mascara kat bulu mata bawah.. Now dah terror sikit heheheheh.. 

Pastu tips ye... Nak bagi bulu mata extra melentik, cara dia tunggu mascara kat mata tu kering.. pastu amik eye curler kepit satu kali.. perghhhhh nangis Aisywarya Rai tengok.. hehehehe

Kak Pilla pernah try 'washable' mascara dan 'waterproof' mascara.. so apa bezanya? Dulu beli washable sebab kita budget tak perlu pakai eye make up remover.. pakai air pun boleh remove.. tapi ternyata salah.. nak bersihkan solekan korang still kena pakai makeup remover baru dia betul-betul bersih.. dan dulu Kak Pilla pakai satu brand mascara ni harga dekat RM100 dan washable.. tapi hakikatnya bila bersihkan guna eye makeup remover, tetap mata jadi panda.. kesan hitam bawah mata tu susah gila nak remove.. dan ada rasa tebal melekit-lekit.. itu washable tu.. 

Fame Mascara ni kalau kita bersihkan dengan eye makeup remover dia akan tanggal tanpa ada kesan mata panda.  Tapi tipulah sekali wipe je semua tanggal.. dah ko pakai sampai bercoating-coating kennnn.. letak je eye makeup remover kat facial cotton tu.. pastu wipe mata hingga bersih.. dan Kak Pilla suka kepit facial cotton tu atas dan bawah bulu mata dan tarik-tarik sikit.. supaya betul-betul bersih.. kena bersihkan betul-betul lagi-lagi sebab nak amik wudhu.. pastu Kak Pilla suka tarik-tarik sikit bulu mata tu guna ibu jari dan jari telunjuk.. hahahah pelik yeh? yelah sementara mata kita tu ada kesan-kesan eye makeup remover tu senang sikit tarik-tarik dengan jari.. baru yakin bersih ;)

 Mascara ni packaging dia sangat berkualiti tau.. dia bukan botol plastik bodoh dan ringan tu.. dia macam licin metal sikit tu.. tak reti nak cakap hahaha.. dan Kak Pilla suka brush Fame Mascara ni bila kita apply takkan jadi yang ketul-ketul tu.. dia macam sikat halus yang takkan bagi bulu mata melekat-lekat sesama dia.. dah kering takde smudge langsung walaupun berjam-jam pakai.. 

Oh ye lipstick untuk gambar kat atas tu ialah Code Violet.. warna favourite sebab tak over hehe..

 Apa yang bestnya Fame Eyeliner?  

Pertama sebab dia very very very black!!!! Kak Pilla suka gila eyeliner yang very black gittewwww.. 

Kedua sebab dia jenis liquid pen.. very sharp dan mudah nak apply.. nak buat line jenis halus nipis sangat lah mudah.. kalau nak tebalkan pun mudah..

Ketiga sebab dia bukan jenis brush yang berbulu tu.. sebab kalau jenis eyeliner yang brush bulu tu possibilities dia nak comot tu sangat mudah.. nanti ada je bulu dua tiga helai nak terkeluar time kita nak garis tu dan akan menyebabkan comot.. so Fame Eyeliner tak ya.

 Mata Kak Pilla jenis kedalam dan sepet hahahaha.. dalam gambar susah korang nak tengok bulu mata ai... hehehe.. mata tu macam termasuk plak dalam soket mata.. 

Fame Matte Lip Cream gambar atas ni Code Topaz (Limited Edition) 


Ok now korang dah boleh dapatkan Fame Mascara dan Fame Eyeliner ni..


Both adalah waterproof dan mudah dibersihkan..

So jom cuba Fame Cosmetics, dijamin puas hati :) Jom whatsapp sekarang.. 


Whatsapp 013-3760466


 Agent sah : @agentfame


Love, 
Filla.

Friday, November 18, 2016

RESEPI PASTA PREGO

 Hai :)

Harini mesti semua suka sebab Kak Pilla nak share cara-cara masak carbonara with angel hair dan spiral pasta.. wow nama dah canggih dah tu hahahahah.. Rajin sangat ni masak dua resepi..

Kak Pilla memang sentiasa ada stok Prego kat rumah sebab itu jelah penyelamat kalau sesekali nak tukar selera sebab jemu dengan masakan melayu.. Kat rumah ni anak-anak semua penggila pasta ;)  Stok button mushroom dan daging hancur pun mesti sentiasa ada supaya senang kalau nak guna..

Normally Kak Pilla akan masak bila anak-anak request nak makan spaghetti.. Kat rumah ni tekak lain-lain sikit.. Amaani suka carbonara, Kasih suka spaghetti bolognese.  Aleesya pulak suka pasta jangan letak apa-apa dia makan macam tu je.. haihhhh nasib anak ada 3 je heheheh..

Kak Pilla nak sahut cabaran Prego Friday sebab rasa nak try setiap hari jumaat ialah Hari Prego hahahah.. Selalunya hari jumaat Kak Pilla lebih suka makan kat luar sebab esoknya sabtu kita tak kerja.. so boleh lah bersuka ria makan kat luar.. Tapi semenjak dua menjak ni hoihhh malas betul nak keluar.. rasa duduk kat rumah lagi best sebab tak yah nak bersiap.. boleh makan spaghetti dengan family dan relaks-relaks je dengan family tengok tv bila perut dah kenyang ;)

U know me kan.. family moment tu paling diutamakan.

Eh menceceh banyak sangat ni, jom tengok apa Kak Pilla prepare di hari Jumaat sempena Prego Friday hehehe.. 

SPIRAL PASTA WITH PREGO TRADITIONAL

 Kak Pilla guna Spiral Prego ni.. Nak masak pun mudah sebab cuma perlu rebus 5-8 minit.. Depends lah masing-masing.. Kak Pilla suka dia kembang dan lembut sikit so dalam 8 minit tu dia memang lembut betul.. Korang just rebus letak garam sikit.. dah siap sila toskan.

 Actually apa-apa masakan guna Prego ni senang je sebab Prego sauce tu sendiri dah sedap.. Tapi kita nak tambah bahan-bahan sikit bagi dia lagi power.. sila jangan pemalas sangat ye heheh.. Ini je pun bahan Kak Pilla guna.. bawang besar holland tu potong dadu, cendawan butang slicekan, setengah paket daging kisar, satu sudu cili kering blend, sedikit garam.. dan satu tin Prego Traditional.

 Panaskan minyak dan tumis bawang..

 Masukkan satu sudu cili kering blend dan daging kisar.. kacau rata hingga daging masak..

 Masukkan satu tin Prego Traditional dan kacau rata..

 Masukkan cendawan butang dan kacau hingga sebati.

 Boleh letak sedikit garam.. Kak Pilla tak masukkan air langsung sebab Kak Pilla suka Prego ni dia very thick dan kalau kita goreng dengan pasta kita nak dia pekat baru rasa umph!!

 Last sekali masukkan Prego Spiral ni dan kacau rata.. kemudian boleh tutup api dan hidangkan cantik-cantik ;)

 Tadaaaaaaaa siap satu menu.. boleh nampak sauce Prego tu meresap cantik je kat Spiral tu kan.. cukup rasa dan lazat nyamssss..

Ok jom tengok resepi kedua pulak..

CARBONARA WITH ANGEL HAIR

 Ini pun senang sangat nak buat.. budak darjah 6 pun boleh masak ni hahahaha.. Untuk carbonara ni sebenarnya boleh guna macam-macam jenis Pasta.. Prego pun ada macam-macam pilihan pasta untuk korang gunakan kalau nak masak Carbonara ni.. Ada Angel Hair, Spaghetti biasa dan Fetuccini pasta.

Tapi kali ni Kak Pilla saja nak guna Angel Hair ;) rebus pun sekejap je dan lembut.. 5 minit siap!!! 

Kali ni gunakan 4 biji bawang putih dipotong dadu, 1/4 biji bawang holland dipotong dadu, sedikit isi ayam dipotong kecil, 3 batang sosej dihiris, 1/2 gelas cawan susu segar dan sedikit lada putih.

 Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang besar..

 Masukkan isi ayam dan kacau rata hingga isi ayam masak..

 Masukkan sosej.. kemudian masukkan satu tin Prego Cendawan / Mushroom.. Oh ya, Prego Cendawan ni pekat (refer gambar di atas)  Sebab tu rasa dia sedap, thick, rich and creamy gitu.. Perfectly balanced taste omputeh kata hahahaha.. 

 Untuk satu hidangan keluarga tu cukup kalau guna 1 tin Prego Mushroom tu sebab dia pekat.. so boleh tambah 3/4 air..

 Boleh juga letak 1/2 gelas susu segar kalau nak.. Kalau tak nak pun ok je.. 

 Last sekali boleh letak sedikit garam dan sedikit lada putih untuk menambah perisa ;)

 Sekelip mata je siap 2 resepi ringkas menggunakan Prego Pasta dan Prego sauce ni.. Semudah 1,2,3 gittewwwwww... petik jari 3 kali je siapppp semua atas meja.. ecewahhhh..

 Licin sepinggan Amaani makan.. lepas tu yang spiral pun dia makan jugak.. cukup 2 pinggan..

 Kasih eksyen.. memula nak yang spiral je, dah habis spiral tu dia rasa kuah carbonara pulak.. terus amik pinggan baru makan carbonara pulak hehehehe

 Ncha pulak jangan kacau dia.. Dia suka makan pasta kosong je.. ni pun sama eksyen jugak.. pastu bagi dia rasa kuah carbonara terus terbeliak mata dia cakap sedap.. pastu dia amik sendiri kuah tu letak kat spiral dia hehehehe

Kak Pilla lah ibu paling gumbira sebab inilah masakan paling mudah nak disediakan, ingredients dia pun sangat berkualiti dan jangan risau sebab semua produk Prego ada certified Halal by Jakim.  Paling happy sebab satu keluarga suka.. tak payah susah-susah tanya soalan "sedap tak mama masak?" hahaha confirm diorang yang akan cakap "sedapppp mama masak" sebelum Kak Pilla tanya.. Hebat sangat ni.. sila beri tepukan gemuruh hehehehe.. 

 Prego ni ada dalam bentuk jar dan ada yang dalam bentuk can.. Yang dalam jar ni ada dua size.. 350g dan 680g.  Semua stok Prego Kak Pilla ada macam-macam jenis dan perisa hahaha.. can ada jar pon ada.. penuh dalam rack hehehehehe... 

So jom kita jayakan Prego Friday ye.. tak yah sibuk makan kat luar.. Hari Jumaat ialah hari masakan simple dan berkhasiat di rumah :)

Untuk maklumat lanjut boleh layari:
Facebook : Prego Malaysia
Instagram : @PregoMalaysia

Love, Filla.

Friday, November 11, 2016

PENGALAMAN BERHARGA.

Curi masa sikit update cerita ke Kelantan haritu.. Kali ni kita ke Kelantan untuk 2 event.. pertama tu Fame Cosmetics sebagai penaja utama malam Gala Dinner for 100 MUAs yang diadakan di Tanah Merah, Kelantan.  Yang kedua pulak kita turun padang untuk join make up class by MUA di Felda Kemahang 1, Tanah Merah sambil promote dan jual product fame.

Booked flight ticket sabtu awal pagi.. Flight pukul 6:30 pagi dari KL.. sampai Kota Bharu awal pagi hehehe.. Sebab by 2 dah kena ada kat Tanah Merah.. Haruslah kitorang nak gi jalan-jalan dulu kat Pasar Siti Khadijah heheh

Sampai je sana terus tanya kat FB dan IG mana tempat best nak breakfast.. ramai suggest breakfast kat Kopitiam Kita.. So apa lagi on waze so mari kita terjah :)

 Eh sebelum terjah Kopitiam Kita tu.. kita minum kat airport dulu..

 Orang Kota Bharu mesti semua pernah pegi sini.. Kitorang jakun sikit hehehe.. Last Kak Pilla gi Kelantan 11 tahun dulu.. Pergh lama sangat tu.. masa tu pun takde pegi Kota Bharu ni semua.. so ibaratnya ni first time ke sini :)

 Ramai suggest makan Roti Titab ni.. ni lah first time dengar nama ni.. Rupanya sedap giler hahahaha.. Pak Radie suka giler kot.. ni memang jenis-jenis makanan yang dia suka.. belah tepi sana.. sepanjang-panjang makanan ada.. kebanyakan jenis nasi.. Orang Kelantan memang terkenal breakfast makan nasi..

 Sampailah kami di Pasar Siti Khadijah.. aku memang pantang betul tengok sayur-sayur ni.. geram je rasa..

 Heheheheh kelam kabut aku dengan Elly sebab kejar masa.. nak belikan family kaftan, nak cari batik creep, nak beli kain sampin, nak cari kaftan anak, kaftan bibik, keropok kering goreng lagi.. Macam kartun kitorang ;)

 Now memang trend batik creep jubah kot.. Huwaaaa suka tapi dia jarang so memang kena cari dress putih kat dalam kalau nak pakai jubah ni.. dalam gambar nampak biasa.. tapi sebenarnya dia ada batu-batu terabur so rasa glam je :)

 berkenan so mari beli hahaha

Settle kat Pasar Siti Khadijah kitorang terus gerak ke Tanah Merah.. Lapar boleh tahan tapi kitorang plan cari makan kat area Hotel je.. sampai je nak kena siapkan gift untuk malam Gala Night tu.. bersila aku dengan Elly menyiapkan gift masuk paperbag.. settle baru turun bawah cari cafe nak makan.

 Eh Spicy Wantan Noodle ni sedap ok.. licin Kak Pilla makan hehehe

 Malamnya bersiap-siap untuk ke Event tu.. Pak Radie and Win dah usha tempat ni masa diorang keluar petang tu.. dekat je dari hotel dalam 10 minit je..

Wow dinner by the pool gittew.. Memula tempat ni gelap.. mati aku tercekik time makan kalau gelap gelita.. rupanya bila event start baru gilang gemilang gitu.. Untuk event ni ada 100 orang MUA termasuk bridal Kelantan yang join.. Orang Kelantan memang sporting sangat.. aku dengan Elly macam segan sikit memula tu.. tapi lelama ok memang fun sangat.. siap ada karoake bagai ;)

Pembukaan event tu Kak Elly ke depan untuk memperkenalkan produk Fame Cosmetics kepada semua tetamu yang datang malam tu.. Kak Pilla duduk tepi tepuk tangan and amik video je muahahahhaha.. pastu kena tolak suruh sampaikan hamper.. hahah.. now kena berani ke depan untuk bercakap, kitorang banyak belajar perbaiki diri, belajar untuk berdepan dengan orang ramai, belajar untuk ke depan jumpa orang sana sini.. experience yang bagus jugak sebab lama-lama dah kurang sikit rasa takut dan dapat bina confident dalam diri..

Gelap ler pulak.. Kak Pilla sampaikan hamper kepada pemenang cabutan bertuah malam tu.. Ko tak tau, kaki sakit gila dah lama tak pakai heels... keluar dari event tu.. aku bukak kasut jalan kaki ayam pegi kat kereta T___T Elly terus 'omg Filla, dasyat betul perangai pengasas jalan kaki ayam'  Kaki aku sikit lagi nak cramp asyik terjongket je berjalan huahhhhhhh..


Esoknya pukul 8 pagi dah keluar dari hotel.. breakfast nasi kerabu kat area dekat-dekat situ sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Kemahang 1.

Silapnya event ni buat hari Ahad.. Kelantan kerja hari Ahad huhu lupa plak.. tapi takpelah ramai jugak yang datang... Kalau tak lagi penuh dewan tu sepatutnya.. ramai jugak yang mengadu kenapa buat kat Tanah Merah? Kenapa tak buat kat Kota Bharu... ramai rupanya orang Kota Bharu yang nak datang tapi jauh sangat huhu.. Takpe ada rezeki kita turun lagi Kota Bharu ye.. Banyak lagi tak shopping kat Pasar Siti Khadijah tu.. Eh? hehehe.

Seronok orang Felda Kemahang ni bermakeup dan cuba Fame Matte Lip Cream and Fame BB Cushion :)

 Alhamdulilah satu pengalaman yang menyeronokkan dapat turun sama-sama untuk perkenalkan Fame.. InshaAllah kita turun lagi ke negeri-negeri lain pulak lepas ni ok?

Sampai rumah terus meluru ke gate rumah nak jumpa anak-anak.. sampai je kat pintu terus Kak Pilla jerit.. Ichaaaaaaaaaa rindu mama tak? Kelam kabut dia salam, mata tak pandang pun aku.. berlari dia kat gate jerit-jerit "Papa Papa Papa!!!!"

OMG ko rasa nak amik pisau tikam dada sendiri ke apa ni?  Helloooooooooo??? Aku terkebil-kebil kot kat tepi pintu.. dia lari terus pegi kat papa.. peluk papa tak ingat punya... Eh tekanan jiwa aku tau.

Pastu malam tu jugak Kak Pilla bagi kat budak-budak ni kaftan sorang satu..


 Hahahah Icha suka gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa kaftan ni tolonglahhhh.. aku plak bijak beli sehelai je untuk dia haritu.. hari-hari ya dia pakai ni.. basuh cepat-cepat sidai supaya malam karang dia nak pakai dah kering T__T  menyesal tak beli lebih..

Sebab dia rasa kaftan tu terlalu cantik, terus cium-cium mama... Mama ni comel lah.. mama ni cantik lah.. mama ni pandai lah.. Sudahlah... lakonan semata-mata..*matakeatas*

Kepada orang-orang Kelantan, terima kasih daun keladi untuk experience berharga buat kami Team Fame Cosmetics.. Doakan kami berjaya dan nama Fame Cosmetics terpahat di hati semua ;)

 Oklah, nanti sembang lagi ok? ai is very the busy today.

Bye.


Love, 
Filla.

Tuesday, November 08, 2016

Wangi angat kitew arini :)

Lama nau kisah Lobster kau pilla.. sila move on hehehe..

Ok lah kita citer lain pulak ye... Haritu birthday kita tu, kita dapat surprise lagi.. Moon datang rumah kita siap bawak helium balloon tulis happy birthday.. hahaha kesian Moon siap bawak baloon masuk dalam kereta kena tutup tingkap takut belon dia terkeluar pulak hahah..

Masa Moon sampai tu Kak Pilla ada kat atas.. budak-budak semua jerit-jerit "Mama, Auntie Moon datang".. Aku pun turun.. tengah turun tangga tetiba semua jerit Happy Birthday kat bawah tangga hehehe.. Sweet angat ni.

Thanks Moon susah-susah je..

Kat tangga je gambar terang.. umah aku ni semua tempat gelap ala romantik hahahah 

 Thanks bawak donut for thekasihs.. licinnnn.. mak dia telan ailio je.. diet pilla diet..

Moon datang tu actually sebab nak menghantar Perfume Dr. Halina and Dr. Sheikh angkasawan tu.. Kak Pilla order dengan Moon sebab Moon tu stokis produk ni.. Kak Pilla ni memang ada satu perangai suka kumpul perfume dan sayang semua perfume yang dah collect tu :)

Perfume yang mahal-mahal selalunya pakai waktu weekend ke.. atau ada benda-benda yang special sikit.. sebab tu perfume ai tahan lamaaaaaa hahahaha.. Perfume yang murah sikit selalunya tibai pakai buat belasahan pegi kerja.. Kak Pilla pulak tak suka nak spray banyak-banyak macam orang spray nyamuk.. Cukup letak kat nadi tangan tu rub-rub gitu.. letak kat leher sikit rub-rub.. sebab kalau banyak-banyak pening lalat jadiknye..

 Syoknyeeee... pagi tadi dah rasmikan.. dalam kereta sebelum masuk office spray sikit.. harummmmmmm sedap bau dia tak nyesal beli.. Lembut je bau dia takde lah menusuk-nusuk hidung tu i don't like.

 Satu botol tu 30ml.. Pink tu for women and black tu for men gittew.. Harga pun memang masuk akal sebab RM49 je satu.. belikan untuk Pak Radie sekali.. Dia tu, kalau perfume dia dah habis, senyap-senyap pakai haku punya.. yang mahal pulak tu.. Kak Pilla jeling je tengok perangai dia.. Hari tu balik dari Bali dah belikan dia perfume kat airport.. yang tu mahal, jangan pakai selalu ye.. kalau nak pakai gi keroje hari-hari boleh pakai INSPIRE for men ni sajer.. kalau habis, i belikan lagi 10 botol ;)

Comel kan? senang bawak gi travel sebab comel dan senang campak dalam handbag nak kesana sini.. Bau INSPIRE for men pun sedap.. bau lelaki sejati gituh.

 Pueh hati den dapat perfume best tapi murah hehehe.. 

Kalau korang nak beli untuk diri sendiri or for gift ke boleh cari Moon ya.. Whatsapp je:

Moon 
011-39990764

IG
moonpunyershop (perfume)
moonpunyerblog (personal)

FB
https://www.facebook.com/perfumeDrSheikh/


Thanks Moon, nanti Pilla repeat order ye..



Love, 
Filla.