About Me

Thursday, September 29, 2016

Hi orang Melaka ;)

Hai awak ;)

Saja kite nak ingatkan awak-awak semua... Kita join exhibition kat MITC Melaka hari Sabtu dan Ahad ni.. Kite ada jual Fame Matte Lip Cream (Limited Edition) jugak tau.. Meletops you all colour dia hahahaha.. So siapa nak turun Melaka jom kita jumpe kat Melakeeeeeee..

See lawa meletop ke tak dua colour Limited Edition kite? Kiri Topaz dan kanan tu Glam.. Pergh so sexy like vampire :)

Semalam event dengan makeup retis tersohor tanah air semua suka gila warna-warna Limited Edition ni.. diorang kata siapa pilih kak? Lawa meletops you all.. terus kembang kempis hidung Kak Pilla hahaha.. dan diorang suka Fame sebab Fame ni matte tapi tak kering gila macam sesetengah matte lip cream diorang kata terlalu kering.. Fame ni just nice kata diorang.. wow sekali lagi Kak Pilla hampir meletop kegembiraan ;)

Dan diulang sekali lagi bahawa Limited Edition ni tidak akan dijual lagi sekiranya stok dah licin ya.. so penggila fame tegar jom beli jadikan collection ;)

Bukan itu sahaja, masa exhibition kat Melaka ni kitorang akan jual Fame BB Cushion jugak.

 Fame BB Cushion is the best sila percaya.. Kitorang dah tak kuasa nak pakai segala foundation hahaha.. sebab Fame ni packaging dia compact, ada cermin.. tepek-tepek je siap meletop hilang segala bintik-bintik hitam dan cacat cela.. why pay more? hanya RM55 sahaja dik non.. Ada 2 code ye, Fair dan Natural..

Bukan itu sahaja.. 7 warna Fame Matte Lip Cream tetap ada juga di MITC Melaka nanti.. Sila bawak duit siap-siap borong jangan tak borong dik... Nanti menyesal..

 Bukan tu je.. Of course Ellfie Beauty juga akan dijual di sana.. Ramai suka datang booth masa exhibition untuk beli Ellfie tau.. So siapa yang nak cuba skincare Ellfie Essence, nak try Ellfie Gold Serum, nak beli cleanser and toner je, day or night cream yang dah nak habis? Jom jumpa kita kat MITC Melaka ok?  

Shopping Bag ni kita akan jual dengan harga tak masuk akal jugak ok?

Kot-kot kita rasa bermurah hati nak bagi free kat pengunjung terawal hahaha.. so mari datang ramai-ramai ok?

Jumpa kat sana!!



Event: Mood Republic Tour Melaka 2016

Venue: MITC Melaka
Booth: 075
Date: 1 - 2 October 2016
Time: 10.00 a.m - 12.00 a.m.





Love, 
Filla.

Sunday, September 25, 2016

SLEEPING WITH THE SHARKS.

Haritu Kak Pilla bawak anak-anak pegi Aquaria KLCC.. Boleh tengok macam-macam kat dalam tu.. ada macam-macam jenis fish, ada sharks, octopus dan macam-macam lagi yang pelik-pelik dan menarik kat dalam tu.  Masa tu lah berderet-deret soalan anak-anak kita.. Especially Aleesya dengan Amaani.. Anak-anak bawah 6 tahun ni memang suka berimaginasi dan semua benda dia nak explore dan nak tahu.. 

Kenapa sharks besar? kenapa gigi dia tajam? kenapa ikan ni rupa dia lembik-lembik (obor-obor) kenapa ikan tu warna camni? Kenapa fish tinggal dalam air? Fish makan apa? Layankan jelah walaupun beratus-ratus soalan dia.. sebab anak-anak yang sibuk nak tahu macam-macam ni maksudnya otak dia sedang berkembang ;)

 Mestilah anak-anak nak tau macam-macam.. bukan selalu dapat tengok ikan macam ni hehe.. Selalu tengok dah jadi lauk dah tinggal nak masuk mulut je hehehe..

By the way, Scott's baru je launch Scott's® DHA Gummies nie yang berlatar belakangkan hidupan dalam air.. Sukaaa sangat sebab anak-anak pun excited nak makan gummies ni.  Berapa banyak DHA yang ada dalam 3 biji Scott's® DHA gummies? Ada 40mg DHA untuk 3 biji (satu hidangan setiap hari)  Sebab tu now tak miss bagi anak-anak sorang 3 gummies sehari.  Hari-hari anak-anak minta gummies ni which Kak Pilla pulak sekarang ni kena kawal, kalau tak habis sebotol ni sehari hahahah.. Diorang suka sebab ada macam-macam shapes (octopus, fish, crab) dan langsung takde rasa hanyir dari ikan.. Dua-dua perisa (strawberry dan orange) ni ada kat rumah.. kena sorok sikit sebab diorang pantang nampak.. melampau sangat nak makan 20 biji sorang huhuhu.. Sebelum makan Kak Pilla akan explain sikit-sikit kat diorang.. Confirm dia tak faham kalau kita cakap tentang DHA hahahah.. So Kak Pilla cakap siapa makan Scott's® DHA gummies ni nanti otak akan jadi bijak.. kemain bergaduh memasing nak jadi bijak hahaha.. Packaging dia pun comel je sebab tu anak berebut haihhhh lahhh.. 

Ni Kak Pilla nak tanya you all... Anak-anak nak tak sleep with the sharks kat Aquaria KLCC?  Bukan senang nak dapat peluang ni, Kak Pilla yakin kalau diberi peluang ni untuk anak-anak, confirm akan menjadi experience paling indah untuk mereka.. Boleh tidur dengan sharks for 24 hours tau kalau join contest ni ;)  Bukan itu saja, para ibu juga bakal memenangi shopping voucher AEON bernilai RM100!

So apa perlu kita buat kalau nak menang contest Sleep with the Sharks dan RM100 shopping voucher AEON ni?  Mudah je.

1.  Suruh anak anda lengkapkan ayat "If I could sleep next to a shark, I will ask Mr. Shark....." (in less than 25 words) dan guide anak anda untuk lukis shark yang sedang happy di atas sehelai kertas.

2.  Snap gambar lukisan anak anda dan post di ruangan komen FB tersebut berserta ayat tersebut.

3. 10 ayat yang paling kreatif akan memenangi a pair of tickets untuk merasai sendiri experience "Sleep with the Sharks" dan ibu akan memenangi RM100 shopping vouchers from AEON.

Contest ni bermula 19 September until 7 Oktober 2016 ye.

Untuk maklumat lanjut tentang contest ini sila layari :



atau klik sini


Good Luck Mothers and Kids :)





Love, 
Filla.

Wednesday, September 21, 2016

HUAWEI P9 KUALITI GAMBAR SETANDING DSLR.

Zaman sekarang semua dihujung jari.. Semua orang ada social media untuk share gambar, share cerita, share status.. dan semua orang akan tengok gambar kita, baca status kita dan ambil tahu tentang kita.. dan kita pun sama jugak tengok gambar orang lain dan baca kisah orang lain.

Dunia dah berubah, zaman canggih ni semua orang nak handphone canggih, nak camera canggih supaya upload gambar kat social media pun best je ;)  Kak Pilla terus terang tak tau sangat pasal gadget-gadget ni.. Kalau cari phone, Kak Pilla cuma nak yang camera phone dia gempak dan nak yang memory dia besar.

 Dah lama usha Huawei P9 ni sebenarnya.  Harga sangat affordable dan paling terror ialah camera dia hehehe.. Sebab apa camera dia canggih??? sebab Huawei P9 ni partnership dengan Leica.  Hoi Leica kottttttt!!! Kamera Kak Pilla yang compact tu pun lense Leica sebab semua orang tau camera yang lense Leica ni memang thorbaekkk gamba dia.. 

Masalahnya kemalasan melamapui batas.  Penat nak usung phone lagi, nak usung camera lagi.. Now selamba je gi vacation ke gi event tak perlu bawak camera.. Huawei P9 yang menggunakan camera Leica ni dah cukup gempak dah gambar ;)  2 in 1 gitu.. so, bye camera compact heheh.. 

Cantik kan? Simple, tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.. Design very sleek dan mudah dipegang.  Kak Pilla suka jugak dia punya apa tu kita panggil? Apps ke icon yeh yang appear kat screen tu.. semua kaler gold-gold silver nampak wow sangat.. 

Rekabentuk dia pun ada kelassss gitu.. nipis, kemas dan nampak exclusive.. Huawei P9 ada tawarkan 6 kaler yang ko boleh pening kepala ye nak pilih warna apa semua lawa.

 Tengok tu ada dual camera situ.. Gempak gils kan?  Huawei P9 ni captures gambar memang sangat cantik sebab dia ada dual camera.  Satu camera RGB (gambar berwarna) dan satu lagi camera tu monochrome (hitam putih).. Bila snap dua camera ni akan bergabung untuk jadikan gambar tu meletop cantik kebabom.

Camera Huawei P9 ni 12 megapixel ya kengkawan.. dan paling best front-facing camera dia untuk selfie ialah 8 megapixel.  Pastu kalau nak selfie dengan lowlight takde masalah sebab front facing camera dia boleh capture dengan baik.. Kalau compare dengan phone lain yang Kak Pilla pakai, front-facing (selfie) camera dia tak cun muahahahhaa.. 

 Testing 1,2,3.

 Hahah sorry jakun kejap hehe

 Ok cukup lah 3 keping walaupun ada dekat 10 keping yang i snap.. hahaha ok tipu.

Oh ya, pakai apa-apa smartphone ni paling penting ialah camera phone dia betul tak? hahah sila jangan tipu.

Nah i payung satu gambar ni.. Hoi lawa gila ok.. sedangkan ni snap dari sebalik glass window, sebab takut nak hulur tangan keluar tingkap kalau jatuh phone ni menangis kang.

Tak cukup, meh payung lagi satu gambar.

 Inilah kehebatan Huawei P9 yang ada dual lens.. Hebat terpegun tengok gambar.. Hanya dengan smartphone korang leh amik gambar yang sharp dan belakang dia blur-blur gitu.. sebijik macam kualiti gambar yang diambil dngan DSLR.. Gedabak jenuh nak usung.. sila usung Huawei P9 ni sama hebat ok.

Dengan Huawei P9 ni dia ada 3 film modes iaitu Standard, Vivid dan Smooth Colours.. so korang leh main-main dengan phone dah setting macam-macam untuk dapatkan gambar yang menarik..

 Huwaa cantik kan? Sorry terpayung banyak pulak gambar sebab ai over excited hahahah

Inilah namanya bokeh.. Aku ni tak reti apamende bokeh bokeh ni?  Tanya Pak Radie.. dia cakap bokeh tu yang jenis gambar kita clear.. tapi background tu dia ala-ala blur.. wowww nilah yang dari dulu Kak Pilla cari camera macam ni, baru nampak professional nak ootd ke apa.. rupanya tak yah beli camera besar gedabak.. Huawei P9 pon boleh you alls...

Photographer : Mak Kasih.

Gempak kan????? Siapa suka smartphone yang kualiti gambar seakan-akan diambil dengan menggunakan DSLR, Kak Pilla recommend korang beli Huawei P9.. See? Mak Kasih snap pon ala-ala professional photographer gittew heheheh..

Kalau masih tak caya, boleh tengok video ni yang Malaysia Kini buat...

https://www.facebook.com/MalaysiaKini/videos/10153723002640906/

korang akan nampak memang besar perbezaannya gambar-gambar yang diambil oleh Huawei P9 ni.. dalam post tu ada link yang korang boleh ambil, nanti diorang bagitau smartphone apa yang sesuai.  So kaki-kaki selfie ngan photography ni cuba cepat.. heheh tau-tau beli juga phone baru kan..hahahah

Beli 32GB tak sampai RM2k.. so apa lagi pegi serang.. Pegi vacation bawak phone ni gambar meletop dikkkkk hahahahah..



Love, 
Filla.

Tuesday, September 20, 2016

BERMULA DARI BAWAH.

Rasanya korang dah baca entry Kak Elly pasal "New Office" tu kan.. Terharunya rasa bila office baru ni dah siap.. Actually masih ditempat yang sama tapi kita buat renovation sikit sebab sebelum ni office tonggang langgang dan belum sedia nak gunakan modal yang ada untuk renovation office.. Kita rolling modal untuk benda yang lebih mustahak dulu baru boleh proceed ke office idaman heheh

Kalau korang baca blog ni, blog elly and blog peej.. sure korang dah tau cemana mulanya kitorang kenal.. Kalau ada yang tak perasan.. aku kawan dengan Elly sebab dia beli frame aku (masa tu aku and Pak Radie buat business frame) dia tempah sekali 6.. kitorang berurusan through email je rasanya.  masa deliver frame pon aku tak turun dari kereta sebab hujan.. So Pak Radie je turun.. aku nampak kelibat Elly terus rasa dalam hati "lawa gak pompuan ni" hahahha.. pastu aku email dia balik say thanks ke apa aku tanya if dia ada blog ke?. memalu dia bagitau blog dia Ellyinwonderland... Terus aku baca dan boleh tahan muka lawa tapi otak gila.

Peej pulak aku baca blog dia bila ntah.. Pastu nak try tabita.. so aku beli dan pick up dari dia.. Macam tu je kenal.. Basically kitorang bertiga memang ada business masing-masing sebelum start Ellfie dan Fame.  Aku start business kecik-kecik pulak lepas tu jual smurf, jual pants dan lain-lain dengan Elly.. Pastu ke Guangzhou jual baju-baju.. dan lepas tu ada keluarkan cardigan kitorang sendiri dan baju kurung untuk ibu dan anak-anak.. Lepas tu stop.. Aku berniaga shawl pulak dengan Peej.  Elly masih kerja di tempat lama.  Sampailah kitorang tubuhkan Ellfie Beauty dan diikuti dengan Fame Cosmetics.  Alhamdulilah semua bergerak laju mungkin juga dibantu dengan pengalaman masing-masing berniaga sebelum ni menjadikan perniagaan ni sedikit mudah.. Nampak mudah tapi effort dan ketahanan mental dan fizikal serta sokongan keluarga dan kawan-kawan tu penting jugak.

Bantuan dari suami-suami masing-masing pun penting.. Alhamdulilah Pak Radie banyak membantu dari segi design.. Baik design office mahupun design untuk Ellfie dan Fame semua Pak Radie banyak tolong.  Win suami Elly banyak bantu dari segi pelancaran business sebab Win banyak knowledge dalam bidang business.  Suami Peej, Ben banyak bantu dari segi moral support gitu.  

Gambar atas tu diorang melepak kat office.. kat Bean Bag kesayangan Peej pulak tu hehehe.. 

Ini hari pertama kitorang pegi tengok kedai untuk disewa kat Setapak.  Kosong takde apa.. Tapi kitorang dah tak boleh bekerja dari rumah Peej.. Kesian kat dia rumah dah macam kilang hahahah.. Nak ada office ni banyak benda kena fikir especially expenses.. Dah tentu akan bertambah.. bil letrik, bil air, sewa monthly.. pastu maju sikit amik pekerja.. sorang.. lepas tu tambah lagi dan lagi.. Alhamdulilah pelan-pelan kitorang merangkak.  

Setelah lebih dari setahun baru mampu sikit nak buat renovation kat office.  Dari mula design dan buat semua ni Pak Radie handle.. Kalau harap kitorang ni, kitorang tau nak cantik je.. Nak buat macamana tu semua serah kat dia.. Pepandai lah dia nak buat bagi cantik dan sesuai citarasa kitorang bertiga.  Kesian jugak kat dia sampai ke malam dan korbankan hari cuti memerap kat sini.. Masa kitorang pergi Bali dia cakap nak surprisekan kitorang bila balik dari Bali.. Dia memang suka surprise-surprisekan orang ni hahahha.. Ingat dulu aku balik dari mana ntah.. tetiba masuk rumah wow rak kat hall dah siap.. rasa nak lompat-lompat gembira hehehe.. 



 Rasa happy dan sedih sangat.  Penuh frame ada muka kitorang bertiga.. Tetiba perasan ada 3 selipar jugak kat situ.. wow kemain lagi dia hahahhaha.. Kitorang berharap apa yang kitorang usahakan selama ni akan berhasil dan semakin maju lagi walaupun ekonomi sekarang meleset tapi kami perlu tabah lalui semua halangan tu.. Doa ibu bapa mengiringi perjuangan kami InsyaAllah.  

Walaupun buat masa terdekat ni aku tak dapat nak join Peej and Elly kat office ni.. InshaAllah siapa tau soon aku akan ada disini bersama-sama dengan diorang jugak.. Pak Radie ada buatkan meja kecik untuk aku jugak kat dalam ni hahahahahha.. kalau sempit nanti nak duduk atas pangku Peej je hahahah.. for now aku bekerja dari jauh je menjaga stokis dan agent.  Stokis dan Agent adalah orang paling penting membangunkan Ellfie dan Fame.  Sebab tu relationships dengan stokis dan agent kena baik.. sebab sama-sama saling memerlukan untuk memajukan lagi perniagaan ni.  Jangan kedekut untuk reward usaha mereka.  Kitorang selalunya reward diri kitorang bertiga dengan makan sedap-sedap je ahhaha.. dan reward terbaru pegi vacation ala princess ke Bali.. tu nanti cerita ;) Hati dan kebajikan staff pun kena jaga juga, rezeki yang ada tu kita tak leh tamak, kena share dengan orang lain juga.  Tapi ada batasnya juga hubungan majikan dan pekerja kena saling menghormati supaya suasana kerja tu aman dan gembira je ;)

 Tak sangka Pak Radie ada framekan article atas ni.. Terus rasa sebak je dada ni.  Siapalah kitorang ni? Bermula dengan blogger biasa dan now ada business bertiga yang kami mulakan dari kecil-kecilan je.  Aku, Elly dan Peej ada impian yang menggunung.. Nak bahagiakan keluarga, nak selesakan taraf hidup di zaman yang semua mahal ni.. InshaAllah akan usaha lebih gigih lagi.

Support dari anda semua sangat kitorang hargai.. Alhamdulilah Ellfie Skincare pun diterima baik satu Malaysia.. Fame pun dah mendapat tempat di hati semua orang.. Sebut Fame je ramai yang kenal brand ni.  bukan senang nak pahatkan nama kita di hati dan minda orang.. Tapi takde benda yang mustahil selagi kita berusaha.

 Suka sangat design ni.. Cozy dan memang jiwa kitorang sangat.

 Ni lah kaki designer kita dan tukang merealisasikan impian kami.. Thanks Pa sebab walaupun garang tapi deep inside kitorang tau dia sayangkan Ellfie dan Fame sangat-sangat.  Sentiasa support kitorang.. Wow ucapan untuk laki terlebih sikit muahhahaha.. 

Terima kasih sangat-sangat atas doa dari semua yang nak tengok kitorang berjaya.. Doakan kitorang akan lebih maju dari sekarang ya..




Love, 
Filla.

Friday, September 09, 2016

BUDAK DEMAM.

Semalam punya cerita.  Kasih demam kat sekolah :(

Hari sebelum tu balik sekolah dia cakap jugak kepala dia pening.. so malam tu dah bagi dia makan panadol sebiji.  Esok pagi pegi sekolah dia cakap kaki dia berat.. macam tak selesa.. aku rasa dahi dia ok je takde apa.. so pesan kat dia, kalau kat sekolah tetiba demam ke apa, pinjam phone cikgu call mama ok?

Kul 10.00 pagi kot cikgu call kata dia muntah-muntah kat sekolah.. Hmmmm.. laju-laju settlekan kerja pastu terus gi sekolah amik dia.. dahi panas.. terus bawak gi klinik.

Park kat tepi jalan klinik P9 tu.. pastu jalan sikit nak ke klinik tu.. Aku jalan depan.. tetiba tersadung jalan tu tetiba plak tinggi sikit.. nasib tak jatuh, tapi melompat jugak ke depan.. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa malu.. Kasih jalan belakang terus lari ke depan.. "Mama ok? sian mama.. sakit tak??? tulaaaaaa mama jalan laju tak tengok bawak, kan dah sakit?" pastu aku buat lah tepuk-tepuk kaki tu sikit buat muka macam auuuuw sakitnyaa.. sebab depan aku ada orang dalam kereta.. mesti dia tengok.. nyampah.

Kasih ni jenis hati jelly.. Asyik tanya je mama ok ke? "Mama ok, tapi mama malu orang dalam kereta tu mesti nampak mama melompat ke depan".. Terus dia sengih.. "Eishhhh mama niiiiiiiiiiiiiiiiiii"

 Tapi pastu dia senyap.. turn lama nau nak jumpa doktor.   Panas sangat sampai keluar air mata :(

Doktor check and tanya bila start demam? muntah tak? check paru-paru ok clear.. Doktor kata lepas 3 hari kalau demam tak baik, dtg balik amik darah.  Yelah skrg banyak nau virus memacam, so scary.

Pastu cakap kat dia "Mama hantar Kasih balik rumah ye? boleh makan rehat, tido terus kat umah"  "Alaaaaaa nak ikut mama pegi office, nak beli makanan kat kedai makcik masak lemak tu"  Huh budak-budak memang suka ikut mak pegi office kan? Ok lah jom ikut mama kita terus gi beli makanan.. Dia tanak banyak lauk.. dia letak siput sedut je 5-6 ketul.. Eh tak sampai hati apa ni lauk tak amik? Tanya dia nak ikan keli? dia angguk.. so amikkan.

Anak je makan, takkan mak nak pandang.. beli lah sekali makanan mak kau hehehe.. sebab aku selalu skip lunch.. tapi this time kenot, Kasih lah ni.

 Demam pun selero hahahahah.. sama macam mak kau nak.  Kasih suka siput sedut.. licin ye dia makan.. 

 Suruh dia posing nak send gambar kat apak dia.. terus pose idong kembang.  Kalau dia tau idong kembang dia masuk blog mampos aku hahahhaha

Tengahari hantar balik rumah.. suruh dia mandi tido.. Aku jenguk dia tido dalam bilik, memula tido kat katil Amaani.. pastu tengok dan baring kat lantai.. sian pulak budak ni.. 

Petang suruh dia turun bawah baring kat bawah biar selesa luas sikit.. panas gila kepala dia.. takut aku.. aku masak kat dapur, minta bibik amik kain basah letak kat kepala Kasih.. Apak dia balik amik kain letak celah ketiak.. 

Tanya gak selera nak makan apa? Mama masak.. dia cakap tak nak, tak tau.


Since dia pon tak tau nak makan apa, aku masak jelah apa-apa pun.. Gorengkan ayam drumet sekali.. Icha dengan Amaani yang makan banyak hehehe.. Masa makan Kasih baring je tengok tv.. dia tak nak makan..

Lepas tu dia request nak milo sejuk dengan biskut kering gula tu.. Ok buatkan kat dia.. tengok habis semua ;)

Pastu kitorang baring sama-sama.. Kasih baring sebelah aku.. Amik vicks picitkan kepala dia.. "ahhh sedapnye mama".. baru 2-3 minit dia cakap "Takpelah mama, kesian mama penat".. 

Seriously aku ni tak reti nak manja-manja.. dengan anak sendiri pun 'keras' jugak.. hahaha.. Tapi Kasih tak macam tu.. dia suka peluk-peluk, manja-manja, emo semua dia lah hehehe.. terus dia peluk.. "mama peluk lah kasih".. eh tetiba sedih pulak.. terus peluk dia.. picit-picit lengan dia.. terus rasa macam dah besar dah kasih.. 

Dulu aku rasa rapat dengan Amaani.. Tapi sekarang ni rasa Kasih pulak paling rapat.. Masa sakit dia jalan pegang je tangan aku ni.. pastu kalau aku menangis dia akan datang peluk dan nangis sama-sama.. "mama janganlah nangis, dah lah tu mama".. pastu aku suruh dia keluar tinggalkan aku sorang.  Lama sikit lagi dia datang lagi "mama jom makan, mama tak makan dari tadi kan? nanti mama lapar".. Ok sebenarnya hati aku tersentuh tapi aku kalau sedih aku tak suka ada siapa-siapa datang dekat aku.. so semua orang akan faham dan takde sapa datang dekat.  Gila saiko sangat mak kau. sampai hati aku dah puas, baru aku akan act macam biasa dan ceria.  

Harap Kasih jaga mama sampai bila-bila.. walaupon Kasih dapat mama jenis hati tak jiwang, hati tak lemah lembut, hati macam keras, tak reti peluk-peluk, tapi Kasih tetap suka peluk-peluk mama.. tetap concern kalau mama sedih, tetap risau kalau kaki mama tersadung dan nak tersungkur.. kalau mama sakit, muka Kasih jugak yang doplohpat jam datang tanya mama ok?  Kasih lah yang rebut-rebut nak jalan dengan mama, rebut-rebut nak duduk sebelah mama, rebut-rebut nak pegang tangan mama.. Adik-adik tak gaduh pun nak pegang hahahahahah.. 

Adalah jugak perangai Kasih ni kadang menjawab.. kadang suka cakap slow sampai tak dengar kalau menjawab.. Hoiii naik hantu aku hehehehe.. suka pusing mata ke atas.. tapi hati dia baik.. dia jenis penyayang dan suka ambil berat.. Kasih rapat dengan aku sampai Pak Radie cakap "mengada manja sangat.. sama macam mama mengada-ngada" mihmihmih.. sibuk je papa tu. 

Jap lagi nak balik tengok budak demam.. I love u Kasih.




Love, 
Filla.

Wednesday, September 07, 2016

HIJRAH DAH ISTIQOMAH.

Now hangat isu Uqasha dan Safiey.  Hangat sebab diorang berdua tu semua orang kenal.. Sebelum ni Kak Pilla just baca je lah apa yang viral kat social media tu.. Tapi terkesan di hati juga sebab sedihlah kan.. Hidayah tu bukan senang kita nak dapat..  Sesungguhnya kalau kita dapat hidayah tu tak ternilai harganya.. Tapi sayang atas sebab-sebab tertentu, hidayah tu hanya sementara.. Sebab tu istiqomah tu penting, mohon Ya Allah tetapkan hatiku.  Godaan-godaan ni semua tolak ke tepi tahan nafsu, tahan godaan.  Tapi godaan makan ai kenot, ai pasti tumpas heheh..

Banyak lah yang bersuara supaya mereka berdua kembali seperti dahulu.. maksudnya sorang kembali bertudung dan sorang lagi kembali menjadi lelaki sejati.  Termasuklah Da'i Wan, Heliza Helmi dan ntah sapa-sapa lagi.. Tapi dalam banyak-banyak tu, aku tersentuh dengan kata-kata Raisyyahrania / Felixia Yeap.


Cuba baca dan fahamkan betul-betul apa yang Raisyyah Rania cuba sampaikan ni






Ayat dia lembut tapi tegas.  Tak merepek-repek dan very clear.  

Semoga kau, aku dan mereka terus istiqomah.  Berhijrahlah kerana Allah, bukan kerana manusia.





Love, 
Filla.

Monday, September 05, 2016

MARIGOLD YOGURT DRINK DANCE

Baru-baru ni Kak Pilla dapat invitation untuk datang ke Sunway Pyramid dan lihat sendiri "How Do I Look Asia which Official Beverage Sponsor ialah Marigold Yogurt Drink.

Ada few activities menarik disediakan pada haritu termasuk yang dinanti-nantikan ialah Zumba hehee.. So mari kita pakai pakaian yang selesa ;)

Wow sana sini ada sign How Do I Look Asia ni.

Kak Pilla sampai awal so acara belum bermula lagi.. 

Wow mirror selfie hehehe

Ada contest kat stage tu sebenarnya.. Semua peserta tu kena buat #MarigoldYogurtDrinkDance.. Ada budak kecik umur 4 tahun menari jugak.. Comellllllllllllll sangat hahahha.. kita yang tengok ni pun rasa nak joget sama sebab step dia fun dan buat kita rasa nak dance ;)

Adik baju hijau ni yang paling comel hehehe kemain lagi dia buat #MarigoldYogurtDrinkDance

Ni ada peluang baik untuk you all join contest jugak.. Caranya mudah je jom tengok step:

1. Upload #MarigoldYogurtDrinkDance video di Facebook dengan hashtag  #MarigoldYogurtDrinkDance dan pastikan post anda tu tak private ya.. setkan viewable by the public.

2. Share video link anda di ruangan komen Facebook Marigold sebelum 18 September 2016.

3.  Jangan lupa click button LIKE di Facebook page MARIGOLD Yogurt Malaysia untuk update terbaru ya.

Weekly winners akan berpeluang memenangi grand prize "RM1000 shopping gift card @ Zalora" memang sedaplah dapat shopping free hehehehe..

Sebelum tu nak tayang Marigold Yogurt Drink kiter heheheh.. Favourite i dah tentulah Strawberry and Mango.. Tapi letak kat rumah berebut dengan budak-budak.. Tensi akak.. tuang banyak-banyak dalam botol minuman dia.. terus bawak ke depan main basikal.. minum sikit-sikit lah nanti cepat habis hahaha..

Ok jangan lupa ya minum Marigold Yogurt Drink 0% Fat and 0% Cholestrol.. dibuat dari jus buah sebenar yang kaya dengan Kalsium.. Rasa dia nyummmehhhh ;)

Visit https://www.facebook.com/MARIGOLDYogurt.MY/ untuk maklumat lanjut.



Love, 
Filla.

FAME MATTE LIP CREAM LIMITED EDITION DI PASARAN HARI INI.

Finally Fame Matte Lip Cream Limited Edition for Autumn Collection 2016 dah berada di pasaran.

Berdebar nak tunggu 'baby' ni keluar.. Pihak HQ baru distribute to stockists and agents pun diorang asyik non-stop restock.. Belum jual lagi kot masa tu.. Alhamdulilah Limited Edition ni 2 warna terbaik yang kita bawakan untuk peminat Fame Matte Lip Cream (FMLC)

Dua colour terbaru (Glam dan Topaz) yang modern dan bersesuaian dengan Autumn mood.  Packaging kali ni pun kita spend more supaya nampak cantik dan meletop ;)  Untuk dua warna ini hanya terdapat di dalam set Limited Edition sahaja dan kita takkan jual loose ya.. Once set ni habis di pasaran.. korang tak boleh dapatkan lagi.. So better grab sebelum sold out.

Jom tengok warna Limited Edtion yang model-model ni pakai.. Kita saja pilih 1 model berkulit cerah dan 1 model berkulit hitam manis ;)  Tapi you all kena tahu ya, setiap bibir berbeza sebab tu kita rasa macam orang tu pakai jadi warna lain? kenapa kita pakai jadi warna lain? pertama sebab bibir kita ada yang gelap semulajadi.. ada bibir yang memang pink sebelum pakai apa-apa pun.. so kaler akan jadi lain disetiap bibir ;)

Left: Glam
Right: Topaz

Topaz

 Glam

Packaging yang menarik sesuai untuk dibawa kemana-mana.. Kalau macam Kak Pilla memang akan bawak sekali dalam set macam tu.. campak dalam makeup bag :)

  

Kalau nak tengok di kulit boleh refer gambar di bawah.

Ni kulit tak berapa cerah ye.. So dia akan jadi kaler ni.. 

FMLC Limited Edition mula dipasarkan hari ini dengan harga RM70 dan postage RM6.. So you all boleh dapatkan dari Stokis dan Agent kami yang sah ok?  Nak jimat boleh beli lebih dari satu set so jimat duit postage :)

Follow kami untuk maklumat terkini:







Love, 
Filla.