About Me

Wednesday, July 27, 2016

ENTRY UNTUK ADIK MANJE...

Kenapa Adik Manje? Sebab anjer-anjer sangat you all ni.. Kak, kaler Nude camne kaler dia? Kak saya sesuai ke pakai code Violet? Kak kalau kulit cerah ok tak Gossip tu? Kak oooohhh Kak... Rupanya Kak Pilla dah pitam.  Heheheheheh.. tapi takpe, Ahkak sedia melayan permintaan you all semua don't worry adik-adik anjer... Ni akak bagi contoh-contoh di bibir-bibir model dan celebrity kita ok? Wowwww celebrity pakai Fame Matte Lip Cream ke Kak Pilla??? Of courseeeeeeeeee ye hahahah.. Meletop pom pom pommmmm terus korang akan feeling celebrity jugak hahahahaha..

Jangan nak keji kata orang lawa pakai mestilah lawa.. Retis pakai mestilah lawa... Jangan lurus sangat dik.. Ahkak just nak tunjuk code colour sahaja supaya adik-adik boleh imagine warna tu bila di apply kat bibir diorang ni semua ;)  Murah, cantik, long lasting, tidak mengeringkan bibir, easy to apply, matte finishing, masa apply lembut licin je.. once dia kering.. terus jadi matte.. berbau harum (seperti bubble gum) masa apply..mudah dibersihkan..berkualiti eh semua nya lah.. Bukan kita yang cakap ye.. Ni semua feed back dari customer Fame Cosmetics sendiri.. 

So mari cuci mata tengok pompuan lawo.. Ahkak memang suka tengok orang lawo-lawo ni tak kelip-kelip mata hahahahahaha... Korang leh tengok code warna apa yang korang suka dan lepas tu boleh beli dengan agent-agent kita.. Jangan risau stokis kita diseluruh Malaysia akan bantu you all semua.. tanya je soalan kat instagram atau fb Fame Cosmetics tu.. berdesup berapa saat dah reply.. Tepukan gemuruh untuk Agent dan Stokis Fame.. 

 Juliana - Code Violet

 Eika Farhana - Code Violet

 Tya Adnan (wife Shukri Yahaya) - Code Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude

 Code : Nude 

 Code : Desire

 Code : Gossip

 Code : Violet

 Code : Violet

 Code : Gossip

 Code : Gossip

Code : Candy

Code : Candy

Code : Party

Eyka : Violet
Wawa Zainal : Violet + Nude
Sherry Ibrahim : Fuschia
Faezah Elai : Nude
Juliana Evans : Violet


Diharap Adik-Adik Anjer semua dah boleh tau dah colour apa yang sesuai untuk adik-adik semua.. So mari lihat detail di bawah:

Instagram : @fame_cosmetics
Facebook : Fame Cosmetics HQ

Nak beli? Sila dapatkan dari Agent dan Stokis berhampiran anda.. Boleh cari agent terdekat ikut kawasan masing-masing di:

Instagram : @agentfame



Berminat untuk menjadi Agent? Jom whatsapp kami di:
013-3760466





Love, 
Filla.

Monday, July 25, 2016

Teringat Jepun.

 Kalau orang tanya apa yang dapat memberikan kegembiraan buat Kak Pilla.. Jawapan dia ialah travelling.. Aku terlalu suka travel.. Mungkin ada orang akan spend beribu-ribu untuk handbag.  Sebab tu minat dia so tak salah pun... Macam Kak Pilla pulak suka tengok tempat cantik-cantik.. Walaupun duit habis macam tu je.. tapi kenangan tak boleh dijual beli kan?  Memang duit akan habis, tapi selamanya kita akan ingat percutian tu.  

Antara yang tak boleh dilupakan masa travel ke Jepun.

 Food kat sana macam-macam.. comel-comel.. masa tu ada Idham yang biasa duduk Jepun so takdelah was-was ke apa.. boleh try macam-macam food ;)

 Jepun orang dia rajin dan bersih.. Kreatif dan penyabar kot.. sebab boleh nampak hasil kerja diorang ni sangat halus dan comel-comel.. Tapi diorang sangat punctual.. bas takkan tunggu 1 minit pun kalau lambat bye bye.  Orang dia tegas tapi sangat menghormati orang lain.

 Belambak-lambak biskut, coklat dan jajan-jajan.. dekat setengah jam membelek haha.. takut halal ke haram ke? so baca ingredients macam kan paham hehehhe..

 Sempat rasa sotong kecik ni.. ada jual kat street je.. tutup mata kunyah telan cepat-cepat sebab size sotong ni besar so agak ngeri masa masuk dalam mulut.

 Sushi restaurant kat sana fresh gilaaaaaa... memang puas hati.. tak sama langsung dengan kat sini..

 dan variety juga.. pening kepala sebab menu tebal hahahaha

 makanan berasaskan tofu.  Sana semua makanan berkhasiat, takde minyak.. memang confirm badan sihat, kulit lawa kalau duduk sana lama-lama..

saja je mengimbau kenangan sebab tertengok pulak folder Japan.. Kalau tak pernah pegi Japan silalah masukkan dalam wish list.. sebab kak Pilla sendiri rasa macam nak pegi lagi.. Tapi Korea pun best juga.. rasa aman dan damai je.. 

Nantilah nak kumpul duit dulu hihihihi..





Love, 
Filla.

Thursday, July 21, 2016

ASTRO Circle Kid's Club

Baru-baru ni Kak Pilla berpeluang bawa Aleesya ke acara Disney Dream Big, Princess Academy anjuran Astro Circle dan Disney di DoubleTree Hilton.  Silap tak sempat nak belikan Aleesya gown princess nasib baik dapat crown dalam goodie bags tu ;)

Seronok tengok semua kanak-kanak sporting habis dengan gown ala-ala princess.  Rata-rata yang hadir ialah keluarga yang melanggan Pek Astro Kids.. Kagum sebab semua ibu-bapa sporting habis dan teruja bersama anak-anak datang event tu..

Nak tau apa yang menarik perhatian adik-adik kecik ni? Dah tentulah kehadiran Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.  Characters ni semua datang untuk menceriakan kanak-kanak dan memberikan inspirasi serta membimbing kanak-kanak yang hadir untuk percaya pada impian mereka dan menonjolkan kreativiti masing-masing supaya mereka juga boleh menjadi seorang princess ;)

Cinderella tampil menawan dan lemah lembut sesuai sebagai seorang puteri ;)

Excited Aleesya dapat bergambar dengan Cinderella.. Nasib baik dia nak naik atas stage dan tak rasa malu pun.. 

Rapunzel ni cheeky sangat.. sempat betulkan crown Aleesya hehe

Tengok riak muka Aleesya teruja tak boleh nak control hahah

Sambil tu kita buat decoration menghias tanglung bersama papa..

Antara Cinderella, Rapunzel dan Sofia the First.. ini yang paling Aleesya teruja..

Sebelum naik stage dia asyik tanya je Sofia nak balik ke? nak balik ke? Takut sangat dia tak sempat amik gambar dengan Sofia the First.. Nah siap hug tak nak lepas hahahahaha.. Sukanya dia impian menjadi nyata.. bukan alam fantasi, tapi in real life dapat jumpa Sofia the First ni.. 

Puas hati Aleesya dapat bergambar dengan semua characters Disney yang dia suka..

Antara bloggers yang hadir event best ni Kathy and Audrey.. Semua anak-anak happy hehehe
 
Kak Pilla and Kathy pon enjoy sangat attend event ni sebab ibu-ibu ni apa lagi yang menggembirakan kita selain tengok anak happy ;)

Aleesya terus jadi lemah lembut macam princess hahaha..


Ni Kak Pilla nak bagitau korang yang ada anak-anak kecik yang suka princess-princess ni.. Jom register Disney Kids Club iaitu sebuah program keahlian eksklusif, kolaborasi bersama Astro Circle untuk pelanggan saluran Disney (Astro CH 615) dan Disney Junior (Astro CH 613) dalam Pek Astro Kids ni.. Nak tau apa benefit kalau you all register?


 Kelebihan mendaftar dengan Disney Kids Club:

- VIP event passes
-Meet and Greet with your favourite Disney Characters
-Disney movie screening tickets
-Disney giveaways 

Eh sapa tak suka kan? Jom kita register bersama-sama.. Untuk maklumat lanjut jom layari 



Love, 
Filla.

Wednesday, July 20, 2016

Deco Aidilfitri Acah-Acah sangat ni..

Lama tak share deco Kak Pilla.. hahahaha takde apa sangat pun.. sama je.. 

Cuma ada tambah frame sikit and tambah sofa seketul.. So takde lah berebut asyik orang tu je dapat baring.. 

 Dari dulu suka tengok hall kemas, rasa selesa je nak tengok tv.. Lagi satu suka dapur kemas.. kalau kotor melekit-lekit bersepah acaner lah.. i cannot.. nanti rasa nak marah je.. 

 Haritu aircond tu leaking.. menitik habis ke lantai and kat blind curtain tu.. Terus Pak Radie gi basuh pancut air yang tembak tu.. bersih balik... aircond pun panggil orang suruh service and betulkan sekali.. Baru hidup Kak Pilla kembali tenang.. Frame kiri kanan dinding tu murah gila hahahah.. Tak taulah Pak Radie ni mana tah dia beli.. Tapi ok jugak, ahkak suka ;)

Frame gambar budak-budak ni kat tepi tu nanti nak hang kat dinding.. ada order 12pcs haritu.. 6 kecik, 6 besar sikit.. Tempah sekali dengan Elly masa exhibition kat Matrade haritu diorang ada bukak booth.. 

 Ala-ala painting building lama.

Lagi frame gambar budak-budak ni.. Heheheh korang lom tengok lagi gambar mak dengan bapak budak yang poyo nye amat mengerikan hahahaha.. Tunggulah Pak Radie hang dulu kat dinding nanti dah siap i share lagi ;)

Jangan salah anggap kata poyo tayang rumah.. rumah kocik je dik.. bukan banglo 18 bilik pon hahaha.. Tapi tulah kalau korang dah ada rumah sendiri atau duduk menyewa sekali pun.. Cuba jugak untuk cantikkan rumah ikut taste masing-masing.. diri kita ni semua bermula dari rumah.. rumah kemas maksudnya macam tulah teraturnya hidup kita.. rumah kecik comel pun boleh cantikkan jugak.. tak semestinya nak tunggu rumah besar baru ada hati nak mengemas.... rumah kotor macam tulah hidup kita tak terurus.. 

Sekian Kak Pilla membebel macam ongtua sangat perangai hehehe..


Love, 
Filla.

Tuesday, July 19, 2016

sampai 12 malam 20 Julai sahaja.

Ish gamba-gamba sepanjang exhibition kat Matrade dan PWTC semua tak sempat buat entry pon.. Tahap pemalas tenuk x dpt ditolong dah ni heheh..

Ni saja je bak bagi tau kot-kot korang dah terlupa pulak.. yelah makan lodeh, rendang, lemang banyak sangat kan.. Takkan raya dah habis muka tak dijaga? Cannot like that dikkk..

Kak Pilla malas nak cakap.. tapi customer Ellfie yang dtg booth haritu ramai jugak mmg regular customer.. hah masa ni lah kitorang bertukar pendapat dan pengalaman pakai ellfie.. Kak Pilla dah lebih dari setahun x pernah bertukar kepada yg lain sebab memang betul-betul serasi.. dulu kusam, jerawat, pori besar kat dahi, berminyak, kelabu asap semua pon ada hahahhaa.. Sejak guna ellfie essence secara consistent alhamdulilah mmg berpuas hati!

Yang seronoknya customer yang datang pun cerita benda dan pengalaman yang sama.. Eh berbunga tau hati ni..

Walaupon muka macam kau ni gembira ke tak gembira? Heheheh 

Just nak remind Promo Hari Raya kita akan berakhir pada 20 Julai 2016 pukul 12 tgh malam!!!


Harga Normal Set Ellfie Essence RM120

Harga Normal Set Gold Serum Rm130

So korang dah jimat kat situ dan kalau beli masa promo ni korang akan dapat Free Make Up Bag Ellfie.. Senang boleh letak barang2 makeup sebab dia x besar sgt dan tak kecik sangat.. setakat lip cream fame 7 btg dengan Fame BB Cushion and segala perkakas makeup korang yang ala makeup retis tu mmg confirm muat ;)

Selepas ni harga akan kembali seperti sediakala dan no more free gift hehhe.. 

Nak?  Sila whatsapp 0132755197 now!!!!

Dari semalam staff kita cakap order menderu masuk sampai dia kena menjawab whatsapp sampai malam-malam.. ni sat g confirm masuk lagi menderu.. Bertabahlah staff, kita up gaji.. Eh memandai heheh..

Ok selamat "Ellfie Ellfie Barulah Selfie"

Zumba sambil beramal..

Harini Kak Pilla nak share dengan korang semua.. 

Sesiapa yang free dan nak try join Zumba jom datang ramai-ramai kat Intercontinental Hotel 25 Sept ni.. Ada Zumba Party for charity.. Sumbangan akan disalurkan kepada Pusat Jagaan Al Faizin, Setapak, KL (rumah anak yatim)

Tiket bernilai RM75 seorang dan lelaki tidak dibenarkan menyertai Zumba Party ni.. Baru senang sikit nak joget takde lelaki hehehe.. 

Zin mana yang akan lead Zumba tu?

Of course dari Malaysia, Zin Rina ni Zin Kak Pilla selalu zumba.. dia memang best gila.. energetic, step takde lah susah sangat nak ikut.. sporting dan peramah :) crowd memang happening gila tiap kali zumba with Zin Rina.

Lagi dua Zin ialah Zin Leanne from Hong Kong dan Zin Ivo from Bali.. bukan calang-calang orang Zin ni semua ya.. yang tak pernah join Zumba ni lah masanya korang join ajak kawan-kawan dua tiga orang join sekali.. Bersukan sambil beramal konsep dia ;)


Untuk maklumat lanjut boleh hubungi nama yang tertera di gambar tu.. (Liza, Layla dan Faye)

Selamat berzumba uollsss..

Thank you.

Love, 
Filla.

Thursday, July 14, 2016

Kisah sebelum raya dan semasa raya (2016)

 Ehem sehari update blog dua kali.. Gempak niiii..

Ni pun baru bangun tidur hahahahah.. Tadi jamuan raya kat opis ni.. makan laksa, nasi dagang, kambing golek, char kuey teow, pesembuq, sotong kangung.. Oiii macamana boleh muat dalam perot ni? Dasyat betul makan macam membela jin huhu..

Nak citer ni.. Kak Pilla dah lama booked online ticket Bibik nak balik kampung beraya.. Since bulan 2 kot dah booked untuk flight bulan 7.. ko bayangkan betapa advancenya.. So dah siap booked ticket dia aku buat bodoh je lah.. sampai lah pernah one day Pak Radie tanya.. Siapa nak gi Medan? Eh dia ni tanya pulak lagi.. "Bibiklah sapa lagi?".. Pastu dia cakap dah tu booking atas meja tu nama awak.. "Memanglah sebab ma yang buat booking.. biar je atas meja tu" Dia tanya ni dah lama kot.. dalam sebulan yang lepas..

Jeng jeng jeng.. Sampai lah aku buat web check-in (air asia) one week before departure.  Click je not found apa hal not found??? Aku masukkan nama bibik untuk web check-in tapi still tak boleh.. Pastu aku selongkar balik email nak check apa yang silap ni kenapa tak leh check in.. Oh Em Gee.  Bukan nama bibik, tapi nama aku yang passenger.. Pilllaaaaaaaaaaaaaaaaa ko dah kenapa ko pulak yang nak fly beraya kat sana???? Berderau darah ahkak.. Tanya orang, semua cakap ticket burn tak leh tukar nama.. tak yah lah susah payah nak panjat tangga opis Air Asia tu memang tak dilayan lah.. Aku dah pucat lesi ni.. kesian pulak bibik dah janji dengan anak-anak dia nak balik raya ni.. 

Laju-laju google ticket baru.. what??? takde flight dah nak pegi.. semua dah full.. Terus aku search ticket MAS pulak.. Nasib baik ada.. yang dulu aku book 3 Julai.. tapi takde.. yang ada 4 Julai.. Takpelah janji dia balik... aku tanggunglah kesilapan aku.. Aku memang belanja dia balik raya.. Tapi hebat lah, terbelanja dua kali flight pegi balik T__T atau sepatutnya aku boleh beraya kat Medan sana sebab nama aku yang fly.. hahahah.. Sebab tu kalau nak book tiket hati kene tenang, jangan kelam kabut dan otak jangan pikir ke lain.. Aku ni semua benda nak cepat.. padan muka sendiri.. 

 Kesedihan melampau ni.  Hehehehe.. Dah drama pulak Amaani dengan Aleesya kat airport... Masa bibik masuk kat international gate turun escalator tu.. Pak Radie dukung Aleesya.. Menangis lah budak tu menjerit-jerit "bibikkkkk bibikkkkkkkkkk" huwaaaaa siap tangan-tangan melambai menangis.. Hangin terus Pak Radie hahahahahahahah "Diammmm... kalau nak jerit mama ke papa ke tak pelah".. Eh sentap hahahahaha..

Sebelum aku ada bibik aku selalu rasa takut kalau anak-anak aku sayang bibik melebihi aku ni sebagai mak.. Tapi now bila diorang sayang bibik aku boleh terima sebab tu maknanya bibik sayang diorang jugak.. tak pernah marah, tak pernah jentik pun budak-budak ni.. Hidup ni tak boleh tamak sangat.. Kalau ada kekurangan sikit-sikit tu just tutup mata je.. Kalau semua nak perfect pegi buat sendiri tak payah harapkan orang.. Aku selalu borak dengan bibik and nasihat sikit-sikit.. bibik ni anak dia yang sulung (15 tahun) perempuan pandai pulak tu.. kat sana baru masuk nursing school.. banyak pakai duit sebab Indon bukan macam Malaysia.. sekolah bagus bayar mahal, maka akan terjamin lah kerja gaji berpatutan.. Kalau sekolah biasa (kerajaan) jangan harap lah orang nak amik kerja dan bayar gaji lumayan.  So aku selalu cakap kena jimat cermat.. jangan boros.. kerja dapat rezeki halal untuk anak-anak.. 

Amaani kesedihan dia lama sikit hahaha.. Aleesya tu eksyen je sedih sangat tapi kejap je hahahah.. bawak gi KLIA2 terus lonjak gembira.. Amaani lama sikit aku kena pujuk.. Ni bibik takde, rambut Aleesya pun dah tonggang langgang hahahahahah.. Bibik je boleh buat segala tocang lipan, tocang elsa, siap segala donut bun bagai.. Aku paling rajin pun ikat dua je yer.. baru 2 jam herot berot dah rambut Icha hahahaha..

Balik dari KLIA2 terus balik Enstek tolong Wan masak.. berbuka..

 Wan busy kacau rendang.. Aku kena masak untuk lauk berbuka.. so buat Nasi Tomato je dengan ayam masak merah.. 

 Biasanya hari terakhir berbuka puasa mesti Wan akan buat sup tulang.. sebab tulang fresh.. memang meletop sedapnyeeeeeee!! aku pulak buat kuah cili kicap pedas tu.. slurppp kalau tersedak leh masuk sepital hahahah..

 Pagi raya.. Actually set portmeirion  ni peninggalan arwah Atok aku kat Sabah.. Aku panggil Atok Sabah.. Arwah Atok tu kiranya Bapak Saudara kepada ayah aku.. Arwah memang suka travel dan collect pinggan mangkuk.. Ingat lagi masa kat Sabah dulu arwah tengah kemas pinggan mangkuk.. aku duduk sebelah dia.. dia cakap kalau Atok dah takde.. semua pinggan mangkuk ni untuk aku.. masa tu angguk-angguk je.. bukan minat pun benda macam ni.. Tapi sekarang baru paham.. Wan jaga elok-elok semua peninggalan arwah.. Wan pulak memang suka kemas.. suka presentable di pagi raya.. Wan tu pembersih dan kemas orang dia.. Korang kalau check lemari dia pitam ye.. kain batik susun sederet sama saiz kemas je.. baju kelawar lurus je lipat sama besar.. satu sudut gantung handbag sederet je.. towel sederet.. cadar sederet.. Eh kenapa kemas sangat ni.. Kalau Wan tengok lemari aku mesti bebel huwaaaaaaa.. 

 Gambar family di pagi raya.. Walaupun konsep hijau, tapi aku tetap hijau yang terlari sikit dari orang lain hahahaha... Aku tak rajin ye nak sedondon-sedondon ni.. ni mujur ada baju nak pakai hahahaha.. Baju the kasihs pon last minute Elly ajak shopping online batik cotton from Indon.. Nasib Elly tolong aku hahahaha.. tapi tulah kena pulak ke western union nak transfer bagai.. tapi puas hati sebab settle kerja aku tak yah keluar gi carik kain.

Atok orang dia jiwang.. Dulu muda-muda garang, misai dah lah tebal.. menakutkan.. Tapi sekarang dah tak garang.. suka syahdu-syahdu di pagi raya.. suka luahkan isi hati dia.. Ko gila aku tak sedih? sedihlahhhh.. dia cakap terima kasih jaga dia masa dia sakit.. terima kasih sangat.. Eh mestilah jaga takkan tak jaga.. kalau sakit lama aku heret duduk sekali dengan aku.. Dulu masa remaja aku lagi rapat dengan ayah sebab selalu luahan pendapat dan perasaan.. ingat lagi aku nak kerja part time masa semester break, tapi Wan tak bagi.. waaaaa aku sentap ni.. mengadu ngan Atok.. "kenapa mama tak bagi kerja??? orang nak berdikari.. orang nak cari duit sendiri.. selagi macam ni bila nak berdikari?? orang dah besar bukan budak kecik" dengan harapan Atok sokong aku hahahahah.. padahal Wan tau kot perangai aku dulu.. tu semua alasan sebab aku memang sukalah duduk kat luar time cuti hahahahahhaah... 

Aku pernah kerja part time bukak stall jual western food tapi Wan tak tau.. masa tu belajar kat UiTM tapi paper aku tak banyak sebab repeat je semua.. hehehe.. bila Wan call je laju-laju aku campak semua senduk tu aku lari pegi tempat sunyi skit sebab takut Wan dengar ehehhehe.. dengan Wan aku selalu gaduh sebab Wan garang pastu aku dulu jahat suka protes dan menjawab.. sakit je hati Wan tu dengan anak dara dia hahahaha.. Atok cool sikit.. 

 Tapi sekarang dah lain.. selalu berborak ngan Wan.. hal kerja.. hal itu hal ini.. so Wan dah macam kawan tapi garang dia still ada lagi sikit hehehe

 Ni pun seram.. Garang boleh tahan.. tapi hati dia tak sampai.. selalu garang di mulut dan di wajah je.. dalam hati ada taman kolam renang air terjun bunga berguguran gitu muahahahhaha.. gaduh pun gaduh jugak.. tapi gitu-gitu je bukan gaduh dasyat.. kalau ada pun ampun dan maaf dipinta.. janji tak buat lagi.. 

 Pagi raya tu Busu (Adik Atok Braim) datang.. Semua anak lelaki dia 4 orang tinggi-tinggi macam galah.. sorang dah kawin.. sorang dah jadi pilot (kanan depan) yang lari dua orang belajar lagi.. cepat kawin ada menantu leh tolong Busu kat dapur ;)

Selepas tu terus ke Kg. Pasir Ulu Klang semua adik beradik Pak Radie akan berkumpul kat sana.. PIL pon semua dah ada sana.. Maka beraya lah kami dari rumah ke rumah.. jalan kaki sesama..

 Ni antara rumah wajib pergi setiap kali raya.. Wan ngan Atok pun datang tapi raya kat satu rumah je hehehehe... Seronok kat sini meriah semua jenis tak kisah.. kalau aku datang je sana semua tanya Mama dengan Ayah mana?? Ajak diorang datang beraya kat sini... 

Lepas maghrib je terus balik semula ke Enstek sebab nak gi Melaka raya ke2.. 

Pagi raya kedua tu gi makan kat mamak dulu.. jumpa Auntie Rabitah ngan Uncle Rosli kesayangan Aleesya ;)

 Sebenarnya kitorang plan nak ke kubur hari last puasa.. tapi tak sempat.. sebab menziarah kubur ni tak semestinya hari raya.. tu semua tradisi ikut-ikutan.. cuma kalau ada keluarga yang datang dari jauh susah nak menziarah.. so boleh lah menziarah pagi raya macam tu.. Tapi aku pun dah lama tak pegi ziarah arwah Shafiq.. Bila tengok je kubur, tengok batu nisan.. rasa syahdu je hati ni.. Semalam genap 4 tahun arwah pergi.. masa tu Aleesya dalam perut je lagi.. tengah pregnant 4 bulan kot.. Betullah setiap kejadian kita tak boleh ramal.. tak boleh duga.. dah tiba masa pergilah dia.. satu hari nanti masa kita pulak tiba.. Semoga arwah Shafiq ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Pastu terus ke Melaka.

 Kat Melaka ni pegi 3 rumah.. first rumah Mak Long.. pastu rumah Uncle Talib.. last rumah Che Nor.. tapi bagus semua tak de gambar hahahahaha.. Jadiklah ada gambar sekeluarga background cantik macam ni hahahahah..

Balik dari Melaka terus balik rumah sendiri.. Uruskan kain baju.. kejap je kot adalah dalam 2-3 jam je.. mandi siap-siap ke rumah mertua pulak kat Shah Alam.. huwaaa penat...  Tido Shah Alam hari Khamis dengan Jumaat.. 

Jumaat lepas solat jumaat tu kitorang gerak ke rumah Mak Engku (husband Kakak Radie) punya emak.. Eh paham ke hahahaha.. 

 Ni mak mertua ai.. lepas raya sini terus ke rumah Tok Teh kat Klang jugak.. pastu baru balik umah mertua..

Sabtu pagi bergerak ke Enstek pulak bawak mak dengan bapak.. Sabtu (9 Julai) birthday Pak Mertua dengan Wan... singgah jap beli ice cream cake kat Bakers Cottage.. Huwaaa sedapnya cake dia..

habis licin teru cake hehehe.. tu yang suka tu.. jarang berlaku.. selalunya mesti membazir ;)

 Meriah betul rumah Wan.. selalunya sunyi je Wan dengan Atok berdua.. Aku balik petang sikit tolong Wan kemas sikit.. wahhh indahnya balik rumah tido katil sendiri.. 

Ingatkan dah habis beraya.. rupanya hari Ahad pagi biras aku whatsapp pulak kat group ajak beraya kat rumah hahahahah.. Ok lah jom pegi... 

 Dekat je.. Bukit Bandaraya Shah Alam je.. Nilah Nurin sepupu the kasihs.. muka macam Amaani kan? heheh bff sangat dia berdua tu.

 Sedap betul Kak Liza (ibu) masak Nasi Arab.. thanks ibu ;)

 Pak Radie ni suka nau amik gambar macam ni hahaha.. Tapi best bila tengok balik.. semua suka je dalam gambar ;)

Kemudian kehidupan seperti biasa.. menyesal minum hot latte.. habis angin sebadan.. 

Itulah kisah raya Kak Pilla.. semoga berkesempatan beraya sama lagi ;)


Love, 
Filla.