About Me

Friday, April 29, 2016

HANG OUT.

Wow Kak Pilla update blog lagi muahahahah..

Tak pasti tahap kerajinan ni boleh bertahan ke tak ;)

Lunch dengan sahabat lama kat Putrajaya.. Diorang tanya aku kat mana nak lunch? Saiko sangat ni lunch terkejar-kejar.. tapi tak kira, kena jugak jumpa sebab dah bertahun aku tak jumpa Fara ni..

Orang diet memang kena makan portion macam tu.. carbonara tu untuk i yang tengah diet kahkahkahh

Pastu brownies yang memula tu dah habis.. pastu muka aku tekulat-kulat pandang moon.. Moon, kita order cake lagi yeh? tapi janji share ramai-ramai.. kita gemok bersama..

Fara ni kawan lama aku masa zaman anak kecik.. berapa lama aku kenal Moon, macam tulah jugak lamanya aku kenal Fara.. Fara dok Kuantan, tapi bila ada short course kat Putrajaya kitorang akan jumpa.. Dulu masa aku duduk kat Putrajaya, Fara lepak tido rumah aku jugak.. 

Fara kalau duduk rumah Moon, rumah Ila dia relaks je masak.. duduk umah aku dia jadi kekok hahaha.. dia cakap ingat lagi masa tu dia siang sayur bayam.. pastu aku sound "kenapa ko potong bayam pakai pisau? aku pakai tangan".. muahahah terus Fara down.. hahahahah.. diorang cakap Pilla garang manja hahaha.. 

Moon jenis rajin layan aku.. kadang kalau rasa lama sangat tak jumpa.. terus whatsapp ajak makan hari jumaat ;)

Semoga persahabatan ini kekal selamanya.. Nanti kalau turun Putrajaya lagi calling-calling ok? I gi amik you muhahahaha.. 

______________________________________________



Bersambung ke kisah lain pulak heheheh.. 

Talent Meeting with Talent Manager from NN... At least setahun sekali kena jumpa sebab nak revise balik tahap kecemerlangan sepanjang tahun hahahahahah.. Alhamdulilah sepanjang 2015 dah lepas target ;)

So mana ada kelemahan kita cuba improve lagi.. 

OOTD.  Kagum dengan orang yang boleh buat OOTD selamba dan gambar nampak cantik dan tak over.. Aku pemalas.  dan rasa kelakar nak berdiri sorang-sorang orang lalu lalang tengok.. no i kenot. hahahha

Ok meeting kali ni banyak kali postpone sebab dua-dua pihak pon very the busy.. Nasib baik akhirnya jumpa jugak..


Manager kitew pemalu.. Nama dia YY.. 

Kebetulan YY pun manager Elly jugak.. Lagi senang hahahaha.. boleh lah meeting sekali..  Kak Pilla dah bertukar manager banyak kali.. YY ni yang ke 5 hahahahha.. bukan sebab tak larat jaga Kak Pilla, tapi sebab diorang selalu rotate task and kadang ada yang berhenti kerja.. so i redho siapa pun nak jaga silalah jaga.. hahahaha

Alhamdulilah semuanya dipermudahkan dan bersyukur dengan rezeki yang dilimpahkan kepadaku.  

Bertemu lagi di next entry ye..

Tata Titi Tutu.



Love, 
Filla.

Wednesday, April 27, 2016

SHOPPING.

Rasanya lama sangat tak shopping untuk diri sendiri.. Maksud shopping untuk diri sendiri tu, shopping dalam keadaan aman, tak kelam kabut dan bukan sehelai macam tu hahahaha.. So tetiba plan dengan Elly and Peej sesama.. Sebab kitorang bertiga dah lama gila tak keluar sama dalam keadaan tenang yang tak rushing.. Nak breakfast aman-aman.. tak perlu makan gelojoh sebab takut tak sempat kerja banyak.. best nyeee ;)

Lagipun selalunya aku akan letak perbelanjaan untuk diri aku paling last sekali.. selalunya utamakan anak-anak, keluarga.. untuk diri sendiri je terus rasa macam pembaziran dan tak tau nak beli apa.. So kali ni dah set nak beli barang makeup yang dah 'haus' hahah.. lipstick dah tak beli sebab i pakai Fame Matte Lip Cream sahaja.. hahahaha.. Baru aku perasan aku ada satu sifat setia yang melampau.. kalau aku dah berkenaan aku takkan let go.. nak tukar kepada benda baru aku rasa guilty dan tak boleh terima hahaha.. Ada kot yang maybe kata aku ni teruja dengan produk sndiri.. Eh, ai tak kisah hahaha.. katalah apa saja.. Aku memang pakai Ellfie and pakai Fame.  Sekian terima kasih.

Wow macam kat London kahkahkah..

Pagi tu kitorang ke Pavi nak breakfast dulu baru kita serang kat dalam ;)

Lakonan hahahah

Big Breakfast.. Memang konyang.

Dik Peej.

Haritulah masa jumpa sebab kerja.. tetiba rasa macam lamaaaaaanya tak shopping.. lamanya tak makan sambil lepak.. selalu kitorang kelam kabut.. jenis ok lepas makan sambung kerja.. Rasa rindu pulak nak rehat, nak jalani hidup normal yang tak terkejar-kejar hahaha..saiko sangat ni..

Ok, Elly sila dengar sini.. Mascara ni very good, u should buy.. Ok buy buy buy.. semua orang amik mascara.. Pastu lagi sekali, Elly blusher ni very good, very nice.. i buy.. ok ok ok i want also, take 3.. hahaha keluar masa ni rasa happy and kelakar je..

Nah beria-ia try mascara hehehe

Kak Elly.

Masuk Zara pulak.

Diorang kata baju ni lawa.. Noooooo i cannot.. dia macam labuh sampai lutut.. tapi serabut kepala otak tengok corak dia.. aku prefer plain je.. 

Teman Peej kat Flow.. Very good habis dia borong :)

Sebab Peej pun jenis jarang sempat nak gi shopping.. so kali ni senang sebab semua perempuan.. kalau gi dengan laki nanti dia bosan.. kita pun jadi takde mood nak beli..


I temankan u.. pilih sila pilih.. 

Dah settle Peej kitorang gi tengok lingerie pulak.. ok ni lawak.. tapi citer ong pompuan tak leh citer kat blog hahaha

Diorang nak tengok fitflop pulak.. Cantik and comfy tapi harga tak agak-agak.. sepasang RM400.. Tapi memang tahan dan selesa.. untuk kaki takpe.. kena cari yang betul-betul selesa.. Haku dah terkeruk-keruk hahahahha

Cepat! nak ke tak? Come on sis.. 

Last ke MNG.. Peej dah penat.. sila jaga barang.. Shopping dengan Elly and Peej senang sebab dia jenis laju.. dia cepat je jumpa apa dia berkenan.. Kak Pilla jenis slow sikit.. fikir berkali-kali.. takut kalau setakat suka gitu-gitu nanti memang takkan pakai.. kena yang betul-betul berkenan di jiwa baru akan beli.. pastu stress bila orang dah dapat byk baju aku baru 2 lai.. Stressssssssssssssss!!! Tapi lagi stress sebab Elly pandai menghasut aku and Peej.. Pitam kalau dia dah ayat lawa lawa lawaaaaaaa.. beli beli beliiiiii.. 

Ok last sekali kita makan dulu sebelum balik.. Walaupun cuba gunakan masa untuk shopping dan tak nak ada gangguan, tapi still whatsapp agent Ellfie and Fame taklah dibiarkan.. email-email pon kena reply.. so tang mananya yang betul-betul spend quality time hahahaha..

Tapi takpe, rasa gembira je dapat makan dan shopping walaupun sekejap..

Tata, jumpa lagi di lain entry..




Love, 
Filla.

Monday, April 25, 2016

Pillanie and Moonie

Salam..

Pertama sekali nak ucapkan terima kasih sebab semua concern pasal Atok.. Now Atok is getting better.. Selera pun dah back to normal.. Oklah kalau serve nasi sepinggan boleh habis half.. cuma cepat letih dan suka tidur je :)

Terima kasih sekali lagi, rasa terharu bila baca comment.. Buat yang ayah dah takde, doakanlah buat mereka.. yang masih ada, take care and selalu bertanya khabar.. 

Ok back to kehidupan Kak Pilla pulak.. Amboi over.. hehehehe.. Jumaat haritu keluar dengan Moon gi Alamanda.. takde apa just makan-makan, peluk-peluk and anjer-anjer.. Ni lagi sorang kawan yang Kak Pilla boleh manja sebab peluk Moon sedap macam pelok Peej hahahaha.. Tapi Peej garang sikit ;) tapi lagi garang lagi ai suka.. Kalau Elly tak leh peluk nanti dia cakap aku buang tebiat..

Kitorang kalau jumpa selalunya kat Alamanda je senang.. Lunch break hari jumaat lama sikit so boleh lah bercinta kejap dengan moon hahhahaha.. 

 Lama dah kawan dengan Moon nie.. Moon baik, husband Moon pon baik jugak..

 Moon pun dah tau perangai aku macamana.. manja cemana.. manja tapi garang hahahaha..

 Lepas makan berat nak cari makan ringan-ringan pulak.. Jom makan ice cream nak Moon? Tapi BR macam bosan sebab macam kawasan tu panas... last-last Moon ajak makan cake kat SR..

Layan jap makan cake.. macam nak tercekik sebab keluar kejap je.. tak besttttt sebab terkejar-kejar masa :(

 Kitorang kawan dari masing-masing anak sorang kot.. Now anak first pon dah darjah 5 hahahha.. dulu Kasih tu baru umur berapa bulan kot masa kitorang kenal.. Kenal dari Mai kawan aku jugak.. Thanks Moon sebab sudi kawan dengan Pilla.. Eh esok nak jumpa Moon lagi dengan Fara hahahaha.. Ok nanti tu buat entry lain pulak ye..

Buat blog reader, sorry lama sangat baru sempat update blog.. cuba nak rajin.. tapi huwaaaaaa asyik tak sempat :(

Hope korang masih sudi baca ;)

*marathon update banyak entry tapi kita buat autopublish.. supaya hari-hari ada entry baru.. aci ke tak aci? heheheh


Tata.





Love, 
Filla.

Tuesday, April 19, 2016

Atok Braim.

Sorry lama tak blog :(

Mood takde dan busy sikit last week sebab Atok Braim tak sihat.. Now dah ok tapi kadang on off jugak.. Kejap demam kejap tak.. Dah dua kali Atok masuk air (drip) sekali kat Hospital Putrajaya and sekali lagi kat klinik KLIA.

Ni 2nd time kat Klinik KLIA hari Selasa lepas.. Atok jadi lembik dan tak de tenaga.. Tak tau punca apa, maybe letih balik dari Korea.. Tapi balik dari Korea hari khamis.. Hari sabtu ok je sihat gi wedding semua.. balik dari tu dia ada makan honey dew dalam fridge yang Wan potong-potong.. lepas tu dia kata perot dia sebu... start dari tu lah Atok sakit..

Atok memang ada kencing manis dengan darah tinggi.. Tapi bila check ok je.. cuma Atok start muntah-muntah dan tak nak makan.. dia cakap tekak tak leh masuk makanan.. tak selera, nak muntah, lemah dan tekak pahit.

Dari hari Selasa Kak Pilla datang kejap, pastu Rabu amik cuti duk sana.. Start dari Khamis kitorang stay sana sampailah hari Ahad.

 Masa ni ajak Atok duduk luar amik angin kejap.. Asyik tebaring je dalam bilik.. jom amik angin luar sikit bagi segar.. Bancuhkan susu Auntie Rabitah belikan haritu.. habis dia paksa minum 1 mug.. tapi macam nak termuntah huhu.. Pastu kelakar masa snap gambar ni Atok tanya nak buat apa.. Eishhh pegang je lah nak snap ni hahahahah.. 

 Aku ada kat sebelah tapi crop lah hahah gambar tak pakai tudung acaner pulak.. Ni muka kena paksa minum susu.. Tunjuk balik gambar ni dia cakap "Eish teruknya.. kurus" Tapi bila tengok gambar ni muka kitorang sama sangat ;)

Bila Atok tak ok masa memula haritu.. kejap-kejap Atok nak solat.. Baru zohor.. baring jap tetiba susah payah nak duduk tegak.. "Nak gi mana pulak?" "Nak solat".. "Solat apa? tadikan dah solat?".. "Nak Asar".. Huwaaaaa Asar lambat lagi.. masa tu baru pukul 2 petang.. Kang suruh dia tenang... nanti dia baring.. pastu 15 minit bangun lagi nak solat.. Dia cakap solat awal, senang apa-apa kita takde hutang... lega hati dia kata.. Ai is sad.

Pastu ada masa Atok jadi lupa.. Atok kata solat subuh baca 1 surah.. Padahal Atok bukan tak tau, tapi dia tak ingat.. Sibuk lah Atok gagahkan diri cari buku panduan solat.. Huwaaaaaaaa nak nangis :(

Tapi agaknya dia terlalu lemah sampai jadi ingat-ngat lupa dan lemah.. Tak nak makan.. Ada sekali tu malam aku belikan bubur McD.. suapkan makan bubur tu.. Anjer angat ni.. Habissss!!! Pastu tanya "Ayah nak lagi?"  Slow je angguk "Nak"

Eh aku ni cepat nangis.. tapi suka buat-buat garang.. Sebab kita ni anak.. bila tengok Ayah dah tua, jalan slow-slow je pakai tongkat, rasa macam tak percaya je.. Dulu Ayah muda-muda dia paling gagah.. wakil main takraw.. badan fit gila.. Hari-hari jogging 12km.. kalau tak bersukan nanti dia sakit.. Tapi tu duluuuuuu... 

Dan Atok ni pembersih gila dan tak boleh tengok habuk, tak boleh tengok rambut kat lantai.. tak leh tengok toilet kotor.. Dia sakit pun dia nak buat jugak.. 

 Wan hantar gambar ni masa aku kat rumah haritu.. Dia nampak ada sawang kat ceiling rumah.. pastu terjatuh telentang atas katil.. Grrrrrrr suka lawan cakap orang.. Dah pesan lapanploh kali jangan buat kerja rumah!!!!! Tuggu sihat dulu...

 Gambar sebelum gambar ni muka masam.. Tapi paksa dia.. SENYUMMMM!!!! Terus dia kasi seyum sikit heheheh

 Minum kat luar.. Masa ni sihat sikit..

 Pastu kitorang mulakan operasi tebas pokok bunga Atok.. Bagi terang sikit nak lepak kat gazebo tu.. Mesti dia telan ailio je kat dalam.. habis diorang kerjakan pokok aku hahahahah..

Ni lauk tengahari sebelum kitorang balik petang ahad tu.. Ada banyak lagi cerita sedih tapi tak nak cerita :(

Atok dengan Wan tu selalu je bertekak manja.. Tapi Atok tu sayang kat Wan.. Wan pun sayang kat Atok.. memang terbaik Wan jaga Atok masa Atok sakit.. Semua tu aku pandang je.. Kalau aku tua nanti Pak Radie jaga tak aku ni? hehehe.. dan InshaAllah aku akan jaga Pak Radie kalau dia sakit.. Nama pun suami isteri.. siapa tak sayang?

Sebelum balik aku peluk Ayah.. pegang muka dia yang dah susut tu.. cium pipi kiri kanan.. sayang sangat ni... 

"Ingat tak apa Ayang pesan?"

"Ingat"

"Apa dia?"

"Jangan buat kerja rumah, jangan sapu, jangan cuci toilet"

"Yes bagus, jangan buat semua tu, kang jatuh siapa susah?"

"Ye, tau, tak buat"

Pastu aku balik dulu sebab aku drive.. Pak Radie balik lambat sikit sebab dia naik motor.. Sampai je rumah Pak Radie ngadu.. 

"Awak balik je tadi, Ayah menyapu kat laman"

Huwaaaaaaaaaaaa apa nak buat dengan Atok ni???? 

Terus call Wan.

"Ayah menyapu ke tadi? Napa degil tak nak dengar orang pesan?"

"Degil macam siapa?"

Ok bye.


*terima kasih semua yang concern pasal kesihatan Atok Braim.. InshaAllah semoga atok akan sihat macam biasa ;)


Love, 
Filla.

Tuesday, April 12, 2016

BERTEMU KEMBALI.

Assalamualaikum wahai pembaca belog.

Lama ke Kak Pilla tak bersiaran langsung kat sini? heheheh.. Baru je habis exhibition Sabtu dan Ahad di MAEPS, Serdang.  Kali ni memang serious tak sangka orang ramai datang dan booth Ellfie / Fame non stop orang datang.. Terus terpikir, perempuan dan kecantikan berpisah tiada.. Amboi memasing dapat test lip cream, dah macam tiada hari esok.. Sampai kitorang kena beli extra cermin sebab sekali datang berkunjung ramai.. menuggu turn nak guna cermin.. Lepas ni kita pasang cermin panjang kat booth.. berderet lah korang pakai liptik kat situ ;)

Satu keseronokan dan pengalaman bagi Kak Pilla.. Kitorang suka je buat kerja ni.. Kalau customer datang nak try, macam-macam ragam.. Ada yang terror gila.. sekali je dia sapu terus berseri-seri.. Ada yang macam tak reti pakai lipstick pon ada.. dengan pantas kitorang mengoffer diri untuk tolong pakaikan.. Eh masa kecik-kecik, salah satu cita-cita Kak Pilla ialah nak jadi mak andam.. Suka sangat make up muka orang ;)

So meriah sangat lah kat MAEPS haritu.. berbaloi-baloi penat lelah kami semua.. seronok tengok yang datang pagi beli fame matte lip cream tu.. tetiba petang.. Eh? dia lagi???? rupanya heret mak datang sekali.. Ada 2-3 orang ya camtu.. kelakar hahahahah.. mak pon sporting habis "anak je tunjuk, mana boleh? Auntie pon nakkkkkkk jugakkkk" wahahahahah pecah-pecah perot layan customer.. 

Yang beli Ellfie pon ada macam tu.. tapi terus datang dengan mak.. Mak dia nak beli jugak, sebab anak dia dah pakai 2 set muka jadi bersih sekata.. Eh mana boleh jadi.. mak pon nak pakai.. 

Ramai jugak customer yang datang try lepas tu kitorang suruh dia jalan-jalan dulu.. bagi betul-betul kering and matte.. nanti datang balik.. mesti dah lawa time tu.. hehehe.. kalau ikutkan memang kena lock terus jangan bagi dia pergi nanti tak datang balik.. Tapi alhamdulilah semua yang test dan pegi jalan, nanti lepas sejam akan datang balik nak beli ;)

Kak Pilla pakai ni Code Nude.. Warna yang palinggggggggggggg jaranggg Kak Pilla pakai.. tapi masa kat booth ramai gila kot beli Nude.. Terus ahkak teruja.. Orang pakai elok je.. ahkak pon nak jugak.

Ok kan? takde lah pelik ke apa? sebab kita ni dah biasa dengan warna yang kita suka je.. kat booth pon ramai customer macam tu.. bila dia pakai kaler yang kita rasa cantik sangat dan sesuai sangat untuk dia.. Terus muka dia kerut-kerut.. "Ok ke? saya tak biasa warna ni"  Eh melawan pulak dia.. tapi sebenarnya kita pon sama hahahahahha.. so hari ni Kak Pilla 'keluar' dari kebiasaan Kak Pilla.. 

Oklah, i'm hungry, i better chow before i eat u.

Jom cuci-cuci mata sikit kat sini:

instagram : @fame_cosmetics

Beli Fame Matte Lip Cream dari Agent dan Stokis kami di:

instagram : @agentfame




Love, 
Filla.

Thursday, April 07, 2016

GUANGZHOU.

Aku and Elly pegi Guangzhou haritu 5hari 4malam je.. The husbands balik lambat sikit settlekan kerja.. Peej tak pegi sebab nanti tak larat nak berjalan.. Memang seret kaki sebab kitorang keluar dari pag sampai ke malam.. kalau balik hotel pon untuk letak barang and solat je.. pastu keluar balik sampai ke malam.. 

Bila check weather memang kebanyakannya hari hujan.. 

Memang pakai sport shoes je kat sana.. Kasut ni pun dah arwah.. tapak tercabut hahahah

Makan kat Guangzhou senang je sebab banyak Halal Restaurants kat sana.. Ini kat Madinah.. Restoran favourite tapi sempit, ramai orang..

Ni kambing ke kibas ntah.. sedap ;)

Ni sayur bayam kot.. Dia masak racik-racik camni je.. tapi kenapa sedap sangat?

Ini kacang dhal kegemaran Elly.

me with Sis Elly.

jalan-jalan singgah banyak kedai..

Ini dah kat kawasan hotel.. sorry ler entry macam haper je hahaha.. sebab mana gambar yang ada Kak Pilla share je ;)

Macam nak try restoran lombok ni tapi tak jadi hehehe.. tak pasti kenapa Win begitu ceria..

Mencari cafe nak lepak minum.. Kat guangzhou ni tak berapa banyak cafe lepak-lepak kopi.. Sebab orang diorang rajin bekerja.. takde kedai close pon waktu lunch or dinner time.. diorang akan makan kat kedai jugak..

So orang diorang jenis berniaga tak keluar makan.. semua bungkus dan makan sama-sama kat kedai... patut dicontohi.. dan orang diorang tak pernah tutup kedai.. monday to sunday kerja.. diorang cuma tutup lama Chinese New year je kot.. 

Satu gambar romantik dari tuan punya blog hahahah

Nyamssssss...

Ni lunch kat Restoran Makkah.

Roti ni dalam RM2 kalau tak silap.. sedapppp jugak.. Haish Kak Pilla apa yang tak sedap tah..
 
Geram kan tengok roti-roti dia..

Kedai makan ni apa tah nama dia.. zaman aku pegi berapa tahun lepas dia bukak tepi jalan je.. ada kerusi pendek ngan  meja kecik.. duduk tepi jalan sambil makan.. now dah takde kat situ dia bukak kat rumah.. kat celah-celah bangunan je kena turun tangga macam kawasan lorong.  Feeling masa makan ni macam tumpang makan kat dapur rumah dia je hahahah

Ikan bakar ni terbaik.. rasanya dia cuma lumur garam dengan serbuk cili je kot.. tapi kenapa sedap sangat..

 Nampak tu? pilih je sayur-sayur dalam petiais tu hahaha pastu bagi dia bakar ;)

Hari kedua kot baru jumpa kedai leh buatkan internet.. Kat China walaupun korang beli simcard tapi ig and fb memang takde ye.. kecuali kedai ni je ada masukkan code kat phone kita then baru leh sign in ig and fb..

Sinilah tiap malam kitorang akan lepak minum sebelum balik hotel..

Ni makan kat kedai muslim gak.. tukang masak dia orang Penang.. nama kedai aku lupa hahaha.. depan hotel Lido je..

Diorang suka lah kedai-kedai army camni.


Ni kat kedai Lammin (chinese muslim)

Ni boyfriend ai.. sekarang semakin bahagia perot dah boroi hahahah

Kenapa i pilih dia sebagai teman hidup? Sebab dia garang tapi penyayang.. penampa sekali please.

Eh geram... gemok betul kucing ni..

gemok kan? 


Kat sana banyak jugak jual buah camni.. 

Win dengan Radie memang kaki jalan.. tak reti penat.. aku dengan Elly kalau dah sampai ke malam.. kitorang jalan slow je.. Elly kalau tangan dah masuk poket, jalan pun tunduk tu maksudnya dah penat.. bila Pak Radie and Win pusing belakang je, laju ktorang jalan.. bila diorang pusing depan kitorang slow balik hahahaha.. Kena eksyen kat diorang supaya diorang nampak kitorang ni pompuan gagah perkasa hahaha

Ada masa taxi tak nak amik kitorang.. so naik jelah macam basikal ke motor ntah. Oh kat Guangzhou memang takde motosikal ye.. tak dibenarkan pun kat sana.. yang ada basikal berenjin macam ni kot...

Dahlah barang penuh.. laju gilaaaa kot dia bawak.. bertentang dengan bas huwaaaaaa takutttttt..

Ada satu malam makan kat restoran apa tah ni.. hahahaha.. sorry i tak bawak buku nota nak tulis eheheh

Haritu tengok Win makan kat Lammin.. mi tarik ni sedap.. tapi muak tak leh makan banyak..

Bangga Pak Radie sarung tshirt Ellfie..

Malam biasanya kitorang free sikit.. tme ni lah jalan-jalan makan ice cream and kopi-kopi..

Orang suruh makan dia tido pulak.. haihhhhh..

chicken grill.

Bajet 17tahun posing camni heheheh

Last meal in Guangzhou...

Then balik lah aku dengan Elly... Pak Radie and Win hantar kat airport.. Lain perasaan dia bila salam cium tangan cium pipi kena naik flight asing dengan suami.. ai nampak je rock garang.. tapi suka emo hahahah..

Ok tu je nak sembang..

bye.

Love, 
Filla.