About Me

Tuesday, April 28, 2015

Knorr nak bagi you all HELPER bersihkan rumah.

*please scroll down for new entry*

Kak Pilla dan masakan tidak dapat dipisahkan.  Mungkin kerana minat atau tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.. Tak tau mana satu yang betul hahahahaa... Kak Pilla kerja pagi sampai ke petang.. balik sekolah amik anak.. Sampai rumah campak bag, campak tudung, sinsing lengan baju terus tung tang tung tang masak.. Memang jangan harap lah nak lauk penuh satu meja.. satu lauk pun dah kira ok hahaha.. Nasib keluarga sangat memahami.  Makan je apa yang mak kau sediakan ni, jangan banyak komplen ye.. Banyak komplen sila masak sendiri.. 

Kengkadang tu berkejar-kejar balik nak masak sebab nanti nak Maghrib lagi, Kasih pukul 8.00 mlm ada tuition kat luar sana lagi.. so before 8.00 semua orang dah siap makan.. Keluarga Kak Pilla pulak dah biasa makan mesti duduk sekali.. Semua kena berkumpul time makan walaupun tak makan kene duduk jugak.. Itulah masa yang ada untuk berborak sesama kitorang.. borak dengan suami, borak dengan anak.. Penat jangan cakap lah kan.. Kerja pejabat, masak, tengok buku sekolah anak-anak, cuci bilik air, mengemas bilik tidur, urusan anak tuition lagi, urusan business Ellfie lagi..

Bila dah sibuk macam tak cukup tangan, dah tentu Kak Pilla akan pilih menu yang sedap, ringkas dan pantas.  Tapi kat rumah ni semua jenis ada lauk kegemaran masing-masing.. Kasih suka asam pedas, Pak Radie suka makan yang kering-kering macam sambal berlada, Amaani dan Aleesya suka sup-sup.  Mak dia je takde banyak cerewet, apa ada telan je hahaha.. Tapi bila Kak Pilla masak sup ayam semua orang suka, takde orang complaint pun.. Semua hirup-hirup dan cakap sedapnya mama masak ;)  Wow sup ayam je kot? hahahah kembang kempis hidung mama hahahahah.. 

Sup Ayam adalah menu paling sedap dan paling mudah!! Tutup mata pon boleh masak lah! Amboi eksyen kemain lagi kannnn... 

Tiap kali masak Sup Ayam mesti Kak Pilla akan letak kiub ayam Knorr supaya masakan bertambah lazat.. Stok kiub Ayam Knorr dan kiub Ikan Bilis Knorr ni memang sentiasa ada dalam fridge.. memang best kalau guna kiub ayam Knorr ni sebab rasa seperti dimasak dengan ayam sebenar..senang kalau nak guna semua dah ada kan.. boleh dikatakan kiub Knorr ni lah penyelamat Kak Pilla ;) Bila masak dengan Knorr ni rasa macam Penuh Rasa, Penuh Kasih Sayang.. maksudnya masakan sedap, keluarga pon makan berselera dah tentu lah penuh dengan kasih sayang gituuu..

Lagi-lagi Kak Pilla jenis orang yang suka buat kerja laju-laju.. Kalau masak tu memang laju sebab nak siap cepat tapi nak hidangan tu sedap.. Al-maklumlah, mulut semua pandai complaint kat rumah ni.. so kene hati-hati hahahhahah.. dengan adanya kiub Ayam Knorr ni memang terima kasihlah.. lagi pantas Kak Pilla di dapur ;)


Tadaaaaaa dah siap.. Sup Ayam Kak Pilla sempoi je.. benda wajib ialah kentang dan carrot.. pastu tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.. kalau takde budak kecik, pecahkan je cili padi bagi pedas baru powerrrr.. tapi ni ada budak kecik, so campak je 5-6 biji cili.. sapa nak pedas boleh gigit je cili padi tu nanti ;)

Suka buat carrot bentuk bunga heheheh.. macam comellll je.. macam comelll jeeee... 

Kak Pilla nak ucapkan terima kasih kepada Knorr kerana selama ni telah membantu para ibu seperti Kak Pilla untuk membuatkan makanan kami bertambah lazat, menjimatkan masa kami para ibu kerana makanan pasti enak dengan menggunakan Knorr.. 


You all boleh tengok video Puan Farah dan family.. Wah seronok tengok family Puan Farah ni happening sangat.. semua bekerjasama bekerja bagai satu kumpulan untuk makan bersama.. 

Sebagai langkah untuk menghargai para ibu seperti Kak Pilla dan readers-readers Kak Pilla yang bergelar ibu, Knorr telah mengadakan kempen khas untuk menghargai para ibu di Malaysia dan hadiahnya memang menarikkk!! tu nanti Kak Pilla share.. Now nak share dulu cemana cara nak join kempen menarik ni :)

Langkah-langkah untuk menyertai kempen #KnorrPenuhRasaSayang

1. Ambil gambar sajian kegemaran suami dan anak. macam yang Kak Pilla punya kat bawah ni:
(Gambar anda dan masakan serta produk Knorr yang anda gunakan dalam masakan anda)



2.  Muat naik ke laman Facebook Knorr dengan #KnorrPenuhRasaSayang berserta cerita menarik (Kongsi kenapa sajian ini menjadi pilihan kegemaran suami dan anak dengan tidak melebihi 20 patah perkataan)

3.  Gambar dengan paling banyak "LIKE" berserta cerita menarik akan dipilih sebagai pemenang.

Peraduan bermula dari 4 April 2015 dan berakhir pada 15 Jun 2015.

Juadah anda mestilah menggunakan mana-mana kiub Knorr atau perisa Knorr Pasti Sedap Knorr.. Contoh macam gambar Kak Pilla dengan hidangan tu lah.. kene tunjuk knorr apa yang kita guna.. Huishhh dan confirm Kak Pilla menang ni.. Sila LIKE gambar Kak Pilla banyak-banyak yer.. Oh ye, penyertaan (gambar hidangan) boleh dihantar lebih dari sekali ye.. tapi lauk lain ler jangan lah guna lauk sama.. hehehe

Pemenang & Hadiah Menarik
Sebanyak 10 orang pemenang akan dipilih dan setiap pemenang akan mendapat perkhidmatan seorang pembantu untuk membersihkan rumah sebanyak 10 sesi!

Inilah cara Knorr untuk menghargai penat lelah seorang yang bergelar ibu yang tak pernah jemu dan lelahnye menyediakan hidangan buat keluarga dan mengemas rumah setiap hari..  memang peluang terbaik bagi para ibu untuk berehat tanpa perlu memikirkan pasal kerja rumah.

Pemenang akan diumumkan di Facebook Knorr Malaysia Jadi jangan lupa untuk ke Facebook Knorr Malaysia untuk maklumat lanjut tentang kempen ini ;) 


Love, 
Filla.

PROGRESS.

Assalamualaikum.

Meeting dengan En. Win haritu.. Jangan memain, Peej siap bawak file ok muahahahhaha.. macam nak gi buat marketing.. boss kitorang masa ni sapa lagi.. laki Elly lah.. Ada lah discussion sikit haritu.. Pastu aku datang dengan Peej, Elly dah tunggu tempat lain.. Pastu Win kene amik aku dengan Peej untuk jumpa Elly.. wow misi rahsia sangat nie.. tu bukan citer dia.. cuma nak citer masa aku dengan Peej terkial-kial baru nak call Win tetiba aku dengar orang jerit.. 

"Fillaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, Peeeeeeeeeejjjjjjjjjjjjjjjjjjjjj"

*sayup-sayup dari kejauhan*

Aku dengan Peej berpusing-pusing mencari arah suara orang tepekik-pekik tu.. rupanya Win kat jalan seberang dengan kereta kancil bukak tingkap.. hahahahahah dia kata horn rosak so tak pasal dia kene menjerit sbb call kitorang tak dapat.. hahahaha.. so kitorang pon kedek-kedek masuk kereta.. wowww hebat kereta kancil Win.. bawak laju kornar baring you olls.. bukak tingkap pun manual pusing-pusing.. teringat zaman kereta kancil time belajar dulu.. hahahah.. bepeluh-peluh aku dengan Peej dalam kereta.. penat je vogue-vogue nak buat marketing.. ni semua Win punya pasal.  Gagal marketing kita haritu, ko siap ye Win.

Dah selesai segala urusan, aku dengan Peej nak baliklah. Pastu Elly call kata baik korang terus gi Ikea settle kan beli barang-barang office Ellfie.. Hoi ni dah pukul berapa? sempat ke ni? Sebab memang tugas aku ngan Peej untuk beli barang-barang office.. Elly kata dah alang-alang baik ko ajak Radie sekali.. ok boss!

Whatsapp Pak Radie ok semua on!! Jom gi Ikea... tapi misi pertama kene makan dulu.. Rindu hoiiii nak makan meatballs dengan salmon... Ini 3 orang punya makan.. punya lah tamak.. meatballs Peej ngan Pak Radie tak nak kalah.. sorang nak 15 ketul.. Last-last haku jugak tong sampah tukang habiskan yang tak habis.. 

Kitorang kat dalam ni dah macam explorace tu.. mengejar masa... 

Dah jumpa sofa berkenan tapi yang berkenan semua mahal.. Eh mana boleh, konsep kita untuk office Ellfie ialah, harga biar affordable tapi nampak gempak meletopsssss! ko mampu?

Kang nak mencarik sofa tempat lain pon leceh, baik kita angkut je sofa yang ada.. cari sarung kusyen yang boleh basuh sebab dah tentu nanti diorang jadikan sofa tempat tido, pastu berpeta-peta ailio basi.. euwwwwww...

Sepanjang kat Ikea kadang happy kadang stress.. Tapi stress lagi Peej mengadap aku dengan Pak Radie bertekak kat sini.. Pak Radie tu nak ikut taste dia.. Hellooo???? aku pon berhak bersuarat.. nak lawa-lawa pastu mahal.. no mana boleh????? kene pilih yang just nice dan harga rendah.. kene jimat ni.. mana boleh main amik je..  Aku suruh beli kerusi RM35 dia pilih RM45.. Eh sakit hati betul.. Pastu aku dengan Peej dah setuju nak amik set maja makan 4 orang.. siap package ada 4 chairs.. dia tak nak.. dia nak yang besar sikit.. Langsung aku dengan Peej tak layan dia.. dia cakap nanti nak duduk ramai-ramai, dia, Win, Ben, Elly, aku, Peej mana nak muat?  Peej kata "Ko nak buat kenduri ke apa kat office? nak hidang lauk bagai ke apa?"..

Yes i sokong u Peej!! Radie, u please go home now, we don't need you here.

Tapi nak sedapkan hati Pak Radie, aku dengan Peej bangun jugak gi tengok meja makan yang dia nak.. 

*angkatkeningsebelah* biasaaaaa jeeeeee takde lah best sangat ponnnnnn... then kitorang berlalu pergi... tinggallah Pak Radie sakit hati kat situ.. muahahahhaha padan muka dia.


Ni amik untuk jadikan display rack kat pintu masuk ;)

Ni amik untuk letak kat pantry office.

Ni amik untuk buat table top meja bilik Elly.. 

Pastu setiap kali snap gambar ni terus send kat group chat.. Elly terus tanya.. 

"Aku tak paham kenapa semua gambar ada muka Radie?"

Sebab nak tunjuk size perabot Elly, ko mana tau.

Meja kerja ni semua setuju tanpa ada pergaduhan hahahah.. very niceeee.. 

Aku nak kusi ni je.. Pak Radie nak yang RM45.. pastu tau-tau dia jugak yang menang.. nyampah.

Ok lamp ni takde bantahan.. sebulat suara suka.

Oh ada gambar pilih carpet tak snap pulak.. Tu pun dah stress.. aku dengan Peej dah terduduk atas carpet.. Penat tau tak? Pak Radie tunjuk semua mahal.. Kitorang dari jauh buat signal geleng kepala or tunjuk No No Nooo tak setuju.. sampailah dapat satu carpet.. dah ni gi collect barang kat rak.. Part ni bersyukur Radie ada.. kalau aku dengan Peej je berdua, mintak ampun la.. 

Ada 4 trolley.. gila sakit pinggang menolak.

Cantik Kak Peej kitewwww ;)

Nah hamek kau.. tak cukup tangan nak tolak.. GST je dah beratur ringgit kot? Gila betul lah.. Tapi nak buat cemana kan? Aku perasan kalau setakat food kita makan kat restoran tu tak terasa sangat lah.. Tapi kalau korang terlibat dengan business atau pembelian barang yang harga mencecah ribu.. Memang nangis lah.. kita terpaksa bayar GST tapi kita tak boleh naikkan harga barang.. kita nak jaga hati customer.. kita baru bermula dan sambutan tengah menggalakkan takkan nak naik harga.. so telan je lah.. orang tak meniaga tak terasa sangat.. tapi macam kitorang ni memang terasa.. dari packaging sampai ke postage semua kene charge.. Tapi tak pelah, demi customer, biar kami rugi.. Nak muntah tak baca? muahhahahaha.. 

Office pon banyak benda kene settle.. Berlari-lari Elly settlekan segala registration telekom, air, elektrik, partition, tint glass, access card, aircond, rack.. Nasib Win memahami.. Kitorang kene settle kan semua ni dalam masa 2 minggu.. So semua kene buat tugas masing-masing.. dengan postage Ellfie lagi Peej nak urus.. kadang lari-lari gak tolong menolong.. weekend je aku ngan elly kene sama-sama tolong Peej.. takut aku tengok kalau muka Pak Radie and Win jadi hijau sebab kene amik n hantar anak tuition.. Korang lah bapak paling mithali dalam dunia hahahahah.. 

Sambil tu shopping barang untuk toilet dan pantry sikit.. segala pewangi, baldi, tong sampah, mop.. tu pun gaduh ngan Elly... Elly nak lain.. aku ngan Peej kata nak pewangi lain.. dia cakap tu wangi.. aku n peej kata tu busuk tengik.. Pastu Elly jerit.. "Ehhhh biaaaaaaaaaaaaalaaa tengik, aku suka jugak, lantokkkkk!"

Tengok sini.. siapa paling lemah lembut, bagai gadis desa yang sedang menyapu laman... perghhh kalau remaja, dah tentu berderet nak masuk meminang ni... Peej, ko cuma mampu candid tutup mulut dengan battery je? sila banyak belajar lagi peej.. 

Tengok Kak Elly, tak yah diajar-ajar.. dia memang sentiasa over... tapi dia mampu buat muka muncung je aku perati dari dulu lagi.. tengok Kak Pilla.. gaya menyapu ada.. gaya posing dengan pelocok toilet ada.. Perghhh kak pilla memang hebat.. tolong tepuk tangan skit.. 

Dah settle beli semua trolley boleh tolak sampai pintu depan mall je.. Eh jauh nak menapak ni.. kene bahagi 3.. sorang angkat sikit.. kita jalan kaki je bawak ke opis.. Aku kene angkat 2 tong sampai tu dengan 1 plastik lain.. sedap je aku pegang macam ada batang halus belakang tong sampah tu.. pastu hameeekkkk.. terkeluar baldi daripada dalam tong sampah.. bergolek-golek.. Peej ngan Elly berdiri tegak tengok baldi tergolek.. Pastu dengar Kak Elly jerit "Habisssss pecah baldi aku kau siap!!" 

Kak Pilla lari kejar baldi kat tepi jalan raya.. Pastu dorang gelakkan Kak Pilla.. 

BENCI tau... malu i lari kejar baldi golek-golek.. pastu masukkan barang kat kedai.. rasa nak pengsan.. help kaki, tangan semua nak tercabut.. 

Tapi takpe, ni semua kenangan kami bertiga untuk menaikkan Ellfie Beauty.  Kami kerja keras setiap hari untuk buktikan kita boleh berjaya dengan usaha dan kerja keras.

Doakan persahabatan kami sentiasa utuh dan perniagaan Ellfie Beauty akan semakin teguh dari sehari ke sehari ok?

I love u all *ehtetibamacamdapatawardpulak*




Love, 
Filla.

Sunday, April 26, 2015

NAK TENGOK GAMBAR FOOD MEH LAH...


 Ohh mengumpat Kak Pilla ye korang? Kata Kak Pilla pemalas lipas nak hapdate blog ye?  Hahahahah bukan pemalas dik, hakak sibuk tau dak.. Ceh alasan.. zaman sehari 5 entry dah berlalu dah.. Lagipun apa lah sangat.. tiap kali update asik masuk gambar makanan je hahahah..

Now aku masih lagi dalam proses mengamalkan pemakanan sihat (kengkadang terbabas) dan juga dalam proses mengelakkan makan nasi heheh..

 Korang tau kan Kakak Ipar Peej ada bukak gerai jual Nasi Lemak, segala lauk sambal sotong, rendang limpa, paru bagai.. pastu yang paling best ialah Talapia Goreng.. Dorang asik sebut-sebut je tak pernah dapat rasa makan sini.. Al-maklumlah kedai Kakak Ipar Peej ni bukak malam.. jauh plak tu.. bila lah aku nak gi kan?  Tapi rezeki haritu dapat gi rasa jugak dengan Radie.. Meletop sedap dia.. Pak Radie makan nasi lemak sedap jugak sebab sambal dia tak manis.. i don't like sambal manis-manis.. Haish rasa nak meletop perot.. 

Siapa nak gi sana try talapia goreng boleh lah baca entry Peej guide kan jalan kat SINI 


Ok citer lain plak.. Haritu balik Enstek sebab dah lama tak balik.. Kalau nak kira sibuk memang tak sempat nak gi mana pun.. Tapi dah pakat, hari ahad aritu semua dapat pelepasan ;)

 Wan masak rendang ayam dengan nasi lemak.. Perghh dah lah lapa gila.. sekali sampai sana lom siap lagi masak.. huaaa nangis perot.. 

 Tu diaaaaa Nasi Lemak Wan.

Harini kita cerita pendek-pendek.. Korang sila layan ye.. tak nak layan pon ai tak kisah hahaha.. 

 Aku kalau pagi pukul 9 camtu breakfast makan mihun sup.. pastu tengahari or petang perot dah bunyi keroncong.. so sekarang suka gi beli sayur kat FC office.. macam ni baru RM2.

Ni lunch bila tah, pon RM2 jugak.. sedap kan?

 Oh haritu gi Pasar Borong ada beli udang yang beso sikit.. So masak lomak je lah.. pastu petik pucuk pegaga yang Kak Zareen bagi pokok dia tu.. bangga oiii makan hasil tanaman sendiri.. pegaga je kot? muhahahahahaha.. Licin semua orang makan..

Kak Pilla tak larat lah ikut style Pak Long punya diet tu.. sekarang kalau lauk dinner masak je macam biasa.. cuma orang kat rumah ni makan nasi dengan lauk, aku makan dengan roti ni je.. pastu ratah.. tak yah nak salad dressing sangat lah.. cicah sambal belacan lagi power!!!! 

Ada tanya cemana masak sup ikan? Biasanya kalau sup ikan, aku cuma buat ikan merah je.. sebab isi ikan merah lembut dan sedap.. pastu pakai je uncang "sup ikan merah" adabi.. semua ada dalam tu.. tumis je bawang putih, bawang merah, halia sikit, pastu masuk adabi tu.. kacau sampai kekuningan then masuk air dan ikan.. itu je :)

 Ikan merah jugak tapi kali ni masak asam pedas.. siap masa beli ikan haritu ada telur ikan dia.. errrmm sedap telur ikan masak asam pedas ;)

Tetiba je Pak Radie bawak balik buku ni dia beli.. Dia cakap lepas ni dia nak masak.. ni nak gelak ke nak bagi sokongan padu ni? muhahahhahaha.. ok lah bagi sokongan je lah.. kang sentap pulak.. kalau dia tak masak, boleh kita framekan muka Chef Wan gantung kat dinding dapur :)

Pastu Pak Radie ada kerja kat Putrajaya.. So ni lah peluang kan.. sebelum dia pergi aku jerit "Paaaa, kang singgah Darussalam Presint 9 beli susu Amaani dengan Aleesya, tu je".. 

Pastu dia dah pegi dalam 1 jam, aku whatsapp bagi list muahahahhahahaa.. 

Pastu macam ni bunyi dia:

Pak Radie: Oiii giler ke apa byk camnii?

Pilla :  ni byk? kalau ma beli lagi banyakkkkk

Pak Radie: malas tol nak gi pilih2 ni (emoticon keluar asap ikut hidung)
tgk la nanti, susu je boleh, yg lain tu kita gi beli nanti

Pilla: Eiiiii tu pon x boleh beli? darussalam tu murah.. sekali sekala apa salahnya? Blaja lah sikit..

Pak Radie: X mohhhh..

Kak Pilla : (send emoticon muka merah nak meletop)

Pastu dia send ni:


Baru dia tauuuu.. Selama ni peluh-peluh haku beli barang dapur sampai kene 2-3 kali keluar masuk kedai nak hangkut beras, pampers, barang dapur.. peluh tau tak.. masuk kereta terus tala muka depan aircond.. 

Lepas ni nak bagi lagi panjang list.. Adil kan? Pompuan masak kat rumah.. Lelaki tolong lah gi beli barang-barang kitew tu nak masak tew... Penat tau, kita nak gi pasar, kita nak gi beli barang kering.. nak angkat lagi masuk kereta.. nak balik masak lagi.. Eh sambung plak membebel kat sini hehehhe.. 

Tak zabaaaa nye nak tunggu Pak Radie masak ikut resepi chef wan #matakeatastangandibahu




Love
 Filla.

Thursday, April 23, 2015

SPORTS DAY AMAANI

Sepatutnya minggu sebelum ni Sports Day Amaani buat kat Kelab Komuniti Cyberjaya.. Tapi management tak bagi surutkan sikit air swimming pool.. So dapat message dari school kata postpone pulak.. Akhirnya buat kat MAEPS.. Bagus gak tu dekat gila dari umah hehehehe..

Amaani excited lah kan.. Kak Pilla ingatkan takde lah aktiviti dalam swimming pool kat MAEP nie.. rupanya ada pulak.. Haishhh malas betul lah kene basah-basah seluar ni huhu.. 

Pagi tu kejut Amaani bukan main senang lagi bangun tidur.. Tapi dia memang jenis senang bangun pun ;) 
"Amaani bangun, nak gi sukan ni, jom mandi dulu"

Pejam mata sambil meracau-racau terus angkat tangan nak bukak baju hehehe.. so kitorang semua bersiap lah bawak bibik sekali senang sikit nak bersukan sebab bibik boleh tolong jaga Aleesya.. Sambil tu jeling-jeling tengok bibik duduk dengan Aleesya kat tembok belah sana sikit.. pastu nampak bibik suap Aleesya makan siap pinggan kertas bagai.. Eh takde sediakan food pon kat sini?? Rupanya ada mak orang bagi mee goreng sebab dia bawak bekal.. hahah eii buat malu jer.. bibik cakap habis sepinggan Aleesya makan hehehe

Ni kengkawan Amaani.. 

Amboi ayu macam ustajah lah anak mama hehehe.. 

Acara pertama ialah acara Bapak dan Anak.. semua budak-budak muka tak sabar nak terjun mandi kolam hahahah... termasuklah amaani ;)

Ada dua pasukan.. belah sana pasukan merah.. Amaani pasukan biru.. kene bawak anak macam tu pastu amik puzzle bawak ke tepi belah sini pulak

Pak Radie cakap dia tengok orang tak nampak dia amik sekali 3 puzzle.. Ciss patutlah kumpulan dia menang.. main tipu.

Ok dah siap.. kumpulan biru hebat.. syabas!

Next acara untuk Mak dan Anak pulak.. 

Tangan mak dan anak kene ikat guna getah.. pastu kene golek bola bawak ke depan, anak amik flag.. pastu golek lagi bola bawak kat tempat nak cucuk flag plak.. pastu baling bola ke tempat asal utk orang lain pulak golek bola.. Eleh kacang sangat tu.. 

Wow dengan langkah catwalk lemah gemalai Kak Pilla dan Amaani pon golek bola bersama-sama.. 

Cepattt Amaaaniiiiii.. Kita kene kalahkan kumpulan merah tu.. 

Ok Amaani dah capai flag.. jom lari ke sana pulak

Ok siap keje aku.. lega.. budak dah start duduk dalam air.. pastu hilang swimming pulak >___<"

Amaani pon kemain lagi berenang basah kuyup.. 

Yeayyy menang acara Bapak dan Anak tadi..  Acara mak-anak kalah.. hahah sorry Amaani..

Lepas dah amik hadiah.. dengar announcement budak 5yo boleh balik.. Eh?? Apalagi laju-laju lari gi kat kereta hahahah.. salin baju Amaani, terus gerak sebab kitorang bawak dua kereta.. Ingat lepas sukan nak terus gi hantar kasih tuition.. dah balik awal, jom gi pasar beli ikan.. mak kau balik nak masak dulu.. 

Balik tu hantar kasih gi tuition pastu terus gi rumah Peej tolong pack Ellfie.. Kasih habis tuition papa pulak amik.. aku balik malam.. sampai tertangkup kat meja peej sebab penat.. help helpp.. hahaha.. buruk perangai.

So itu saja kisah hari sukan Amaani.. Thank You Little Caliph sebab bagi anak-anak happy ;)

Love, 
Filla.

Wednesday, April 22, 2015

KAWAL APA KITA MAKAN.

Bila aku cakap aku nak diet macam-macam feedback aku dapat.. Ada yang kata tak yah lah, bukan gemok pon.. Ada yang bagi galakan dan sokongan.. Amboi over gila korang kan.. diet je pon hahahaha

Dah berapa kali dalam setahun azam nak diet, nak kurus tapi tahap-tahap gitu jelah pon.. tak bersungguh.. nyampah!  Dulu ada tahap nak kurus sebab nak pakai seluar-seluar lama.. tapi tinggal impian sebab aku tak kuasa la nak dah bertahun kot tak kurus hahaha.. so let go bagi jeans semua kat anak-anak buah.. 

Berat dulu lepas beranak Amaani (anak kedua) 49kg.. Wow berat zaman sebelum kawin tu.. Hebat.. tolong tepuk tangan sikit ;)  Tapi lepas dah ada Aleesya ni berat dah statik tak nak turun.. Eh turun gak.. masa pantang berat turun sampai ke 54kg.. Pastu itulah berat abadi... hahaha.. Tapi aku kawal berat 54kg tu jelah.. Paling berat naik balik 56kg.. So panik kejap.. kawal makan berat turun balik 54kg.. Tapi biasanya 55kg lah.. Haritu asyik makan je takde perasaan takut langsung ok.. apa nak makan telan je takde pikir-pikir.. pastu tak kuasa nak timbang berat.. lantak kau la nak berat ke nak ringan ke.. 

Tapi tak leh jadi bila aku cepat mengah.. naik tangga sikit dah mengah.. pastu pergerakan jadi slow sebab cepat penat.. naik tangga kat rumah pon rasa eh apa ni? naik tangga pon semput ni??? pakai kain pon rasa sendat.. tengok cermin, terus rasa nak pitam.. memang sendat pon... hahahahah.. 

So kita kene buat something before it's too late.. Mari amalkan gaya pemakanan sihat ;)

Ini Abang Kak Pilla yang ajar masak camni.. Tapi dia prefer broccoli tu tak yah celur.. dia cakap letak dalam pan pastu tutup pan tu bagi kedap nanti confirm akan lembut.. zat tak keluar.. Arghh tak yah lah.. janji makan sayur tak makan nasik hahaha.. 

Ada yang tanya ni Diet Atkins ke? Takde ye.. haku main hentam je.. tak kuasa nak ikut giler2 sgt berapa banyak jenis diet dalam dunia ni hahaha.. Tapi Pak Long pesan masak telur tak yah guna minyak langsung.. guna je non-stick pan.. 

Serious diet kali ni aku tak de lah beria-ia sangat.. Nak panggil diet pon malu hahaha... Cuma aku ubah lah cara pemakanan aku.. Sebelum ni tiap pagi, bila breakfast aku mesti bancuh Nescafe 3in1.. Now dah ubah.. kadang minum air suam.. Tapi selalunya minum Teh O panas.. Tak lehhhh tak minum panas kalau pagi.. ketagih huhuhuuu.. 

Kalau dulu aku terseksa tengok orang makan nasi.. Especially kat rumah, time dinner aku memang masak.. Kitorang jenis makan duduk sama-sama kat meja.. Dulu kene mengadap diorang makan sambil ko sorang tak leh makan nasi.. Makkk aiii rasa terseksa ok.. Tapi sekarang tak rasa seksa.. Aku still makan macam biasa, tapi instead of rice, aku tukar makan roti wholemeal.. Kadang aku hirup-hirup sup.. kadang ratah-ratah lauk.. minum air kosong, dah settle dah.. Mungkin sebab lately ni banyak sangat kerja especially pasal business Ellfie, so selera tu tak berapa mengada macam dulu.. 

Bila kita tak set mind kita kata ok Diet Mode On!! so kita tak rasa stress sangat.. Anggap je, aku kene kurangkan makan sebab badan dah berat rasa mengah.. Aku bukan tak leh makan? Cuma jangan makan nasi atau benda yang berminyak-minyak dan menyebabkan boleh naik berat badan.. So kita tak rasa pressure sangat.. Kita rasa relax sikit.. pastu bila badan dah ringan kita akan rasa, Eh boleh je makan macam ni? Takde pon aku terpaksa berlapar ke merangkak ke sebab lapar.. hahaha.. So set kan mind kita.. Jangan presure.. Kalau sesekali nak makan nasi, makan jelah.. tapi sikit cukup.. 

Kak Pilla masih dalam proses kawal pemakanan.. Paling bagus weekdays sebab kita gi office pastu makan pagi boleh makan mihun sup.. pastu tak makan dah.. balik rumah utk makan malam pon boleh kawal tak makan nasi.. tapi weekends susah sikit hahahaha.. 

Jom lah kita jaga pemakanan dan kesihatan kita.. Jangan mudah rasa selesa dengan badan sekarang ;) nanti lelama tak dapat ditolong.. menangislah kau disana.. kenapa kau menangis disini???



Love, 
Mak Dara.

Monday, April 20, 2015

AGENT SAH ELLFIE BEAUTY


Sila check kawasan berdekatan you olls ya.. Kebanyakan Agent kita willing untuk buat COD so lebih cepat dan lebih selamat.. Pempaham lah poslaju kadang campak-campak skincare kiter nyampah abang poslaju tu.. dah letak fragile pon nak campak, i campak u nak?

Lepas ni boleh beli dengan agent atau beli dengan HQ (013-2755197) terus pon boleh.. Ikut keselesaan you olls yer.. Amboi tak agak-agak HQ yer.. Ye memang betul lepas ni siapa nak COD kat office Ellfie pon boleh.. Agent nak walk in collect stock korang kat HQ pon dialu-alukan..

Lepas ni List Agent Ellfie Beauty ni Kak Pilla akan tepek kat sidebar blog ni ok? List ni akan diupdate dari semasa ke semasa.. So siapa nak beli dari agent boleh click sana dan check kawasan korang.. 


KL/SELANGOR

Yan
Bangi / Putrajaya
Tel: 012-8856036
ig @n.a.r_beautyshop

Usmi Hikma 
Balakong/Kajang/B.B.Bangi/Putrajaya 
Tel: 019-2782041
ig @qema214

Letchumy
Klang
Tel: 012-323 0198
ig @letchumysr

Nataffa
Seksyen 7 Shah Alam dan sekitarnya
Tel: 019-611 7790
ig @nataffa_beauty

Rosnani Jalis
Ampang/Pandan Indah/Taman Cempaka/Ampang Jaya/Bkt Belacan
Tel: 012-3417451

Norliana
Shah Alam / Subang Jaya/ USJ/ Glenmarie
Tel: 012-2937670
ig @kay_parlour

Yatie 
Dengkil/Kawasan UPM Serdang/ Bdr Bukit Mahkota/

Bdr Seri Putra/ Bangi Lama
Tel: 017-3699156
ig @roshayatie_elbeautyshop

Zuhaira
Keramat/Setiawangsa/
Wangsamaju
Tel: 019-6544787
ig @zuhaira_mohd

Shae Taib
Puchong
Tel: 012-2141810
ig @shae_taib

Rubyiah
Gombak/Kg.Baru/ 
Menara Celcom Jln Semarak
Tel: 011-39850742


Cik Eta
Petaling Jaya/Newtown/
Oldtown/Tmn Medan/Sentosa/Old Klang Road
Tel: 016-2167188
ig @ellfie_pj


Fatimah
Cyberjaya/Banting
Tel: 011-14296779
ig @adramaisara



Rosline
Gombak/ Selayang/ Damansara/ Setiawangsa/Keramat
Tel: 012-9448022

Halina
Klang
Tel: 019-3501026

Anisah
Bandar Sri Putra/Bukit Mahkota/ PPUM
Tel: 019-3244020

NN Beauty Health
Setiawangsa/ W.Maju/ Setapak/ Keramat/ Ampang/ Gombak
Tel: 011-32969988
011-32538158
ig @nnbeautyhealth_
FB pages: NN_beautyhealth

Fila
Kepong/ Jinjang Utara/ Kg. Batu Muda/ Bt. Caves
Tel: 013-2121224


Emelia Khalid
Bandar Baru BAngi/ Kajang/ Sg. Chua/ Putrajaya/ GMI
Tel: 019-2728249
ig @MELIA_AZIZ



Yumni
Kajang/ Bangi/ Putrajaya/ Cyberjaya
Tel: 013-2485673
ig: ellfiebeauty.central
fb: ellfiebeauty.central

Dalila
Desa Pandan / Ampang / Kuala Lumpur
Tel: 017-3276399

Azlinda
Sg. Buloh / Damansara Damai/ Saujana Utama / Puncak Alam / Medan Mara KL
Tel: 019-2632599

Hafizah
Petaling Jaya / Jalan Klang Lama
Tel 017-2092515
ig: @fizahhamid

Naza
Bangi Central
Tel:013-3650048
ig: @ms.husna_hijab

PULAU PINANG

Mima
Seberang Perai/Permatang Pauh
Tel: 012-6864936
ig @nurfaizatulhamima


Nor Atikah
USM main campus/ Sg. Dua/ Gelugor/
Bukit Gambir/ Sg. Nibong
Tel: 010-9639920
ig @ellfiebeauty_penangisland 

Zaza
Georgetown/ Bayan Baru/ Perai
Tel: 017-9072627
ig @ZALIZAMAY


KEDAH


 Nurul & Mus
Sg. Petani/ Gurun/ Amanjaya Mall/
Sg. Petani
Tel: 017-5933701 (Nurul)
Tel: 017-4538220 (Mus)

Norhidayah
UUM/Bukit Kayu Hitam/ Changlun/
Jitra/ Alor Setar/ Pendang/ Langkawi
Tel: 013-7955373
ig @hidayahkaharuddin

Fasihah
Baling Kedah
Tel: 013-4612049
ig @nourfas_beauty

Liyana
Alor Setar/ Mergong/ Shahab Perdana/ Anak Bukit/ Kepala Batas/ Jitra Lama/ Jitra Baru
Tel: 017-4831869
ig @liyanawahid86


PERLIS


Yaya Ahmad

Tel: 017-2888733
FB: Jelitawan Beauty House

PERAK

Che Na
Seri Iskandar/ Batu Gajah/ Tronoh/ Parit/ Bota/ Ayer Tawar/ Ipoh
Tel: 012-9146480
ig: @chena_shoppe

MELAKA

Shafika
Ayer Keroh/ Melaka Baru/ Bandar Melaka
Tel: 012-2161868
ig: @airishijab


Khairul Izani
Durian Tunggal/ Baru Berendam/ 
Krubung/ Cheng/ Tmn Merdeka
Tel: 012-9680018


Syarifatul Nadiah
Jasin/ Merlimau
Tel: 019-4092441
ig @by_azka




NEGERI SEMBILAN

Shahirah
Nilai/ Seremban/ Senawang/ Mantin/ Seremban2
Tel: 016-2192912
ig @ellfiebeauty_n9


Akma
Port Dickson / Seremban / Nilai
Tel: 013-6725583
ig @akma_ellfiebeautyn9



JOHOR BHARU

Wan Nor Shafinaz
Pasir Gudang
Tel: 013-7706810

Rohaini
Skudai/ UTM/ Pulai
Tel: 019-7111986
ig @aniearine


Hana Halim

Batu Pahat
Tel: 016-7535557
ig @cottonfleet

Arfah
Gelang Patah/ Nusajaya/ Perling/
Tampoi
Tel: 019-7353008
ig @arfazamani

Nur Amira
Pontian
Tel: 017-7942775
ig @amira_esa

PAHANG

Halimatul
Kuantan
Tel: 013-5819264

ig @halimatulsaadiah_harif

Nadiah
Kuantan/ Beserah/ Semambu, Pandan/ Gambang/ Tg. Lumpur/ Indera Mahkota
Tel: 013-2192855
ig @nadyahoney

KELANTAN

Azreena

Tel: 011-19418643

TERENGGANU

Anizal
Tel: 012-4075955
Dungun

Zuhaida Hamiza
Bandar Kuala Terengganu/ Gong Badak/ Batu Rakit
Tel: 019-6544787
FB: My Little Fabulous

SARAWAK

Erfina
Tel: 013-8052220
FB: rudy bin zaidi

Emilia Rita
Tel: 013-8160588
FB: gyreeshop

Elsie

Miri
Tel: 010-9216874 / 016-8761474
ig @perfumebomb_essence

BRUNEI

May
Tel: +6738187008
ig @ellfie.brunei

Suria
Tel: +6738180887
ig @najmeeyah


Sesiapa berminat untuk menjadi agent, sila email agent.ellfie@gmail.com