Thursday, March 19, 2015

MAJLIS PERNIKAHAN NONOY BURHAN

Alhamdulilah selesai sudah majlis pernikahan dan persandingan adik kepada Peej Burhan iaitu Nonoy.. haha formalnya ayat Kak Pilla hehehe.. 

Kitorang tau lah betapa sibuknya Peej beberapa bulan sebelum majlis.. Dengan pos and business lagi. dengan menguruskan perkahwinan adik kesayangan lagi.. syabas dan tahniah Peej ;)

Nonoy ni aku first time jumpa dia masa pegi rumah Peej.. Masa tu aku baru lepas habis pantang Aleesya (still cuti belum masuk office lagi)  Masa memula jumpa tu Noy biasa je takde malu ke apa.. sebab Noy memang jenis peramah dan selamba.. Eh peramah ke Noy? hahaha.. Noy ni jenis blur sebab tu Peej selalu cakap kau ni Pilla sama je ngan Noy.. tensi aku.. hahaha.. Noy jenis outspoken dan takde selindung.. kalau dia suka, dia suka.. dia tak suka pon dia selamba je tak suka.. bagus aku suka orang macam tu. hahah.. Lagipun Peej selalu citer Noy ni suka sibuk ikut Peej dari kecik-kecik.. stress Peej hahahah.. so kawan2 Peej semua jadi kawan-kawan Noy.. 

Now aku ngan Elly pon dah biasa ngan Noy.. So bila tengok Noy happy, kitorang semua happy untuk dia ;)

Ingat lagi first time Peej cerita pasal Arif (husband Noy).. Peej tunjuk kat kitorang gambar Arif.. Semua hampir diserang sakit jantung sebab wowww hensem hahahahaha.. matiklah kalau Noy baca nie.. well bercinta pun tak lama, terus bernikah.. itu ahkak suka.. Kalau dah jodoh apa lagi ditunggu-tunggu, hati dah suka, jom kita nikah. muahahahaha.. 

Wow artistik sangat Kak Pilla amik gambar.. photographer mesti jeling-jeling nyampah tengok Kak Pilla cari angle terbaik nak snap ni.. sementara Noy bersiap kitorang lepak kat bawah dulu..

Majlis akad nikah adalah majlis tertutup yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.. lebih mesra dan bermakna gitu.. kitorang ni pun dijemput sebab kitorang dah macam adik beradik.. hahaha buat statement sendiri.. betul kan Peej? aku ngan elly ni kakak-kakak ko kan?

Sampai-sampai je Elly mengadu lapar lapar.. tengok macam Kak Pilla, persediaan tu penting ye.. nak tunggu makan tengahari kang ai pitam depan pelamin.. so dah rembat seketul karipap besar masa jumpa Wan pagi tu.. pastu sempat beli milo kotak satu.. Elly eksyen.. aku bagi milo tanak "Tanak, aku tak minum milo".. ok fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!! *simpanbalikdalambag*

Pastu dah lama dia cuit dengan muka sedih "Filla, nak milo".. nasib aku baik hati bagi.. kalau tak, aku dah keluarkan dialog "pergi kau main muzik disana, kenapa kau menangis disini?????"
*cekakpinggang*

Alahai cantiknya Noy.. pastu aku ngan Elly sambil berpandangan.. Elly cakap "dulu badan aku kurus camni je".. Itu dulu Ellyyyyy itu dulu!  hahahahah nak jugek.. dulu pinggang ai 24cm ok.. sekarang 34cm kot.. kahkahkahhhhh

Comel Noy, rasa nak picit-picit je.

"Awak, nak depan sikit ke? ke belakang sikit selendang ni?" Memana pon lawa Noy.. Noy panggil kita-awak.. comel kan? Peej jom kita-awak jugak jom?

Lawa angat ni Noy.. borak ngan Elly, zaman kita dulu nyampah kan.. takde pon amik-amik gambar leh edit-edit, upload-upload sana sini.. senyum, petik je terus.. ko tunggu lah bulan depan tunggu cameraman cuci gambar guna film tu.. kalau lawa baguslah, tak lawa duduk je diam-diam, campak album dalam lemari.


Azlin and Noy

Ahkak Pengantin yang kebabommmmmm... 

Hantaran

Jeng jeng jeng.. ketibaan pengantin lelaki.. tetiba kitorang yang berdebar-debar time nie.. 

bersama keluarga pengantin lelaki.

Auntie yang happy.. Thank you Auntie layan kitorang manja-manja selama ni.. *pelokciomsikit*

Uncle nampak sihat, bersih je pakaian putih.. 

Jangan memain ye, pengantin yang check mic.

Noy turun dari tingkat atas.. Waaaaah teringat zaman aku nikah dulu turun dari tangga bajet semua mata terpaku tengok kejelitaan pengantin.. hahahah perasan gila.


Sibuk kitorang melambai-lambat Noy suruh tengok sini nak snap pic.


Masa ni sebak sangat.. Uncle nikahkan puteri bongsu nya sendiri.. walaupun butir perkataan tak berapa clear tapi tok kadi kata ok, janji tok kadi dan saksi semua dapat dengar dengan jelas.. semua sedih kot.. 

Alhamdulilah, sah Arif sebagai suami Noy ;)

Masa ni paling sedih.. Elly dah nangis kat sebelah aku.. Elly memang ratu air mata.. aku dah sebak tapi ku tahan jebat.

Sisters.. Korang tak kenal Peej and Noy.. kitorang dah tau sangat dah Peej tu cemana.. Kitorang cakap kat Noy, cepat Noy cium Peej tu.. Nanti Peej mesti muka kerut-kerut hahahah.. Noy tu manja, tapi Peej tu macam garang-garang suka rimas-rimas camtu.. Hoi, aku pon rasa nak peluk cium kau peej.. suka tengok muka ko kerut-kerut pastu cakap "Dah Fillaaaa.. tak payahh.. tak payahhh ye" hahaha

Dua beradik yang close sangat


Noy kemain suka hahahaha






Bagai pinang dibelah dua kan diorang nie.. 

Tahniah Uncle and Auntie menerima menantu yang baik macam Arif.. Eh Ben pon baik sangat hahaha.. Bertuah Auntie ada menantu lelaki yang baik-baik untuk jaga anak-anak perempuan Uncle dan Auntie ;)

Us... kalau nak baju kurung macam Kak Pilla pakai boleh tengok kat www.hidy.com.my ye..kain selesa dan simple... eh sempat iklan hahahhaha.. 

 Dulang Girls.

Ketua dulang tak yah nak buat muka stress ya.

Peej sila banyakkan lagi latihan untuk "FreeStyle".. macam nak jadi ultraman... Eii tebayang Peej marah baca ni dia tunjuk penumbuk, Nah Filla amik ni.

3 dara pingitan.

Ok bab pout kene banyak belajar lagi dengan Peej.. aku kelihatan sangat gagal disitu... Elly tak yah cakap la.. dia tengok je gambar ni terus "omg, kelas rambut aku macam hindustan, ditiup angin, ai like".

Majlis berakhir dengan hidangan yang lazat.. Aku dengan Elly dah lah kelaparan.. dapat ni memasing diam tak bercakap-cakap.. padahal sebelum datang sini dah berjanji dalam hati tanak makan nasi.. nak ratah lauk je.. gila tak makan nasi?????? hahahaha

Sekian saja, buat keluarga Peej, tahniah mendapat keluarga baru ye.. 

Noy dan Arif, 

Selamat pengantin baru, sayang-menyayangi, hormat-menghormati, saling percaya, saling memberi ruang dan peluang dalam perhubungan, saling menyayangi keluarga kedua-dua pihak, selalu bersabar dan bertolak ansur, itulah kunci rumah tangga bahagia.

Eh tetiba terngiang-ngiang lagu Singerrrr menawan keluarga bahagiaaaaaaa..

Sekian.


Love, 
Filla.

11 comments:

Mrs radzi said...

tears drop lahh bc n3 nieh kak pilla! huhu...tetiba terigt mylate abah :'(

Anonymous said...

x jumpa pn baju kurung tu kt web kak.. kt mana? nk jugaaa... cantikkk sgt

Lynd said...

Adehhh.. mata masuk habuk..

Filla said...

anon: aik takde ke? new collection tu.. mungkin soon baru masuk, tapi kalau walk in kat butik hidy dah ada dah ;)

Filla said...

Mrs radzi: jangan sedih ye, kita doakan yang terbaik buat arwah..

Lynd: tipu habuk tu haha..

Filla said...

Lynd, bukan tipu, nak type tiup.. haishhhhhhh

aziekz said...

CANTIK DAN SIMPLE BAJU NONOY;;
KAK PILA PUN CANTEK NGNA KAK ELLY :)




http://nesaprima.blogspot.com/

hOtMaMa said...

Cantiknya baju kakak pengantin tewww.. lethopp!

Unknown said...

hye kak fila..cantiknya akak..pengantin pun cantik la ofkos kan...hmm..detik jadi isteri orang tu mesti takkan dpt dilupakan sampai bila2 kan..harap dapat merasainya one days..

.::: Princess MOMOY :::. said...

Cantiknya kaftan Peej burhan. mana dia beli tu ? hais

.::: Princess MOMOY :::. said...

Cantiknya kaftan Peej burhan. mana dia beli tu ? hais