About Me

Friday, May 30, 2014

REKA ICE CREAM WALL'S ANDA DAN MENANG!!

*scroll down for new entry*

Helloooooooo ;)

Sibuk ke u olls? Sibuk buat apa? sibuk masak ke atau buat-buat sibuk hahahah... Sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak, aku akui aku agak sibuk.. dan sometimes aku suka buat-buat sibuk hahahahaha... 

Well macam biasalah, sebagai seorang ibu aku akan masak untuk dinner at least.. kalau penat sangat kita makan kat luar je.. tapi kalau nak keluar pun penat nak salin baju elok sikit.. eiiii penatttt... kesian kat anak-anak sebab semua kene paksa makan.. tau lah kan budak-budak hari-hari kita paksa duduk makan sebab mama dah masak nasi ngan lauk.. confirm lah bosannnnnn.. "Mama ni hari-hari kitorang kene makan nasi.. takde makanan lain ke?"

Oh nak makanan lain? nak apa? "Haritu mama tunjuk gambar mama buat ice cream dengan kawan-kawan mama.. bila nak buat ngan kitorang pulak?"

Wahhhhhh demand... kalau anak dah mintak mesti lah ada rasa bersalah... asyik bertangguh je nak buat.. "Yelah yelahhhh nanti kita buat ok?" Dan bermulalah aktiviti cari bahan-bahan untuk deco ice cream Wall's tu.. lepas tu berzaman letak dalam peti ais.. sampai grapes tu dah lebam dah hahahahah... "Mama dah beli barang kan nak buat ice cream? habis tu bila nak buat????"

Huwaaaaaaaaaaaa.. nak nangis hahah.. sebenarnya budak-budak teruja ok.. haritu kan aku buat cake bersama-sama.. kali ni diorang merayu-rayu nak deco ice cream bersama-sama.. Bila fikir balik, wah selfish sangat aku ni sebagai mak.. asyik fikir malas.. fikir penat.. fikir sibuk.. kesian anak-anak nak spend time bersama.. Nipun Pak Radie tak dapat join sebab budak-budak paksa buat masa tu jugak.. ok fine, jom lah kasih-kasihku kita deco ice cream sekarang ;)

Kasih Amaani and Kasih Aleeya

So itulah bahan-bahan yang kitorang guna untuk Wall's Scoops of Happiness hehehe.. Sebenarnya aku nak buat macam-macam tapi macam terlintas nak buat "Ahli Sihir"... kah kah kahhh cakap senang je.. cuba buat, tengok jadi tak ahli sihir.. hahahahha


Ok mula-mula jom kita buat pokok.. kita guna green grapes.. Wowww confirm lawa pokok kita ni hahaha.. Aku potong, Amaani and Kasih tolong susun.. 


Ok kita jadikan strawberry tu sebagai buah kat pokok kita tu ok? Beli writing icing untuk lukis batang pokok ;)


OMG.. lawanyaaaaaa hahahahah.. pengsan puji deco sendiri hahahahah.. batang tu apa? tu lah batang penyapu untuk Si Ahli Sihir... Wow gempak ok.. bye bye lah korang.. confirm aku menang grand prize dapat gi Disneyland Paris.. hahahahahahah... 


Ok nampaknya Cik Amaani dah tak sabar nak makan ice cream Wall's Selection Oreo


hahahahah dia jilat!!!! Hoiiii belum siapp lagi laaaa.. mama suruh tolong pegang je..terpaksa aku bagi dia yang tu.. aku buat yang baru ;)


Wah serious sangat muka mama nie.. hahahha.. tengok Amaani enjoy sangat.. dia yang excited lebih.. aku hias pinggan tu laju je dia kutip mashmallow lah.. kutip grapes lah.. pastu tengok eh kenapa pokok ni makin kecik.. rupanya dia makan T______T


Final part.. Ohhhh serammmmm... kena buat cepat-cepat sebelum ice cream cair.. 


mata dia aku lupa nak beli chocolate chips.. so guna oreo tu pecahkan sikit buat mata hahaha.. ini bukan Ahli Sihir.. ni comel sangat ni Kak Pilla hahahahahaha... 


So apa pendapat korang dengan deco from The Kasihs ni? cantik kannn kannn kannnn.. bahahahahah... comel betul Ahli Sihir bibir merah bentuk love lagi hahahahah.. Teruja ok.. terus send picture ni kat papa dia.. pastu Pak Radie cakap kalau dia ada mesti design lagi meletuppp.. Eh dia ni suka over tau.. dia tak tau ai lebih berbakat ok ;)


tak sampai 1 minit terus kene serang ice cream ni.. Eh untuk deco ni we all guna Wall's Selection Oreo.. 


End up semua happy.. Especially budak-budak ni lah.. yang Aleesya menjerit-jerit menangis nak ice cream jugak hehehe... bila tengok anak-anak teruja dan happy, saya sebagai seorang ibu rasa hati nak cair.. hahaha.. mula lah tu nak jiwang.. 

Apa kata cuti sekolah ke.. atau bila ada masa terluang korang pun buat.. kita bagi anak-anak happy.. kita join peraduan Taste Joy in Disneyland with Wall’s mana lah tau boleh menang family trip grand prize ke Disneyland Paris atau kalau korang baik hati nak bagi Kak Pilla yang pergi pun tak pe.. korang boleh jugak menang hadiah mingguan ke Legoland hehehe.. 

Bagaimana cara nak menang?


kemudian sertai peraduan di  www.wallsindisneyland.com


Love, 
Filla.

Thursday, May 29, 2014

MAKAN 2 PINGGAN KAT RUMAH ORANG.

 Last week aku sempat singgah rumah mak Peej sebab Peej ada kat sana.. Noy pon ada sekali.. sembang-sembang lama lah jugak.. so kitorang plan nak gi makan kat luar bertiga sebelum aku balik.. Masa turun tangga tetiba terbau sambal tumis.. Huwaaaa sedapnya... Aku turun dulu.. budak dua orang tu turun lambat sikit.. 

Terus aku jenguk ke dapur.. 

Filla: Eh Auntie masak ke?

Auntie: Iyeee... tapi takde apa nak masak, Peeja dengan Noy belum beli lagi.. sayur pun habis.. ikan semua takde..

Filla: Ni pun sedap sangat dah ni Auntie (tolong kacau sambal dalam kuali)

Auntie: Makan sini ye Filla

Filla: (dalam hati lompat-lompat nakkkk) Tulah tapi Peej ngan Noy ajak makan kat luar..

Auntie: Alahhh makan je dulu sini..

Tetiba Noy datang.. Eh kita makan sini dulu lah.. Ni mama dah masak ni.. Huahahahha.. Eh aku lagi suka.. cuma malu je nak ajak diorang makan dulu... sedap nyaaa.. 

Sedap tau Auntie Nanie masak nie... masa tumis cili tu.. tetiba Auntie campak lobak asin.. Eh boleh ke Auntie? Memang lah boleh.. campak je apa-apa pun.. heheheh

Makan pulak ngan sup sayur telur ni.. memang lawan dia lah nie.. nyamsss... Kak Pilla tambah dua kali relax je.. hahahahha.. tengah tambah Auntie plak datang.. Huawaaaaaaaaa kantoi... cis.. hahah.. Auntie tepuk tangan sorak "Yeayyyyy tambah!!!" hahahaha..comel sangat Auntie.

Noy pun makan licin.. 

Kak Pilla muka tak bersalah makan dua pinggan kat rumah orang.. siap whatsapp elly gambar food.. menjejeh ailio dia.. dia cakap "kalau aku dah tambah 2 pinggan dah ni".. Tak yah Elly.. sebelum ko cakap.. aku dah tambah dah hahahaha.. 

Oklah.. terima kasih Auntie sebab jamu kiter makan kat rumah haritu.. lain kali nak lepak umah Auntie lagi lah.. Eh? hahahah.. 

Gambar Peej takde.. sebab aku rasa gambar ko tak berapa cun time tu.. sebelum aku kene maki baik takyah masuk :)

p/s: Vote Kak Pilla and The Kasihs di www.wallsindisneyland.com
Boleh vote hingga 30 May 2014 (Jumaat).. Sehari sekali ok? 
I love u olls...

Love, 
Filla.

Wednesday, May 28, 2014

PASTIKAN KELUARGA KITA SELAMAT.

Aku takde pengalaman diserang demam denggi.. Tapi orang sekeliling aku ramai yang pernah diserang demam denggi.. Pak Radie sendiri pernah terlantar kat Hospital Klang sebab denggi masa dia bujang dulu.. Kakak Ipar dan Abang Ipar aku pun pernah kena.. masuk hospital katil sebelah-sebelah.. 

Denggi ni tak boleh buat main-main.. masa second time Kakak Ipar aku warded sebab denggi memang teruk sangat.. sampai masuk NICU.. risaunya kitorang masa tu.. berat badan turun mendadak sebab tak lalu nak makan.. badan jadi lemah.... demam berterusan.. plate darah turun mendadak.. Nyamuk aedes ni walaupun kecil, tapi boleh membunuh!!

Aku cukup particular pasal nyamuk-nyamuk ni semua.. Masa masuk teambuilding dulu.. aku dah siapkan diri supaya nyamuk tak boleh gigit aku langsung.. Tips untuk mengelakkan dari digigit nyamuk ialah pakai kasut, socks, seluar panjang dan baju lengan panjang.  Guna Mosquito Repellent atau Penghalau Nyamuk, biasanya ada dua jenis, patch atau spray.. masa team building aku guna dua-dua jenis.. sebab aku tak suka kene gigit nyamuk.. hehehe... tidur malam boleh gunakan kelambu..

Euuwww tengok dia pun aku dah geli.. Tahukah korang nyamuk Aedes biasanya menyerang pada waktu matahari terbit dan matahari tenggelam (senja).. dan tahu tak hanya nyamuk Aedes betina yang akan menghisap darah? 


So berhati-hati.. tempat paling dia suka ialah dalam rumah kita.. korang jangan ingat duduk apartment tinggi-tinggi korang boleh selamat.. nyamuk Aedes boleh berada di kawasan setinggi 20 tingkat bangunan.. nyamuk Aedes juga adalah colour concious ye.. dia suka warna hitam dan warna-warna gelap.. so elakkan pakai pakaian hitam.. 

Oh mungkin korang tak tau, nyamuk Aedes suka bau peluh!!!! dia sangat sensitif dengan bau peluh.. kalau nak cerita pasal cara-cara mengelakkan nyamuk denggi ni memang semua orang dah tau.. takpe aku repeat lagi.. 


-pastikan tiada air bertakung
-tangkup semua baldi yang tidak digunakan
-pastikan toilet bowl sentiasa ditutup jika tidak digunakan
-pastikan floor trap di bilik air sentiasa dibersihkan dan tiada air bertakung
-buang air yang bertakung di alas-alas pasu bunga
-selalu gantikan air di dalam pasu bunga hiasan di dalam rumah
-bersihkan kawasan longkang dengan kerap

yang kat luar rumah tu.. pandai-pandailah korang bersihkan ye.. yang pasti nyamuk aedes memang suka tempat bertakung untuk dia membiak.. pastikan jangan bagi peluang untuk dia membiak dan menyerang keluarga kita.. 

Tapi ada satu lagi tips paling mudah dan berkesan.. Aku dah lama guna Mosquito Patch especially kalau aku pergi tempat-tempat yang aku tak biasa pergi.. Kalau aku ni particular bab-bab mengelakkan nyamuk ni.. Pak Radie lagi double triple particular dari aku.. kalau gi vacation ke.. atau ada outdoor activity dengan anak-anak mesti dia tanya aku bawak ke tak.. heheh aku kan pelupa.. 

Patch ni kitorang akan tepek kat bahagian belakang baju anak-anak.. untuk bayi dan kanak-kanak 1 patch dah cukup.. untuk orang dewasa, boleh gunakan 2 patch, satu tampal bahagian atas badan, 1 lagi bahagian bawah badan.. try lah.. memang nyamuk tak berani nak dekat.. 


Mesti korang tak tau yang Tiger Balm ada mengeluarkan Mosquito Repellent Patch.. dulu aku selalu tertanya-tanya.. selamat ke untuk kulit bayi? Jangan risau Tiger Balm Mosquito Repellent Patch selamat untuk bayi dan kanak-kanak kerana kandungan yang digunakan adalah Natural Citronella Oil.. semuanya natural.. DEET-free content and Non-Toxic. Ada 10 patch dalam satu pack.. nak guna senang je.. cuma kopek film dari patch dan tepek kat pakaian.. Kalau untuk anak-anak aku, aku akan tepek kat bahagian belakang badan.. ianya long lasting ye :)

Aku suka sebab sangat convenient kepada parents.. campak je dalam bag.. rasa nak guna, tepek je pada pakaian.. korang pun tau aku punya cerewet macamana kan.. so apa je benda yang menyenangkan kerja aku untuk protect anak-anak aku, aku memang akan beli.. sebelum beli aku akan check jugak brand apa..   Aku beli kat Guardian, rasanya kat semua pharmacy ada jual kot.. now ada discount plak tu.. laju-laju beli.. 

benda wajib bagi aku as a parent, tak kira kat rumah atau kat luar rumah.. 

Ada 10 patch macam ni..

Now musim hujan waktu petang.. even dah spray ngan spray nyamuk pon aku tak confident.. nanti ada je sekor dua yang berkeliaran.. biasanya waktu petang dan hujan aku mesti tepek kalau anak tengah tidur.. kecik je tapi bau dia kuat.. walaupun aku kurang gemar bau dia sebab ala-ala bau serai pon ada.. tapi tak kisahlah janji dia tak gigit anak-anak aku ;)

Kalau kat luar rumah lagi lah confirm ada nyamuk.. masa ni hujan renyai-renyai.. sebelum keluar lepak depan rumah macam ni memang tepek kat Aleesya.. baru hati rasa lega sebab confirm nyamuk takut nak dekat.. 

Masa beli jenis patch ni, ada jugak jual Tiger Balm Mosquito Spray tapi aku belum try lagi yang tu.. nanti nak try jugak yang jenis spray pon ok kan.. Normal Price masa aku beli tu RM15.90 tapi ada discount kat Guardian tadi so harga jadi RM14.31.  Tu je Kak Pilla nak share ngan readers Kak Pilla hari ni..  Harap mendapat manfaat kepada semua ;) 


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


Love, 
Filla.

JADI PEREMPUAN JANGAN NAK LEMBIK SANGAT (INGATAN BUAT DIRI SENDIRI)

Terlintas nak share dengan u olls.  Bila duduk sorang-sorang pernah tak korang terfikir apa yang kita nak achieve dalam hidup dan masih belum tercapai?

Bila cerita pasal achievement terlalu luas scopenya.. mudah disalah tafsir.. Yang aku nak share kat sini dari segi general je lah ye.. Atau bahasa mengarut dia.. apa angan-angan aku.. apa yang aku teringin sangat nak buat tapi masih belum berkesempatan.

Mendaki Kinabalu
Ini impian aku dari sebelum kahwin lagi.. Masa bercinta aku happy bila fikir future husband aku seorang outdoor person.. gunung ganang bukit bukau semua dia redah.. Zaman dia muda dulu, weekend tak pernah duduk rumah sebab akan ada aktiviti camping, keluar masuk bukit cerakah, turun naik gunung.. So aku happy sebab aku rasa mesti lepas kahwin kitorang akan jadi couple paling sempoi sebab dia boleh bawak aku daki Kinabalu.. sebab aku dulu-dulu Wan tak bagi masuk hutan.. tak bagi panjat gunung.. sebab Wan risau.. Yelah kan.. mak-mak memang camtu.. so aku rasa bila dah kawin akan dapat lesen bila laki yang bawak.. Tapi semua tu masih belum menjadi kenyataan :( Asal anak pegi je aku pregnant.. Asal nak pegi je banyak halangan.. Now aku nak pergi tapi rasa macam dah tua.. dah tak cekal macam dulu, dah tak bersemangat macam dulu.. dah tak larat.. berat badan bertambah.. so mesti aku lemau.. bye-bye Kinabalu T_____T

Melancong
Kadang bila aku duduk aku fikir jugak.. Mana tempat aku paling suka so far? maksudnya tempat-tempat yang aku dah pergi.. Aku suka Bali.. Aku suka Krabi.. Siapa tak suka round Europe ke apa kan.. tapi jiwa aku lebih kepada negara/tempat yang aku boleh lihat culture dia.. gaya hidup dia... Aku teringin nak pegi India.. Aku nak tengok gaya hidup diorang kat sana.. Aku nak pegi Jepun tengok budaya dan kehidupan orang sana.. Aku tak berapa suka town yang gempak-gempak.. ok lah, suka lah jugak.. tapi aku lebih suka memerhati.. macam aku pegi Hong Kong.. aku tengok gaya dia.. kelajuan diorang ni berjalan.. kesibukan dia.. aku ingat aku dah laju.. diorang lagi laju.. walaupun dia jalan laju, aku ingat lagi sorang perempuan cina kat Hong Kong masa lalu tepi aku, dia tepuk bahu aku dia cakap bag aku tak zip.  Tapi laju gilaaaa dia jalan.. aku nak cakap thank you pun tak sempat.. So aku rasa diorang laju tapi still concern.. tapi takde nak beramah mesra sangat.. masa beli tiket kat counter dia pun sama.. orang sana tak suka kau terhegeh-hegeh.. kat kaunter baru nak bincang.. baru nak tanya banyak sangat tiket apa bagus.. card apa nak beli.. please discuss and come back. Next!! tekemut-kemut lah kau ke tepi.. 

Itu gaya hidup modern sebab kau pegi negara maju.  Tapi negara biasa-biasa aku suka Bali.. bukan sebab hiburan sebab aku pegi sana tak berhibur pun.. aku suka tengok kebudayaan dia.. berduyun-duyun pegi kuil.. tengok cara hidup dia.. tanya macam-macam kat supir... Aku teringin nak pegi kawasan pedalaman macam tengok orang asli.. one day aku nak gi Sarawak.. aku nak masuk kat kawasan orang Iban.. aku nak tengok kehidupan anak-anak kecil kat sana.. Eh elok aku ni jadi wakil rakyat lah kan? hahaha suka over berangan macam-macam.. 

Macam haritu pegi Guangzhou.. Aku perhati kehidupan kat sana.. Semua kerja keras.. takde cuti... bila penat semua longgok-longgok barang perniagaan yang dalam guni tu diorang tido atas guni-guni tu kat tepi jalan je.. dengan bau busuk lagi.. dah lah aku pregnant.. tahan je supaya tak muntah.. hahah.. tapi aku suka lah.. tengok dia naik basikal bawak kain berkayu-kayu dah macam sarkas.. lek je.. kau yang kena mengelak.. tak elak memang confirm kene libas... ada dia kisah?

Aku ni mengada je lebih.. gigit nyamuk tak boleh.. gatal-gatal tak boleh.. berlengas tak boleh.. rimas.. berdiri lama-lama tak boleh, nak cari kerusi.. takde kerusi, kat lantai aku duduk, pedulik.  camni lah konon nak gi tempat-tempat yang kaya dengan nilai-nilai kebudayaan.. Eh biarlah.. nanti dalam blog aku cerita yang best-best je.. aku tipu mana korang tau pun kan kan kan?

Aktiviti Lasak
Aku tak lasak.. Jangan lah korang terperdaya dengan fizikal aku yang agak kasar.. agak keras dan takde ciri-ciri kewanitaan sangat.. itu semua poyo.. aku lembik sebenarnya tapi aku suka perasan aku lasak.. meluat Pak Radie dengan aku.. hahaha baru ajak gi jalan kat Carboot sale kat Stadium Shah Alam aku dah merungut-rungut.. asyik suruh cepat sebab panas.. turun je kereta "hausssssssssssssssssssss".. hahahahah.. Pak Radie macam nak sekeh kepala aku.. Eh betul la.. tekak kering ni.. Tapi aku suka cabar diri.. korang tau tak, semangat yang kuat boleh mengalahkan fizikal orang yang kuat.. Aku banyak belajar masa aku dengan Anny masuk x-rel dulu.. aku? si lembik ni menang x-rel? kalahkan berapa banyak team lelaki? fizikal dan mental kene seiring.. kalau ikutkan, first round dulu.. kene lari naik tangga lrt.. aku menangis tau.. dalam hati lah.. hahaha.. tanya Anny sebab dia selalu kutuk aku sampai sekarang.. aku naik tangga tu aku angkat paha aku ok.. aku tarik seluar aku kiri kanan nak melangkah panjat tangga.. masuk lrt aku diam.. dalam hati menyumpah kenapa aku bodoh sangat masuk game macam ni.. nak patah balik tak boleh.. tapi masa tu semangat aku musnah.. aku tau aku tak boleh.. tapi bila menang dan dapat ke next stage, aku rasa semangat balik.. ikut logik akal memang tak mampu nak lawan lelaki.. 

Sama jugak rock climbing.. aku tak boleh buat sebab aku memang gayat.. tapi aku cabar diri.. dan buat.. boleh je pun.. mengada je lebih.. baru-baru ni Pak Radie ada plan ganas.. dia nak ajak aku terjun parachute.. ikat go pro.. eh takpelah, ko pegi lah sorang.. tak nak aku.. hahahaha.. dia tu gila.. tanak aku layan.. saiko.

Kalau aku cerita zaman aku dulu-dulu lagi kelakar.. pasal jatuh.. aku ni memang asik jatuh.. kat uitm paling teruk aku jatuh tangga.. jatuh yang terduduk kat tangga.. plak tu tangga tu macam turun bangunan tu.. sekeliling ramai students.. abang-abang senior pon tekejut ingat aku buat stunt ke apa.. bodoooohhh malunyeee *tutupmukadenganfail* dulu angin tiup pon melayang.. mak aku sampai risau.. kau ni jalan sikit jatuh.. jalan sikit jatuh.. hahahah.. eh tapi Natra lagi teruk.. jatuh masuk longkang besar.. hahahahahahha.. dulu aku main roller blade.. jatuh tonggang tebalik dah macam orang accident punya kecederaan.. haha.. ko bayangkan roller blade tu laju kan.. turun bukit.. aku memang boleh lah, terror tu takde la.. tapi bila laju turun bukit aku tak pandai nak brake.. so aku pandai pusing je.. bila dah laju sangat aku panik nak stop cemana nie.. aku pusing je kaki tu.. pastu berpusing-pusing.. jatuh yang tonggang tebalik tu kat jalan bertar pulak.. luka berdarah sana sini.. jatuh basikal kat cerakah pon ada.. lumut so licin.. habis lutut aku mengalir darah.. terus terjun swimming pool.. dulu kecik-kecik ikut abang aku ngan jiran-jiran lelaki semua panjat bukit.. pastu short cut diorang turun bukit.. bukit batu ok!!! sorang tak pedulikkan aku.. aku pon terpaksa turun gak.. pastu aku gelongsor je badan aku kat batu-batu tu hahaha.. cedera parah belakang badan ok.. balik rumah takut nak mengadu kat mama.. terus masuk bilik air mandi.. rasa nak pitam kene air ok.. hahahah.. aku main pisau rambo Atok yang jenis lipat tu.. lipat dia laju.. bedetuk kene kat jari telunjuk.. nasib tak putus.. scarrrryyy ok.. takut punya pasal.. lap darah banyak gila kat lantai semua.. sikit aku tak mengadu sebab takut.. bapak aku dah pesan jangan usik pisau tu.. bila bertampal jari diorang tanya tangan kenapa? tersangkut kat pagar sekolah.. hahahahahah sampai sekarang parut tu ada.. tengok parut senyum sorang-sorang.. 

So kalau korang rasa korang lembik macam aku, korang kene cabar diri.. jangan lembik-lembik ok.. rimas tau lembik-lembik, sikit-sikit nak nangis.. sikit-sikit nak pompuan-pompuan sangat.. asik nak membelai diri kat spa.. nak manja-manjakan badan.. hoih mengada sangat tu.. i cannot. hahahahha.. tapi sebab kita ni memang wanita.. sekeras-keras mana pun sesekali nak jugak kan.. gi massage.. makeup lawa-lawa.. pakai lawa-lawa.. tu normal, cuma jiwa tu je jantan sikit ;) sebab tu bila kene urut kaki aku tak boleh tahan.. geliiiiii hahaha.. rasa nak sepak je.. sampai tukang urut geleng kepala.. dulu gi salon shampu rambut pun sama.. "mau massage ka?" tak nak! nanti urut kat tengkuk aku jadi sakai kejap.. hahahahaaa


p/s: Vote Kak Pilla and The Kasihs di www.wallsindisneyland.com
Boleh vote hingga 30 May 2014 (Jumaat).. Sehari sekali ok? 
I love u olls...



Love, 
Filla.

Tuesday, May 27, 2014

VOTE KAK PILLA YER...

Assalamualaikum...

Hai korang semua apa khabar.. Amboi kemain membodek Kak Pilla hari nie.. kenapa tu? hehehe..

Kak Pilla jarang join contest.. Tapi kali ni Kak Pilla gigih jugak join atas desakan anak-anak.. Diorang nak sangat menang contest ni.. dapat pergi Legoland kalau menang.. 

Gigih Kak Pilla deco-deco ice cream wall's ni.. siap penyapu bagai.. nak buat ahli sihir tapi tak reti buat badan dia.. so ada kepala je.. pepandai lah kau nak terbang guna kepala je.. kah kah kahhh.. 

Now dah ada 34 votes kalau tak silap.. Acaner nak menang nie? Huwaaaaaaa.. paling tinggi vote Kak Pilla tengok dah ada yang sampai 600++ votes dah.. jauh sangat ketinggalan :( 

So di hari baik nie.. Kak Pilla harap korang semua sudi vote kiter... Comel kan ice cream Kak Pilla? Tak malu kan nak suruh orang vote kan kan kan???? Kak Pilla and The Kasihs sangat memerlukan votes dari all of my readers.. (Hoiiii bongok gila rasa mintak tolong camnie, tapi terpaksa kutebalkan kulit muka ini).. Jasa baik korang akan Kak Pilla kenang hingga akan kubawa di dalam mimpi ku.. 

Vote Kak Pilla and The Kasihs di www.wallsindisneyland.com

Boleh vote hingga 30 May 2014 (Jumaat).. Sehari sekali ok? 

I love u olls...

_______________________________________________

Pengumuman.. Siapa pengguna Ephyra yang stay kat KL jom join gathering (hi - tea) di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang pada 31 May 2014.. 
Kak Peej, Kak Pilla, Kak Elly and Noy (adik Peej) will be there.. Boleh lepak-lepak sebab tujuan utama pun untuk berkenal-kenalan dan beramah-mesra... Sila whatsapp/sms Peej (0122758575) untuk book tempat anda.. 

Jangan lambat ye.. Kak Ceera pon ada.. amboi aku jual orang ke apa nie.. heheheh.. (ceera, ko tak leh cancel, aku dah sebut nama kau ni).. 

Love, 
Filla.

SELFIE DI MAJLIS KAHWIN.

Haritu gi wedding kat Shah Alam.. Wedding anak buah aku nye cousin.... OhEmGee.. makanan sedap gila ok.. Aku biasa gak gi makan kenduri kawin, tapi yang ni terpaling sedap..

Nasi dia je dah sedap.. makan nasi je pon dah ok dah heheheh.. over kan aku kalau nak menyatakan sedap gila.. heheh.. dapat bawak balik, suap Aleesya dua mangkuk ok dia makan.. esoknya bibik suap 3 x tambah.. hahahaha.. kan aku dah cakap sedap!! 

Rojak pun ada.. ABC pon ada tapi aku dah macam dugong tak leh bangun dah sebab kenyang.. sebab ada kuih muih tradisional bagai.. 

Aku takde gambar with pengantin.. so pinjam gambar ni.. Selamat Pengantin Baru buat Qis dan husband :)

Paling best sebab kat luar ada photo booth.. aku tak leh lah tengok frame.. mesti bila lalu nak tengok sebab ingatkan cermin.. 

My SIL's family

Bersama mak mertua kesayangan.. Mak cakap "muka kau dah lebar macam muka mak lah".. Amboi mak.. kang ai sentap kang.... kejam ok.. heheh

paling best insta booth ni.. ai like.. 

korang kalau nak sewa boleh gi kat instagram dan cari #piccabooth

selfie time ;)

nanti dapat ni.. aku punya lupa nak amik gambar.. ada kat rumah.. cool gak kan ada insta booth ni? boleh hashtag sekali.. so nanti ada banyak kenangan bila tengok families and friends share kat ig.. kenapa lah zaman Kak Pilla kawin dulu takde.. dulu-dulu pakai filem je huhu.. 

Auwww lanun sangat.. takuttttt. 

family my BIL.. eh anak aku pulak terselit situ hahah

My niece Raja Syasya jadi flower girl kalau tak silap.. 

kitorang melepak dalam bilik ni hah.. Eh amaani ada sekeping ni je gambar.. 

Kasih berangan princess

Budak Leecha ni paling tak leh blah.. makkkkk tolong dia dah start pandai nie.. macam secara tiba-tiba dia pandai macam-macam.. dah berjalan sana sini.. kuat sentap merajuk. membuli orang.. mengamuk-ngamuk tido malam.. mandi menangis-nangis.. huwaaaaaaaaaaaaaa... 


Wow hensem lah Kak Pilla


Sekian saja laporan dari Model Misai Lux *ehem*



Love, 
Filla.

Thursday, May 22, 2014

R.A.N.D.O.M.

Dah makan? Kalau belum jom tengok gambar makanan Kak Pilla ni :)

Haritu terlintas nak buat nasi lemak.. Senang jugak kerja aku sebab telur boleh mintak tolong bibik rebus siap-siap.. ikan bilis pon bibik boleh tolong goreng siap-siap.. so aku cuma balik buat sambal ngan ayam goreng rempah.. ni bukan ayam goreng rempah tapi aku tak tau apa nak bagi nama.. resepi wan.. dah lapan juta kali share kot kat blog hahahah... cuma perapan dia tu aku suka.. sebab bila goreng.. sampai rumah hujung sana boleh bau.. 

Aku nak siap laju-laju sebab malam tu ada hal nak jumpa Anny and Natra kejap.. memasing kan busy.. so terpaksa jumpa malam.. sekali tengah siap-siap tu aku whatsapp Natra dia boleh tekejut.. dia ingatkan jumaat depan.. bukan jumaat nie.. grrrrrrrrrr... so memang dia tak leh sebab hari yang jumpa tu memang birthday dia so dia ada hal.. well biasalah birthday girl haruslah busy.. ye takpe we olls faham.. neway, happy birthday to our beloved Atta.

Nak tanak aku kena keluar jugak.. sebab aku ada perangai benda tak jadi, aku akan buat sampai jadi hahaha.. kalau tak aku frust nanti aku saiko sebab aku dah bersiap dah ni.. Anny kata on tapi lambat sikit.. ok fineeee.. sekali anny call cakap kereta member kitorang Shefa tu ada masalah.. so Shefa tumpang Anny.. Ok tak pe Shefa kitorang hantar Shefa balik Putrajaya.. 

Bila dah hidang macam nie.. takde lah rasa bersalah nak keluar kan.. kalau tak apa kau nak cakap kat laki.. hahahahah.. ni kalau agak-agak dia nak sentap kita cakap camni "banggg.. hidangan telah tersedia di atas meja.. silalah menjamu selera.. tak cukup tambah lagi, adinda ada urusan di luar sebentar.. harap kekanda izinkan adinda keluar"

Gituh.

Aku siapkan bekal untuk Anny sikit.. Teringat dulu ada sekali aku buat nasi lemak dia tak nak makan.. dia kuis sikit je sebab takut gemok.. so kali ni kita bagi dia gemok.. apa ada hal? abang tetap sayang ;)
Kali ni aku buat sambal bilis je.. tapi Pak Radie ni pelik sikit.. dia tak suka kalau sambal bilis tu ada ikan bilis lembik-lembik tegolek dalam sambal tu.. mengada gilers.. so apa aku buat, aku blend bawang ngan segenggam bilis.. pastu tumis.. last masuk cili kering blend.. gitu je.. bagus gak.. sambal yang lebih tu kadang aku buat rencah mee goreng.. pon sodap ;) Aku buat sambal kosong je sebab dia tak nak sambal sotong ke sambal udang ke.. dia nak simple je.. as u wished sir.

Lepak starbucks cyberjaya.. duduk luar bukak bekal.. nah makan habiskan!! dah lah ada nyamuk halus tepi pokok ni.. aku tekibas-kibas.. dah lah masa ni suara aku paling teruk sekali.. aku sakit tekak.. sampai tahap tak leh cakap..sebab cakap suara tak keluar langsung.. last-last aku type kat phone.. bagi dia baca.... penat aku menjerit-jerit tapi suara tak nak keluar.. tapi nak cerita jugak.. mesti orang sebelah ingat aku bisu.. 

Habis Anny makan.. Anny cakap sedap.. Amboi kembang Fillanie hehehe.. dah puas melepas rindu kitorang pon balik... 

Tetiba dah besar je anakanda Leecha ni.. Jalan dah laju.. merajuk no.1.. nampak cicak memang mintak dukung tak nak lepas sebab dia takut.. apa lagi? kaki gaduh ngan Amaani.. Ramai ingat Amaani gangster.. hahaha.. tapi tu dulu.. now title gangster dah dirampas oleh Aleesya.. 

Ingat tu.. Ini amaran keras dari Leecha okkk... Kakak jangan berani usik Leecha.. paham?

Heheheh.. sian Amaani.. Tapi hakikatnya macam tu lah.. Amaani tak pernah pukul Aleesya.. kuis pon tak.. apa pun Aleesya buat kat dia, dia takkan melawan or membalas.. paling kuat pon dia cakap "Apa ni Aleesya, kenapa buat Amaani?"... tak pun dia nangis datang kat aku sambil mengadu "Mama, Aleesya tu pukul Amaani"

Haaaa jangan tak tau.. Amaani tu penyayang ok.. lembut hati dia.. tapi kalau ngan Kasih memang bergaduh tak hengat punya.. mulut berjawab-jawab.. aku diam.. aku peratiiii je.. cubit, tolak, kuis sana sini.. menjerit-jerit.. aku kan takde suara.. so menjerit dalam hati je.. sabar Fillanie, sabar..... 

Aleesya, tolong cover perot dik.. malu orang tengok perot lapis tu.. hehehe.. masa ni naik kereta Busu sebab kereta masuk bengkel.. 

kesayangan mama

Korang if sakit tekak minum air asam jawa tak? aku suka sebab sedap.. tapi nak buat sendiri tak kuasa.. beli je lah hehehe

Kisah kasih.. Abang kat 7E ni kemain baik.. haritu kasih beli keropok Jacker tu sebab nak dapat sticker.. tapi dia bawak kad ni.. Abang tu tanya, banyak lagi ke tak cukup sticker tu? dia tunjuk.. abang tu bagi dia banyak hahahha.. terus penuh setengah tempat kosong.. 

Semalam Kasih ada replacement test.. so aku gi antar dia.. balik tu dia nak singgah 7E.. aku cakap pegilah.. doalah kalau akak 7E tu nak bagi lebih.. pastu dia masuk kereta muka hampa.. Aku baru nak sedih.. sekali dia menjerit tekinja-kinja... "Mamaaaa Mamaaaa.. abang haritu bagi kasih banyak gila sticker nie".. muahahha.. rupanya Abang 7E haritu.. dia dah kenal kot muka sedih Kasih ni.. hahaha... banyak kot dia bagi.. sampai berlebih dari kad ni... Thank you Abang 7E.. boss dia tau.. mau dia kene buang keje.. takpe.. Kak Pilla takkan bagitau ni 7E mana.. muahahahaha

Best kan lauk simple macam ni? banyak Pak Radie makan..  Maknanya laki aku memang suka lauk macam ni.. kalau masak beria dia tak heran.. masak macam ni buntang biji mata dia.. terus tak sabar nak makan.. bagus.. senang dibela ;)


p/s: apa pendapat korang if aku tukar font size besar macam ni? too large? atau kekalkan font lama.. minta tinggalkan pandangan kepada Kak Pilla okiessssss.. 


Love, 
Filla.