About Me

Friday, January 31, 2014

ASTRO ANUGERAH MELETOP (AME)

*scroll down for new entry*

Hari ni aku nak ajak korang semua berdiskusi tentang dunia hiburan tanah air.. Amboih KakNam sangat Kak Filla sekarang nie.. hahaha.. Lama kot tak cerita pasal dunia hiburan.. Cerita kat blog memang jarang lah.. tapi jangan tak tau ye.. Aku follow ramai artis kat Instagram... korang pon follow kannnn? jangan tipu, tipu dosa! hehehe...

So Kak Filla nak sembang apa pulak ni? Eh, korang tau tak Anugerah MeleTOP ERA bakal berlangsung pada 8 Februari 2014 nie? Kalau korang tak tau, meh aku bagitau... Anugerah MeleTOP Era ni dianjurkan dengan kolaberasi program program hiburan mingguan Astro iaitu MeleTOP dan radio ERA fm.  Astro dan radio Era fm memberikan kuasa sepenuhnya untuk penonton mengundi selebriti-selebriti bagi setiap 14 kategori yang dipertandingkan.. Amboi Kak Filla dah macam wartawan hiburan dah sekarang.. bahahahahahha...

Bagi pemilihan Fasa Pertama dah pun selesai pada 10 Januari 2014 hari tu.. Sekarang dah dishort listed kan kepada 5 calon akhir bagi setiap kategori.. 

Mari kita lihat senarai penuh calon 5 terbaik untuk 14 buah kategori yang dipertandingkan:

Lagu MeleTOP

  1. Bahagiamu Deritaku - Hafiz
  2. Galau - Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Infiniti Cinta - Zizan feat Kaka
  4. Kita - Forteen
  5. Muara Hati - Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza

Penyanyi MeleTOP

  1. Akim
  2. Dato’ Siti Nurhaliza
  3. Hafiz
  4. Najwa Latif
  5. Stacy

Grup/Duo MeleTOP

  1. Dato’ AC Mizal & Mawi
  2. Forteen
  3. Hafiz & Dato’ Siti Nurhaliza
  4. Najwa Latif feat Sleeq & Sham Kamarul
  5. Zizan feat Kaka

Program Radio MeleTOP

  1. Carta ERA 40
  2. Carta Fulamak SINAR
  3. Carta MeleTOP 40 ERA
  4. JoHaRa Pagi ERA
  5. SINAR Pagi
Penyampai Baru Radio MeleTOP

  1. Aril - ERA fm
  2. Feeya Iskandar - SINAR fm
  3. Nabil - ERA fm
  4. Shasha Al Khred - ERA fm
  5. Zahid - ERA fm

Filem MeleTOP

  1. Highland Tower
  2. KL Gangster 2
  3. KL Zombie
  4. Lawak Ke Der?
  5. Sepah The Movie

Bintang Filem MeleTOP

  1. Aaron Aziz - KL Gangster 2
  2. Jep Sepahtu - Sepah The Movie
  3. Siti Saleha - KL Zombie
  4. Yana Samsudin - Minyak Dagu
  5. Zizan Razak - KL Zombie

Program TV MeleTOP

  1. Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
  2. Love You Mr Arrogant
  3. Maharaja Lawak Mega 2012
  4. MasterChef Selebriti Malaysia 2013
  5. Super Spontan 2013

Bintang TV MeleTOP

  1. Azlee Khairi - Love You Mr Arrogant
  2. Jep Sepahtu - Super Spontan 2013
  3. Johan - Maharaja Lawak Mega 2012
  4. Zara Zya - Love You Mr Arrogant
  5. Zizan Razak - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012
Bintang Siber MeleTOP

1.         Aaron Aziz
2.         Dato Siti Nurhaliza
3.         Emma Maembong
4.         Najwa Latif
5.         Zizan Razak

Couple MeleTOP

  1. Aeril Zafrel & Wawa Zainal
  2. Diana Amir & Habib
  3. Fizo Omar & Mawar
  4. Izzue Islam & Awin Nurin
  5. Nabil Ahmad & Nazirah

Artis Baru MeleTOP

  1. Azhael AF 2013
  2. Faizul AF 2013
  3. Risteena Munim
  4. Syafiq Kyle
  5. Zara Zya

Fesyen MeleTOP

  1. Elfira Loy
  2. Nora Danish
  3. Nur Fazura
  4. Shila Amzah
  5. Zizan Razak

Artis Serantau MeleTOP

  1. Afgan
  2. Randy Pangalila
  3. Sleeq
  4. SM*SH
  5. Tegar
Ada 2 lagi kategori paling Hot dipertandingkan iaitu:

Top Top MeleTOP (Lelaki) - dipilih berdasarkan selebriti lelaki yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Top Top MeleTOP (Wanita) - dipilih berdasarkan selebriti wanita yang menerima jumlah undian tertinggi di kalangan calon 5 terbaik.

Total ada 16 kategori dipertandingkan.  Eh tapi ada lagi satu kategori baru iaitu Anugerah WeChat MeleTOP.  Pemenang bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000 dan akan dipilih berdasarkan jumlah undian tertinggi menerusi Aplikasi WeChat yang diterima oleh selebriti yang tercalon.

 Amboi beria-ia korang kannnn.. Dah ada lah tu target artis kegemaran tuuuu... Hehehehe... Soalan seterusnya... Cemana nak undi selebriti-selebriti kegemaran i ni kak???? Senang je dik, nanti akak ajarkan ;)

Baca dulu apa Kak Filla nak cerita nieeeeee.. Jangan gelojoh sangat.... Ni part yang best nak cerita nie... Tema AME pada malam gilang gemilang tu nanti ialah "Yang Hit, Yang MeleTOP".. Eh terbayang pulak Nabil ngan Neelofa sebut MeleTOPPPPP!! hehehehe.... 

Nak tau siapa artis yang akan mengadakan persembahan di Anugerah MeleTOP Era tu nanti? kita ada Hafiz, Stacy, Mark Adam, Najwa Latif, Azhael dan ramai lagi.. Artis jemputan dari Indonesia iaitu Cakra Khan pon ada ye.. 

Kat suratkhabar pon dah keluar ni hah.... Pengacara Anugerah Meletop Era, tak lain dan tak bukan, Dato' AC Mizal, Nabil dan Neelofa!! Juga turut dijayakan oleh Khairil Azam Pilus (Aril) dan Hanis Zalikha selaku hos Karpet MeleTOP.

Jangan lupa undi selebriti-selebriti yang korang rasa paling layak untuk kategori masing-masing... Nanti kalau selebriti bukan pilihan yang menang, korang jugak yang sibuk tak puas hati lah.. sok sek sok sek lahhh.. lepas geram kat fb lah.. kat blog lah... Tak moh camtu yekkk... Ni orang dah bagi peluang, apa lagi? pegi lah vote.. 

Cara-cara untuk menghantar undian

Cara-cara mengundi melalui empat buah laman web rasmi
1.      www.meletop.com.mywww.facebook.com/mymeletopwww.era.fm atau fb.era.fm
2.    Orang ramai hendaklah mendaftar masuk menggunakan butang masuk Facebook Login yang terdapat pada laman web berkenaan.
3.      Pilih kategori yang disenaraikan dan anda boleh mula mengundi.
4.      Pengundi hanya boleh mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Cara-cara mengundi melalui kiriman SMS
1. Undian melalui SMS yang boleh dilakukan untuk semua pengguna Telco
2.  SMS AME Hantar ke 32777. Contoh: AMEA1 dan hantar ke 32777
3. Untuk undian pukal: Taip AME<3> Hantar ke 32777. Contoh:
    AME20A1 dan hantar ke 32777
4.  Setiap SMS dikenakan caj sebanyak RM0.50 setiap undian
5.  Tidak ada had yang ditetapkan untuk undian secara SMS


Cara-cara mengundi melalui Aplikasi WeChat
1.      Orang ramai hendaklah memuat turun aplikasi WeChat
2.      Selepas muat turun, klik “Social” dan klik “Add by ID”
3.      Cari “AstroGempak” dan “Follow” akaun rasmi Astro Gempak untuk mengundi
4.      Setiap pengguna WeChat dibernarkan untuk mengundi sekali sehari bagi setiap pencalonan untuk setiap kategori

Contoh undian secara SMS:



*Undian dibuka bermula 16 Januari hingga 8 Februari 2014, jam 6.00 petang. 

Sebelum terlupa, sila block date anda.. Anugerah MeleTOP Era akan diadakan pada 8 Februari 2014 dan boleh ditonton secara eksklusif di Astro Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135), Astro Hitz (705 serta menerusi aplikasi Astro On-The-Go dan laman YouTube Astro Gempak.

"HAPPY VOTING"



Love, 
Filla.

Thursday, January 30, 2014

AL-FATIHAH.

Assalamualaikum,

Semalam dapat massage sahabat kami (aku dan Pak Radie) sedang dalam keadaan kritikal di HKL.. teman-teman yang nak datang melawat boleh datang malam semalam.. Masa tu aku ngan Pak Radie tengah makan kat mamak sekali dengan Amaani.. So kitorang decide hantar Amaani balik, pastu bersiap nak ke HKL.. hari tu kitorang ada melawat kat rumah..sempat bercerita pengalaman sepanjang sakit.. 

Semalam melawat hingga pukul 2.00 pagi macam tu.. lepastu kami balik.. aku tidur pukul 4.00 pagi.. balik dari HKL singgah beli fresh milk untuk anak-anak breakfast nanti.. ajak Pak Radie singgah mamak pekena teh tarik.. sebab aku masih amalkan.. balik dari tempat 'keras' macam hospital or tempat-tempat sunyi.. kita jangan balik rumah terus.. kita singgahlah ke mana-mana dulu, then baru balik.. lagi-lagi ada baby kat rumah.. balik tu terus mandi.. sempat tidur 2 jam sebelum bangun siap ke office pulak.

Baca group chat, dimaklumkan sahabat kami Srizana Safar telah kembali ke rahmatullah pada pukul 5.08 pagi tadi.. Arwah meninggalkan 3 orang cahayamata yang comel.. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan kepadaNya kita kembali.. doa kami bersamamu, semoga rohnya dicucuri rahmat dan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.  Takziah buat Cikgu Nazri dan keluarga, semoga tabah mengahadapi ujian ini. 

Al-Fatihah


Love, 
Filla.

Wednesday, January 29, 2014

JAMU MAKAN UNTUK TETAMU..

Masa ni hari cuti... Aku minta kawan office aku datang umah sebab adik ipar dia pandai wiring.. kat rumah aku ni wiring serabut sikit.. lampu bilik air master bedroom dan berbulan tak leh on.. aku on pastu meletop satu rumah blackout terus.. meletop kuat gila macam bom.. tekojut mak.. terus tak berani usik dah lampu tu.. Pak Radie alasan dia sibukkk memanjang.. Hoi berbulan tau tak aku mandi bawak handphone bukak torchlight handphone tu.. tensi betul.. 

Bila cakap kat Pak Radie "Pa, ni berapa tahun lagi nak mandi dalam gelap nie?" kang dia jawab, nantilah... nantilah.. dapat bini memang saiko.. asyik tanya je... tiap-tiap minggu kot aku tanya soalan yang sama.. last-last biar aku yang ikhtiarkan.. so officemate aku cakap dia free nak datang... Aku tanya lah ko nak makan apa? roti canai ke nasi lemak? aku beli je breakfast kat rumah aku.. pastu dia demand.. dia cakap dia nak aku yang masak.. ewah cantik muka kau kan.. Tapi aku pikir-pikir, alah bukan selalu nak jamu kawan makan.. ok lah aku masak..tapi kalau tak sedap kau diam je.. kalau sedap je kau boleh cakap sedap.. setuju? hahahah..

Senang sangat masak nasi lemak sebenarnya.. cuma aku ni panik kalau masak untuk orang.. nanti tak sedap malu lah ai..  kalau nak tengok cemana style aku masak nasi lemak boleh click ni Nasi Lemak Fillanie

Ni bahan-bahan untuk di blend.. marinate ayam untuk digoreng.. blend sekali ngan kicap masin dan kicap manis.. resepi pon ada kat link aku bagi tu.. try lah.. sedap.. ewah kemain cakap sedap.. sedap bagi aku, mungkin jugak sedap bagi korang.. kalau tak sedap, ada aku kesah? muahahahha

Ni bahan blend untuk buat sambal sotong.. aku tak kuasa lah nak pakai sotong kering.. sotong biasa pon boleh ;) aku memang campur ikan bilis sikit nak bagi sambal tu 'manis' sikit.. bukan manis sangat ye.. 

itu je gambar preparation aku sempat snap.. ni gambar dah siap... ada tanya pokok orkid comel tu beli kat mana? aku beli kat ikea.. beli sekali ngan pasu putih tu.. sesaje je hias meja.. hehehehe... tapi bila time nak makan aku memang menyampah ngan pokok tu.. menyemak rasa nak campak je.. hahaha... 

Ni officemate aku.. dengan dia aku selalu beli breakfast dan makan bersama.. lagi sorang Kak Ti.. aku dah pernah jugak upload gambar Kak Ti dulu.. tak berani dia nak cakap tak sedap hahahaha... tapi sambal aku tercair sikit hahahah.. nasib lah kan.. 

So hati gembira sebab toilet aku dah terang kembali.. tapi tulah.. terang gila macam public toilet.. tak sukaaaa! sebab dulu aku pakai yang lampu jenis lighting kuning.. gosok gigi pon rasa romantik je.. tapi dia kata jenis tu cepat terbakar.. so aku redho lah lampu terang.. aku dah letih bergelap masa mandi.. 

Ada yang request aku snap gambar hall dan buat entry lagi pasal deco-deco.. aku bukan tak nak.. tapi rumah aku belum siap.. well, lampu bilik air terbakar pon makan bulan nak suruh betulkan.. ni aku dok tanya jugak tiap-tiap minggu, bila nak siapkan hall? bila nak siapkan counter table top? Pak Radie cakap nantiii.. nantiii... So korang rasa bila??? muahahahhaaaa... ke aku yang kena buat nie?


Love, 
Filla.

Tuesday, January 28, 2014

SIAPA ADA RESDUNG, JOM BACA NI..

Resdung ni satu penyakit yang sinonim dah kita sebut.. Apa yang kita tau, bila sebut resdung dah terbayang bersin tak berhenti-henti especially pagi bangun tidur.. Bahasa scientific nya kita sebut Sinus.  

Dalam family aku pon ada resdung... Tak yah jauh lah.. aku sendiri ada resdung.. tapi resdung ni ada macam-macam kategori.. aku takde bersin pagi-pagi.. tapi aku tak boleh ngan binatang berbulu macam kucing.. nanti aku rasa geli-geli satu muka.. pastu mata gatal, tekak gatal, hidung gatal.. pastu start bersin.. pastu mata bengkak sebab tenyeh gatal sangat kan.. pastu terus badan lemah-lemah rasa nak demam... lagi satu aku tak leh bilik berhabuk, teddy bear, carpet.. tu memang aku tak leh.. 

Macam bapak mertua aku pulak tak leh makan udang kering.. kalau dia makan, MIL aku cakap confirm 2-3 hari bersin pastu demam terus.. Ada jugak jenis resdung yang naik jerawat batu macam tu.. macam darah kotor kot.. so penyelesaian ada tak? 

Jom tengok produk CMC ni dulu..

Harga pon reasonable... ada banyak testimoni aku nak share jap lagi.. pastu senang sebab telan je kan.. menggunakan bahan utama kunyit putih so tak perlu risau..

Oh ye, CMCure ni adalah produk dari anak syarikat company tersohor sekarang tu haa.. Felinna Beauty!  Pengasas CMCure adalah adik kepada Felinna sendiri.. semua orang tahu yang produk diorang memang terbaek dan popular kat dalam arena online sekarang ni..

Ladang Pengusahaan Kunyit Putih yang terbesar di Malaysia sekarang ni.

Sebelum amik apa-apa supplement please make sure produk tersebut ada kelulusan KKM ye.. untuk CMC ni memang ada kelulusan KKM dan jugak Lesen Pengilang... So mari gunakan tanpa was-was ;)

Aku percaya ramai yang ada resdung, tapi kita ignore je.. sebab kita rasa resdung tu satu penyakit yang malas nak dirawat... dan kita malas nak gi klinik/hospital kang tetiba suruh buat surgery plak.. Hoih lagi malas.. so bila resdung tu datang.. kita lagi rela telan panadol pastu berselubung dalam selimut.. apa kata kalau ada ahli keluarga yang mengidap resdung, kita bagi diorang try CMC ni.. beli sebotol dulu, pastu kita tengok hasilnya.. if betul-betul berkesan baru kita beli berbotol-botol untuk stok.

Jangan main-main ye.. Baca info tentang resdung ni.. so kalau ada resdung, jom lah kita rawat.. jangan biarkan je nanti dah melarat lagi susah..

TESTIMONIAL PENGGUNA CMC

Bagus untuk merawat jerawat yang berpunca dari resdung.. boleh menghentikan gatal-gatal di kawasan muka dan menghentikan pendarahan.

Buat ibu-ibu yang ada anak bermasalah pon digalakkan guna CMCure ni.. Kadang anak selalu selsema dan hidung tersumbat, boleh buka capsule CMC, bancur serbuk CMC tu macam bedak sejuk (pekat) dan tempekkan atau sapu di bahagian hidung dan dahi.. biarkan selama 1-15 minit.. InshaAllah boleh tengok hasilnya.. Anak akan mudah bernafas dan tiada masalah hidung tersumbat ;)




muka semakin licin dan bersih.


mmmmm, nampak ketara perbezaan sebelum dan selepas menggunakan CMC.


Permintaan Curcuma Mangga Cure (CMC) ni sangat tinggi disebabkan kebaikannya yang telah terbukti bagi penghidap resdung... 

\

Bersedia untuk dipos kepada customer..

Meh Kak Filla kenalkan kat u olls.. Nor Baizura ni stokis bahagian Putrajaya/Selangor.. so kalau korang stay kat Putrajaya boleh beli dengan Nor Baizura.. tu nombor telefon.. boleh lah whatsapp/call/sms dia.. kalau yang bukan dari Putrajaya pon takpe.. dia boleh pos..FREE POSTAGE! tapi if korang berminat untuk jadi agen pon sangat dialu-alukan.. Nor Baizura tengah nak cari agen seluruh Malaysia...Modal serendah RM300 sahaja.. dan boleh dapat harga murah ;) Keuntungannya ialah kita boleh lantik agen ramai-ramai dan nama agen dan dealer akan dipublish dalam FB Zara Beauty Shoppe untuk promosi.. Lagi satu, memandangkan Nor Baizura ni stokis Selangor jugak, jadi MISI tambahan, dia nak cari ejen dan pengedar untuk setiap daerah di negeri Selangor

Orang cakap sambil menyelam minum air.. makan CMC untuk kesihatan dan terus jadi agen.. sebab produk elok, so kita bagi ahli keluarga kita yang ada resdung makan sekali sebab aku rasa kalau jadi agen, confirm boleh beli CMC ni murah sikit... pastu jual sekali kat kawan-kawan pejabat yang ada resdung.. 

Contact:
Nor Baizura - 013-3310016



Love, 
Filla.

RESEPI SANDWICH TELUR

Resepi Simple datang lagi.. muahahah... Jangan tak caya, kadang resepi simple pon kita google kan? hahah aku lettew.. bukan apa, kadang nak tengok jugak, orang lain buat cemana? sama ke macam aku? gitew.. baru menambahkan keyakinan... 

So hari ni aku share lah resepi egg sandwich ;) tapi ikut step kat gambar ye.. 



Rebus telur.. Aku buat banyak so telur ni aku rebus 16 biji camtu.. rebus 10 minit pon ok.. 

lepas tu lenyek untuk hancurkan.. aku guna penekan burger tu je.. kemudian masukkan mayonnaise sehingga bancuhan tu nampak creamy gitu.. aku beli yang jual pack tu je.. yang aku guna brand SAJI kot.. tak sampai RM8.. tak habiss pon sepeket guna.. ada lagi setengah kot.. penjimatan di situ ;)

kemudian taburkan white pepper.. lebih sikit pon takpe.. kalau sikit sangat nanti 'tak terasa' plak.. 

taburkan sedikit garam.. garam ni beli kat GoldCoast hari tu.. sukaaaaa!!! hahahah sebab macam best-best je.. murah plak tu.. duit kita tak sampai RM3 kot.. aku bagi Elly sebotol ngan kawan office sebotol.. korang tak guna ko siap eh.. kat sini pon banyak kot jual? saje jeee kenangan gitu.. 

ok, gaul rata-rata, sambil tu rasa lah.. if garam and pepper tu dah cukup rasa.. kira dah siap la.. amik roti, sapu ngan majerin.. letak telur nie.. pastu boleh tambah hirisan tomato dan salad.. potong kulit roti keliling tu kita tak nak sebab tak lawa.. hihi.. pastu potong lah 4 ke.. potong 2 ke.. 

Siap.. amboi masuk gambar dua kali.. eh sukati lahhh.. heheheh.. kan nampak proper untuk di bawa ke majlis-majlis kecil.. ni aku potong 4.. comel sikit sekali ngap je.. kalau ada birthday budak-budak ke.. ada gathering apa-apa ke.. boleh lah u olls volunteer bawak ni :)

Ok, itu je nak share.. nanti ai datang menyemak lagi k.. *muahhhhh*

-Ads-
Seriously product ni aku suka.. aku dah pakai almost 1 week kot.. pastu semalam aku baru order 1 box lagi.. hehehehe... korang boleh mix apa yang korang nak.. 

Botol dia kecik je.. 3.5ml je.. tapi boleh pakai seminggu kot.. tapi bila dah unseal tu.. pepandailah korang nak tutup.. aku amik facial cotton pastu tutup balik ngan penutup tu bagi dia ketat.. 

Diamond serum - 30 thn ke bwh. Sesuai utk jerawat, jeragat, melicinkanu kulit ala2 glowng2 gituuu.mengurangkan parut , melembabkn muka, memutihkan muka,mnegang kn kulit juga mmbuat kulit lebih halus dan gebu

Gold - 30 thn ke atas. Sesuai utk jerawat, jeragat, melicinkan kulit ala2 glowng2 gituuu.mengurangkan parut , melembabkn muka, memutihkan muka,mnegangkn kulit @ awet muda...

Whitening - sesuai utk smua. Utk memutihkan mencerah dan mlembab kn kulit secara sekata dan efektif (apply malam sahaja)

Eye - utk lingkaran gelap kat mata & kedutan mata juga eye bag

Stemcell - membaiki sel2 kulit , awet muda.mmulih kn kesan2 parut lama kt muka.mghilangkn jeragat juga mgecilkn pori2 trbuka Sesuai utk semua, booster utk serum2 lain. (pakai stemcell sebelum pakai yang lain)

1 - RM20 not inc pos.
5- rm100 free pos for semenanjung. 
1box 10botol - rm170 free pos + free gift
*Jimat rm36 can mix

kesan depends pd kulit individu.. Sbb xsmua kulit sama kan? So ada cepat ada lambat. Kebanyakan customer 2-3 hari dh leh nmpk kesan :)

Product ni formula dr swiss & ada KKM so xperlu risau n xde side effect :)
No alcohol. Selamat untuk ibu mengandung..Ingredient bole tgk blakg kotak kalau beli 1 box.

Setakat ni x de lg apa2 aduan yg negative dr pengguna psal serum ni. Semua bg gud result. Alhamdulillah :)

Boleh checkout:
instagram @fabulousbynad 
call/whatsapp/sms (Nad) - 012-2393430 / 012-6944044

now ada CNY promo.. murah, baik korang beli masa promo.. 



Love, 
Filla.

Monday, January 27, 2014

CERITA DARI DAPUR FILLANIE LAGI ;)

Hi korang sihat ke hari ni? kalau sihat alhamdulilah... 

Aku tak sihat :(

Sabtu malam start sakit tekak sikit.. pastu semalam kul 7.00pm macam tu aku tak larat.. lepas mandi.. baring kejap... maghrib sambung baring balik.. pastu selubung ngan selimut.. dalam otak nak gi tengok AJL kat bawah.. tapi badan tak berdaya, tidur lagi best.. rasa tangan panas.. macam nak demam je... dalam kepala dah plan kalau berterusan tak selesa macam ni esok nak gi klinik.. tapi sudahnya aku pegi jugak kerja.. hahaha.. ntah lah tak biasa lah MC pastu malassss gila pegi klinik.. tu lah masalah aku dari dulu.. 

Kalau nasihatkan orang suruh pegi klinik, makan ubat memang terror lah.. tapi bila diri sendiri tak sihat... asyik mengeluh kat laki je.. pastu kejap-kejap suruh dia rasa dahi panas ke tak.. Pak Radie pon naik menyampah.. "Mana ada panas, biasa jeeee"... eii nyampah.. bila suruhh Acih ngan Amaani rasa dahi, semua cakap, panas sikit... see??? apak korang ni dengki ok.. 

Ni dah gi kerja.. tak de lah rasa teruk sangat.. cuma tekak tak best.. badan sejuk maybe sebab cuaca pon memang sejuk.. nak tengok malam ni if panas.. confirm aku cuti esok.. see?? aku cakap je lebih.. kang pegiiii jugak office.. APTB lah KakPilla nie.

ni gambar aritu.. pantry office aku cenggini lah.. cun kan? kat sini lah ahkak makan tiap-tiap pagi.. sehari tak makan kat pantry terus rasa rindu.. over gils.

Hari tu gi Pasar Borong beli kepala ikan merah ngan isi 2-3 slice.. mahal nye! Wan kata len kali tak yah lah beli kepala.. isi bukan banyak.. mahal je lebih sebab timbang berat... len kali beli isi je.. oooowhh mana lah aku tau... aku penggila kepala ikan... sebab tu lah beli.. bila mahal.. terus sakit hati.. hahahahah

Ada yang request resepi sup ikan merah... 

Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk.. pastu guna sup bunjut ikan (plastik transparent biru-biru sikit) cap adabi kot... dalam tu ada sup bunjut, kayu manis, daun apa tah.. ngan herbs apa tah sikit.. tumis je sekali.. pas dah wangi.. masukkan air bagi mendidih.. letak carrot sikit..masukkan ikan.. masuk garam.. masak lama sikit sampai ikan betul-betul masak.. nak masuk perasa sikit pon boleh.. last sekali masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.. tutup api.. kalau takde anak kecik nak makan.. boleh pecahkan cili padi 4-5 bijik.. baru kawww ;)

Ramai yang tanya, sedap sangat ke Sambal Belacan Adabi ni? Bagi aku ok lah.. boleh tahan... aku kan pemalas.. tak kuasa lah nak buat sambal belacan sendiri.. ada yang instant.. kita belasan je.. hiris timun, cicah.. perghhh berdesing telinga..nyam nyam.. lagi satu kaler ijau.. sambal belacan manis.. aku kureng sikit sambal belacan manis.. aku suka yang spicy and original.. podeh bedosing. 

Pastu habiskan ikan senangin.. dulu kirim Wan beli.. aku kan pemalas.. kengkadang kalau agak-agak wan nak datang umah.. aku dah siap-siap kirim Wan beli barang basah... ai is manja like that.. pastu aku gi pasar nampak terung yang size kecik-kecik tu.. terus gerammmm... hahahha.. 

balik kerja kan aku selalu amik Acih... asal masuk kereta je lapaaa.. lapaaa.. kalau tak belikan apa-apa muka dia tensi je.. hoih aku susah lah nak beli.. malas plak nak beli awal2 pagi tu nak tahan sampai ke balik kerja.. so aku pecut kereta cakap kita beli goreng pisang area umah.. kalau nasib baik ada lah.. kalau nasib tak baik kedai pon dah tutup.. hahah.. tapi aku ada 2 choice.. sini tutup beli sana.. hahahah.. kat kedai yang ni pisang dia alahai kecik2 gila.. tapi sedap lah sebab banyak serdak dia tu.. aku mesti minta lebih dia punya kerak sebab Acih suka ;)

Kedai ni siap ada jual nasi lemak bungkus RM1.. heheh.. comel gila.. secekup je nasi.. tapi complete ada sambal, timun and telur rebus kecik.. kalau utk size perot aku.. 3 bungkus baru kenyang ;) 

jumaat malam teringin nak buat burger.. atok ngan wan tido rumah.. so ok lah kita buat burger... burger special ok... burger tu salut telur.. 

gittew.. terputus-putus love hahahahahhaha... 

Simple dinner pon boleh... 

Eh itu je cerita aku? muahahhaa... nanti try korek folder tengok gambar apa lagi nak share ;)

-Ads-

Peluang utk buka Francais Cosway Farmasi bisnes sendiri dgn modal serendah RM2500-

RM3000...
Kos overhead ditanggung company spt :-
1) sewa kedai

2) renovation
3) stok barang2
4) security sistem
5) insurans
6) maintenance kos
Dan bnyk lagi..
️yang paling PENTING ada MINAT & USAHA.. ️ sms/ whatsapp terus Dayang 012-5070639 @dayangsharinaomar

-Ads-

Biskut Almond Kiss Chocolate

Omakkau.. sodap nak mampos ok.. muahahahha... dah selamat dalam perot sebalang ni hah..murah je u olls.. siapa mau boleh contact 

Norasyikin : 0111-5017793


Love, 
Filla.

Thursday, January 23, 2014

ADAB.

Belum hari Jumaat lagi nak buat tazkirah pendek ponnn... Heheh.. sharing is caring... Apa yang kita faham tentang adab? Adab ni lebih kepada tatasusila, budi bahasa, kesopanan... tu lah yang aku tau... Adab ni perlu dididik dari kecik.. sebab kita akan panas telinga kalau orang cakap "Ko ni takde adab ke?" Amboi kasar nya bahasa... 

Kalau kita tak suka orang mengata kita, eloklah kita jaga adab dan perlakuan kita.. Seeloknya adab tu dari kecik lagi dah dipupuk.. Sebab kalau kita tak beradab, nama first sekali yang orang akan sebut ialah mak bapak kita... "tu mak bapak tak ajar lah tu".. Kesian mak bapak jugak yang busuk... bayangkan kalau mak bapak budak tu orang baik-baik.. siang malam didik anak supaya dah besar jadi anak beradab.. tapi gagal.. siapa yang salah? anak tu ke mak bapak tu? susah nak cakap... 

Adab ni ada bermacam-macam kategori dia.. Aku bagi contoh lah.. ni pun selalu kena kat aku.. dan terbaru kena kat kawan aku sendiri.. dia cerita.. so aku rasa memang tak patut lah... dia cerita dia pergi surau... masa dia tengah solat.. masuk lah sorang perempuan ni.. terserempak pulak dengan kawan lama kat dalam surau tu... Surau pulak sempit.. so kalau bercakap memang confirm boleh dengar.. masalahnya ni bukan tahap bercakap lagi.. ni tahap jumpa kawan lama ko pempaham je lah dia punya excited tu cemana... ni contoh ye.. sebab aku takde kat tempat kejadian, so mungkin aku akan menambah perisa bagi cerita lagi gempak T____T... so kawan ni tadi bila dah terserempak dengan kawan dia terus dia jadi excited.. 

"Omg... eh, u bila balik sini?"
"Eh uuuuuuuuuuu... i dah balik few years back!!!!!"
*berpelukan*
"Eh, u know what, i loveeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee cooking"
"Wowwww u totally changed, look at u now"

Yang kawan aku tu tengah solat... Hoi kalau aku lah.. Haishhh geram betul.. come on lah.. ni surau kot.. ko nak berpeluk ke, nak spiking ke... bukan dalam surau time ada orang lain tengah solat.. ada otak pakai la... ni namanya tak de adab.. sorry if aku terkasar bahasa.. tapi tolonglah hormat orang lain yang tengah solat.. jangan ganggu dengan suara petir korang tu.. aku ni kalau solat, memang tak leh dengar bunyi orang bercakap.. automatically aku lupa apa aku baca... ayat aku berterabur.. aku tak boleh focus.... Adab di dalam surau ni kadang ramai yang abaikan.. Orang tengah solat.. ko boleh sembang tak ingat dunia... Hormat each other please?

Adab dalam surau tak habis lagi nak cerita nie.. Ni kisah lama.. Wan cerita... Ada sekali Wan berhenti solat kat RnR kot... masa Wan masuk surau tu.. adalah sekumpulan budak-budak perempuan tengah duduk dalam 4-5 orang.. tengah makan ok... makan apa? makan KFC.. dalam surau.  Memang terror sangat ni.. aku kalau solat pastu terbau pulak KFC, memang hilang fokus terus terbayang nak makan ayam... lagi sekali nak cakap.. adab mana? surau bukan tempat makan.. surau tempat solat.. semua tau, tapi buat jugak.. memang sedih... so Wan pon solat je lah... Lepas Wan selesai solat.. lipat telekung semua.. pusing belakang.. tengok.. kotak-kotak KFC tu belonggok tepi surau.. OMG.. biar je? tak buang kat tong sampah???? Hmmmmmhhh... perlu ke bab tu mak bapak nak ajar? "Nak.. nanti kalau dah besar, jangan  makan dalam surau ye... kalau nak makan jugak, bekas makanan buang dalam tong sampah tau, nanti orang kata mak tak ajar".. Well, sendiri pikir lah.

Adab ni bukan kat dalam surau je.. kat mana-mana pon kita kena jagalah... Aku dah dengar macam-macam cerita.. bab anak takde adab dengan mak bapak... tak hormat mak bapak... rasa bila dengar tu macam tak percaya ada anak yang tak hormat mak bapak sampai tahap macam tu.... kalau ada anak, kita ajar lah anak-anak kita supaya jaga adab, budi bahasa dengan orang tua.. aku pernah kot jerkah Kasih sebab dia tertinggi suara kat bibik.. aku memang pantang betul orang cakap menengking nie.. bukan nak kata aku macam bagus nak cerita kat sini.. yelah, kadang aku paham, budak kann.. dia tak sengaja.. dia penat ke.. atau dia tengah bergaduh ke dengan adik dia.. so tetiba suara tertinggi pulak kat bibik.. aku bangun terus tanya "apa benda cakap menengking dengan bibik? cakap dengan orang tua elok-elok ye, kalau sekali lagi mama dengar kasih tinggi suara kat bibik, mama tepuk mulut sampai berdarah yeh? 

Macam tu lah umpamanya.. kita nak tegur orang lain tak perlu kot.. nanti orang tersinggung.. so anak kita, kita kena tegur lah.. kalau bukan kita, siapa lagi nak tegur? Kalau kita dah jalankan tanggungjawab kita didik anak supaya beradab, tapi anak tu masih jugak tak beradab, kita dah buat tanggungjawab kita kot.. cuma kalau didikan kita tu tak dapat nak diserap oleh anak-anak, kita doa je lah kat Allah supaya anak-anak kita membesar jadi anak solehah, berjaya dan cemerlang dunia akhirat, tak menderhaka kepada orang tua.. 

Adab kat FB pon aku nak share jugak.. aku adalah tulis kat FB semalam... kalau siapa tak tgk status aku, aku retype kat sini:

"kalau boleh, tolonglah jgn sebarkan atau share gambar mangsa bunuh... tak baik kita menambahkan lagi aib mangsa... arwah ada keluarga yg perlu kita jaga hati mereka... bkn kes adik 2 tahun tu je... ada byk kes2 kematian ngeri yang rasanya tak perlu kita share gambar2 mereka.. cukuplah kita lahirkan rasa terharu atau express rasa marah dgn tindakan tak berperikemanusiaan mereka2 tu semoga yg lain boleh mengambil iktibar... just my 2 cents"

Ramai sangat yang share gambar-gambar macam tu... Kalau kita dah ternampak tu takpelah.. tengok jelah sebab dah tertengok kan.. tapi tak payah lah share-share kan pulak... Bukan apa.... berdosa buka aib orang lain... katalah mangsa kemalangan...kita pulak dok share lah gambar mangsa dalam keadaan macam tu.. sedap share-share, keluarga mangsa pulak yang tengok.. kalau kita jadi keluarga mangsa? ko sanggup tengok ke keluarga ko dalam keadaan macam tu? tak kan? so jangan lah kita tambahkan lagi kesedihan mereka... macam kes arwah yang mati ditembak kat bank tu.. Luluh betul hati aku tengok gambar tu.. bertambah luluh bila aku fikir anak dia pun ternampak gambar tu... biarlah anak dia just tau yang mak dia dah takde.. tak perlu sampai anak dia kene tengok keadaan arwah mak dia dalam keadaan yang memilukan macam tu.. kehilangan tu je dah boleh buatkan kita phobia.. apatah lagi kalau ternampak gambar tu.. seumur hidup akan terbayang :( so hentikan lah.  Orang yang tau erti kehilangan je yang faham.. sedangkan aku yang kehilangan adik aku.. if aku ternampak gambar-gambar lama dia yang ceria, tersenyum pon aku boleh nangis.. kan? faham kan apa maksud aku?

Aku harap apa aku share hari ni, takkan mengundang rasa menyampah... harap pandang dari sudut positif.. kadang aku pon leka.. kadang aku pon tak sedar yang aku ada terbuat jugak.. so kita ingat mengingati untuk kebaikan bersama ;)

Oklah, bye, nak cari makanan jap.. ahkak lapo ni.

Love, 
Filla.

Wednesday, January 22, 2014

FACELIFT OPTIMA K5

*please scroll down for new entry*

Wishlist 2013 aku ada jugak yang tak dapat nak dilaksanakan.. biasalah.. kita merancang.. tuhan jugak yang menentukan ;)

Takpe.. tu semua tak menjadi masalah.. 2014 kan ada... Sebenarnya kitorang dah rancang last year nak tukar kereta.. sebab keluarga dah bertambah.. lagipon dah lama sangat dah kereta ni.. dari Kasih umur berapa bulan tah.. now Kasih dah 9 tahun.. haaaaa gila lama tak? nak masuk 9 tahun dah.. Anak aku dah 3 dah hehehehe..dah nak habis bayar dah pon.. Memang dah tiba masa yang sesuai untuk bertukar kepada yang lain.. 

Tipulah kalau kitorang takde survey.. mestilah ada.... Aku tak reti sangat pasal kereta... well, orang pompuan ko ingat nak heran sangat ke segala specs kereta ni? tu kita serah kat lelaki.. yang penting aku nak design meletops.. hahaha.. berangan tak salahkan..

Aku ada usha-usha MPV seven seater.. sebab aku pikir family aku dah besar.. barang banyak.. Pak Radie pulak jenis outdoor person.. nak angkut basikal dia lah.. kang aku nak angkat stroller Aleesya lagi.. tu belum lagi cerita kalau gi vacation dekat-dekat macam Port Dickson ke apa.. banyak benda nak sumbat.. penuh kereta!!! So MPV seven seater boleh di considerkan... Tapi bila fikir balik.. aku ni drive gi kerja.. aku taknak kereta besar-besar panjang-panjang.. nanti nak parking susah!! lagipon area office aku tu.. parking space sempittttt.. kereta yang pakai sekarang pon Pak Radie membebel sebab side mirror dah patah.. aku side parking sebenarnya.. kereta langgar ke apa tah.. dah terkulai hahahaha... belum kira scratch sana sini orang langgar.. so macam hati was-was untuk tukar kereta besar.. yang kecik pon dah hancur aku kerja kan hahahah

so mari berangan.. Korang tau tak FACELIFT OPTIMA K5 baru launch 16 Januari 2014 ni?  Dengar jugak orang cerita pasal kereta ni dah nak keluar tapi tak tau bila... Dah google? Dah usha? Kalau belum takpe.. Jom kita usha bersama-sama ;) 




Terpandang je terus, yes, this is the one.. Amboi.. semua kereta ko tengok, semua ko cakap, yes, this is the one.. hahahha.. Huwaaa nangis aku tengok sebab lawa giler kot.. 5 seater? no problem.. anak aku 3 orang.. semua duduk belakang.. aku husband and wife kat depan.. just nice :)

Aaaaa cantik *masih terpegun* hahah.. kalau korang tanya pendapat aku lah, apa yang aku suka pasal design kereta nie? Aku kalau kereta, aku suka tengok lampu depan tu.. kira macam mata dia lah.. pergh garang.. panjang ke tepi gitu.. terus nampak handsome.. hahaha.. 

Head Lamps yang memukau

Rear Lamps

Harga FACELIFT OPTIMA K5 ialah RM149,888.. which i think sangat berbaloi dengan rupa bentuk luaran dan dalaman ;) 

Ni seat kereta aku sekarang... sedih? memang sedih laaaa.. hahaha.. Aku dah berangan, if aku tukar kereta lepas nie, aku prefer leather seat.. 

tengok ni.. hahahah.. bila anak ramai.. seat kereta memang jadi mangsa.. anak muntah dah berapa kali dah.. dari anak pertama lah katakan.. ink pen lah.. susu tumpah.. kalau leather, senang aku nak bersihkan.. tu belum kira rambut berguguran dah melekat-lekat kat seat ni :(

Sebenarnya aku sayang gila kat kereta sekarang ni.. dah banyak jasa kat kitorang... nak jual pon sayang.. sebab dah nak habis bayar dah.. tapi yang guna kereta aku sorang je.. Pak Radie bawak motor gi kerja.. so dah tentu kalau beli kereta baru, pendapat aku, citarasa aku kena 70% diambil kiraaaa.... hahahahahah... dah aku yang bawak kannnnn?

INTERIOR

cantik, kemas, padat dan bergaya.... 

Electronic Chromic Mirror

Glove Box Cooler

Rear seat armrest with cup holder

Rear view

definitely i nak seat yang macam nie.. elegant kan?

sunglass holder.. kewl kan hahaha.. 

Sunroof antara ciri-ciri kereta idaman :) 

Gull-Wing folding outside mirrors

Auto wiper with rain sensor

Airbag

Sensor untuk memudahkan lady driver especially heheheheeeeee... 

18 inch wheel

The Engine

NU 2.0 CVVL engine

Hydrophobic glass

D-shape steering wheel

Kelebihan Facelift Optima K5

1. New Design LED Package (Headlamps, Front Fog Lamps, Rear Combination Lamps)
2. Air Ventilated Seat
3. Drive Mode Select
4. Electronic Parking Brake
5. 4 Front & 4 Rear Parking Sensors
6. 4.3" TFT LCD Touch Screen + Rear View Camera + Infinity Sound System
7. 8-Way Power Driver Seat with Memory Seat & 4-Way Power Passenger Seat
8. 4 Auto Powered & Up/Down Windows with Safety Auto Pinching
9. Auto Wiper with Rain Sensor
10. Hydrophobic Glass


 If nak cerita kosong je kat husband memasing agak leceh lah.. So kita boleh tunjukkan specs seperti dibawah kerana kaum lelaki lebih mudah memahami.. kita perempuan ni, cukuplah sekadar tengok design meletop dan canggih hahahaha... 







Semua aku suka... 18" Structure Ehanced Sport Rim tu ngancam.. Front Side Air Ventilated Seat yang selesa untuk driver and front passenger, LED Fog Lamp, LED Headlamp and LED Rear Light pon mengancam..

Facelift Optima K5 dilengkapi dengan hydrophobic glass, 6 airbags, rear view camera, power windows, air con seats, electronic parking brake, infinity sound system, D shape steering wheel and paling best dan cool sekali ialah auto wiper rain sensor.. Refer no.1-10 tu ye.. 

So apa kata anda? hahahaha... Seriously aku dalam keadaan teruja sekarang ni.. Wishlist 2014... kena tunjuk entry ni dulu kat suami untuk mintak approval ;)

visit http://www.nazakia.com.my/  for details.



Love, 
Filla.